Permata Hatiku..

Wednesday, January 26, 2011

Syaza's drawing: Scenery

lukisan Syaza di penghujung tahun lepas...ada house x berbumbung tp ada window & door okey...tree yg cinonet je canopy nye...last but not least...her favourite thing..rainbow....*lol

Tuesday, January 25, 2011

Pokok : Pokok Kari


Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii. Nak tahu asal usulnya boleh klik sini.
Ni pokok kari yang saya tanam. Asalnya mertua bagi anak pokok kari ni..kemudian saya tanam belakang rumah..dah selamat jadi pokok dah yg tu..tp saya tak penah guna pun. Pastu ada plan nak extend dapur..jadi saya pun ambil anak pokok dia..then semai dlm pasu..letak kat depan rumah. Dengan harapan letak kat dlm pasu ni..tidak la ia membesar menjadi pokok yg tinggi..sbb saya tak guna pun. Tapi tgklah batangnya cekeding je...sebelum ni daunnya idak la selebat itu..malah kecik2 saja daunnya. Setelah di bagi baja...fuhh..cepat je dia menghijau, membesar dan keluar byk daun. Tang batangnya je x membesar...macam dah tak larat menanggung daun yg lebat tu. Nak kena wat staking (letak kayu pancang) ni....

Antara kegunaan daun kari ni...leh tgk sini..

Sejak dari kecil saya mmg tak suka bau daun kari ni..kalu ada daun kari ni mmg saya tak makan la lauk tu. Tapi sejak dah besar...makan aje..cuma tak berapa suka..sekali sekala okey. Sejak berumahtangga ni..sejak masak sendiri..baru sekali guna daun kari tu..masa wat ayam goreng berempah..saja nak try... Sedap sebenarnya masakan bila masukkan daun kari..wangi..tapi dah x suka nak buat camne. ^_-

Sunday, January 23, 2011

Pokok: Bonsai frangipani

nice kan??... macam dalam aquarium..
pokok renek itu bernama Bonsai frangipani..
ni bukan kat rumah saya...

Thursday, January 20, 2011

Happy Birthday Arif !!


Hari ni Arif Irfan dah 3 tahun. Dah big boy dah. Sempena birthday Arif...saya ada buat GIVEAWAY..hadiah simple je...masa pun terhad..sesapa nak join sila ke blog kraf saya..klik sini..

TQ.

Saturday, January 15, 2011

Syaza ke tadika..

Dah 2 minggu dah Syaza ke tadika..umi baru nak upload gambar Syaza..

sudah ceria nak ke sekolah.. 3 hari pertama je berdrama air mata...

Arif yg suka nak ikut gi antar kakak ke sekolah..tp lom sampai pagar sekolah..dia yg meraung dulu ajak balik...

lets go kakak...good girl..^^

Thursday, January 13, 2011

makan buah..

jom makan buah-buahan...

oren (beli kat Cameron) & mangga (mak mertua bagi)

Tuesday, January 4, 2011

Suka duka awal 2011

Selamat tahun baru..2011...

Cuti tahun thn baru x ke mana pun cuma hari jumaat..cuti sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia, kami ke Jusco membeli barang dapur. Tujuan utama sebenarnya nak beli eskrem Baskin Robin..every 31th of the month dpt diskaun 31% utk handpacked...*lol

Dalam kita bergembira menyambut tahun baru ada juga yg berduka..1.1.2011 terbaca status member kat fb mengatakan pelakon Faizal Yusof meninggal..macam x caya je..coz baru je dok tengok dia berlakon dlm citer Tiramisu ptg2...muda2 lg...kalu dah sampai masanya....Innalillah..

Pastu mlmnya plak....terbaca status member kat fb (member sejak sekolah rendah ke sek menengah ke universiti..cuma course lain2..jd agak renggang especially bila masing2 dh berkeluarga..baru je berjumpa balik melalui fb awal thn 2010)..anakandanya dah meninggal..Innalillah...besar jugak dugaan dari-Nya. Baru 2-3 hari sblm new year dia bersalin prematured baby..baby hanya bertahan 2-3 hari shj. Saya yg mendengar ni pun terasa kesedihannya (naluri seorang ibu)...yelah ini adalah kali ke dua dia menghadapi dugaan yg sama. Kalau tak silap 2009 dia dah pregnant..bersalin..dan baby hanya bertahan beberapa jam shj..sebelum meninggal. Tahun 2010 dia pregnant lg..bersalin dan baby bertahan 2-3 hari. Kedua2nya baby lelaki. Itu semua kehendakNYa...Dia Maha Mengetahui.. Mas & Ise..moga kalian tabah.

3.1.2011...back to school time..
1st day Syaza ke tadika...seperti di jangka..sampai je kat pagar tadika dah start merengek..masuk je terus menangis...terpaksa umi temankan selama sejam..bila dpt melukis dan mewarna baru mood dia okey. Bila cikgu bagi plastesin...dia ralit dok menguli..umi tinggalkan senyap2. Masa jemput dia balik..cikgu kata hujan jugak la kejap mencari umi. Pastu ok.

4.1.2011... 2nd day Syaza ke tadika..x sangka plak..dah okey. Sampai je buka selipar..terus masuk kelas dengan happynya. Arif bangun awal dan nak ikut umi hantar kakak. Arif plak yang menangis..ingat org nak antar dