Permata Hatiku..

Saturday, January 31, 2009





Kad ini di tujukan kepada semua sahabat2 dan bloggers yg sudi menjengah ke blog yg tak seberapa ini.

Friday, January 23, 2009

My Little Prince's 1st Birthday

Arif Irfan dah setahun...my sweet lil boy..
Ni la rupa nye kek birthday yg di buat utk Arif...huhu..
Kek Coklat Kukus...cam biasa la kek x dang sejuk lg aku dah boh aicing..tu yg jd cam tu..hehe
ok la tu..selera je Arif makan.

Sesaja..

Tak tau la nape sejak dua menjak ni malas plak nak menulis. Kalu online..just jenguk blog kawan2. Komen mana patut..pas tu dah.. Blog sendiri dah hampir seminggu x de entry. Bukan x de citer tp kemalasan campur skit ke'busy'an so terbiar cam tu je.

20.1.2009 ari tu...birthday my lil prince ke-1..happy birthday sayang!! Muuaahh..
For his birthday aku wat kek sendiri tapi kuang..kuang..x cantik. xpe la Arif.. (gambar2 x download lg..next entry la)

Arif dah setahun..abah dah berapa minggu dah cakap nak potong rambut Arif yg berpintal2 tu. Tapi umi suruh tunggu Arif setahun dulu baru potong. Abah nak potong rambut Arif cam rambut Mawi..hehe..eh nape rambut Mawi?..cam rambut abah la. Esok Insya Allah abah nak bawa Arif gi kedai gunting rambut...boleh ke?? heheh.. kita tgk camne rupa Arif nanti.


Cuti Chinese New year ni..tak balik kg pun..kebetulan anak buah hubby nak datang bercuti kat umah so..tak ke mana la. Hubby kata nak bawak anak2 gi zoo...xtau la jd ke tak.
SELAMAT BERCUTI SEMUA...mesti ramai yg balik kg. Have a nice holiday...with beloved family.

Tuesday, January 13, 2009

DRIPSTIK PROMOTION

Amatlah sesuai utk sesapa yg ada anak2 kecil...utk dorang makan aiskrim..
berita baik.....dptkan dripstick dgn harga RM 15.20 menggunakan E.coupon di bawah..

Since the online store is under maintenance, to place your order, email the following to kapas.wear@gmail.com :

(i) Your name
(ii) Your postal address
(iii) Your phone number
(iv) DRIPSTIK Colour
(v) Quantity
(vi) E.coupon Code (For discount) i.e Code: ct_as

Wednesday, January 7, 2009

Tag & Award..

Tag dari Ros..tq Ros..cute ke blog ni?..hehe..

Peraturan untuk menerima award ini ialah:

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kemba
li siapa yang memberikan award ini kepada anda.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fak
ta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "Anda telah di tag - sila layari blog Ros untuk mendapatkan award anda".

10 fakta tentang diriku...huhu:-
1. Seorang surirumah sepenuh masa..ibu kepada sepasang cahayamata..muahh..
2. Mantan Arkitek Landskap...tp ada la lagi wat sendiri ngan hubby..project kecil2..
3. Anak ke-4 dari 6 beradik...
4. Very low profile..pemalu..pendiam...tp leh jd kawan yg baik insya Allah..
5. Minat pada seni..seni lukis...penulisan tp bakat xde..huhu..x penah nye nak asah bakat tu..
6. Suka sgt warna2 pastel especially warna pink.
7. Mudah tersentuh gak especially tgk berita pasal Palestin skrang..mudah merajuk (found out apabila start bercinta ngan hubby..huhu)
8. Suka membaca gak..dulu2 zaman bujang suka baca novel tp dh kawin masa agak terbatas..so baca majalah2 je lah.. Cuma habit aku x suka melanggan..coz setiap kali outing aku mesti nak beli mjlh.
9. Suka tgk citer animasi/kartun..citer lawak..investigation..tak suka citer seram coz lps abis citer mesti rasa penat sbb dok berdebar/terkejut.
10. Last...very..very bad habit..pakai contact lens (mata rabun) tp jarang tanggal masa nk tido. Nasib mata x kena infection.

Penerima award seterusnya:
Bai
Nuyu
Almond Delight
Ummihakim
itu je la kot mangsanya..


Ni tag dari Ummie Eriey..

1) Snap the picture both inner and outer of your wallet


2) Introduce the wallet brand, price and [ Papar Semua ]where you buy

Brandnye Polo Club, beli di Alpha Angle, Wangsa Maju..dah setahun lebih kot..harga pun dah x ingat. Masa beli tu ada sale..rasanya dalam RM30++ je kot. Tak reti nak beli yg mahal2.


3) take out whatever its inside your wallet (at least 5 pictures)

1) biasala ada i/c, driving lisence (dh 2 thn dh x bawak keta), kad2 atm..
2) kad jusco, anakku, business card hubby
3) gambar kawin, gambar hubby..dan gambar diri sendiri
4) and of course..duit la beberapa hinggit je..almaklumla x keje kan..
5) menambah aksesori dlm wallet..kertas2 resit..

4) Snap the picture of the wallet and yourself

Alamak yg ni lupa nak amik gambarla..xyah la ek..

5) Tag another 5
tak payah gak la...


Ni plak tag dari Ros..tahun lepas punye tag..dok peram..wat pekasam..

Soalan 1: Nyatakan destinasi terakhir anda pergi untuk merilekskan kepala otak dlm bulan November 08...jawapan wajib ada gambar posing maut..

Sori la..thn lps mmg xde ke mana pun..so saya bg gambar g jln2 kat Aquaria pd New Year ari tu..leh la ek..

Soalan 2: Apakah pengalaman manis yang pernah terjadi dalam hidup anda....wajib post gambar..

Kawin ler..hehe

Soalan 3: Apakah makanan kegemaran anda....gambar jugak...(saje mendera)

yumm..yumm..nasi kerabu..especially nasi kerabu hitam..

Soalan 4: Makanan yang anda paling tidak gemar.... nak juga gambar...

sori la..yg ni dah jenuh fikir makanan yg tidak gemar..tp x kuar jawapannya..semua mknn saya gemar kot.


Soalan 5: sila lanjutkan tag ni kepada 7 org. mereka yang bertuah ialah:

ermm..xde la kot..coz tag ni dh lama dah..


Award dari Eriey..dgn bangganya baru nak tepek kat sini...

Thank you Eriey..

10 Muharram..

awal Muharram hari tu...dok ingat nak puasa pd 10 Muharram...tp tu lah kesibukkan duniawi melupakan ibadah2 sunat...Ya Allah..lalainya aku. Hari ni..bila check e-mail dpt e-mail di bwh dr seorg kawan..hari ni ke 10 Muharram??.. :(
Insya Allah..buat apa yg mampu dibuat je lah...

14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan Rabu, 07 JAN 2009)


1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri
fadhilat
- Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat
- Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat
- Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.


4. Menunjukkan orang sesat

fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim

fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.


6. Bersedekah

fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7. Memelihara kehormatan diri

fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8. Mandi Sunat

fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat
:
'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'


9. Bercelak

fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali

fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.


11. Sembahyang sunat empat rakaat

fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat
:
'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.


12. Membaca

'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat
- Tidak mati pada tahun ini .


13. Menjamu orang berbuka puasa

fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14. Puasa

Niat -
'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat
- Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Insya'allah..

Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.

Friday, January 2, 2009

Cerita Tahun Baru 2009

Salam Tahun Baru 2009 semua...

Mula2nya tiada perancangan apa2 pun utk cuti thn baru...anak2 semua bangun lewat. Dah keluarkan lauk utk masak tengahari.. tetiba adik ipar call hubby ajak pegi Aquaria KLCC..dia dah on the way. So..apalagi kami dgn pantas bersiap..mandikan anak2..siapkan bekal susu... Excited la jugak aku coz ni lah 1st time bawak anak2 gi jln2..selain dari pegi shopping.. ;) Sampai sana..masuk..excited la Syaza tgk fish... tapi Arif blur je..bad mood..dia x suka dok atas stroller..tp kalu dok atas stroller cepat je tido..cian dia. Syaza ngan hubby cam tak puas je..maklumla 1st time.. Aku pernah masuk Underwater World kat Sentosa Island, Singapore masa blajar dulu..lagi besar rasanya.. Adalah beli souvenir skit..apa lg key chain & magnet fridge la tumpuan aku.. Dari zaman sekolah lg aku suka mengumpul key chain..tp dah terhenti bila dah kawin..kumpul magnet fridge plak.. Gambar kat bawah ni pun RM28...tak pe lah sekali skala.

keluarga bahagia hehe..susahnya anak2 ni nak posing..


Arif, Syaza & her/his cousin (Sarah)


Semoga tahun 2009 ni kehidupan lebih baik..murah rezeki & yg penting boleh berikan yg terbaik utk anak2. Tu yg cuba menjinakkan diri dlm bidang bisnes..mmg la adala sedikit minat dlm bisnes tp aku ni jenis yg pemalu..tak suka nak berdepan ngan org..so..aku rasa bisnes online boleh menyelesaikan masalah aku..Insya Allah. Sempena 1 Muharram 1430 tempohari aku telah melancarkan kedai online aku (link)..utk permulaan aku cuba jualan tudung bawal dulu..nanti Insya Allah akan bertambahlah jualannya..semoga mendapat sambutan. Banyak lg yg perlu diperbaharui..Insya Allah improve from time to time..bak kata kawanku..

Related Posts with Thumbnails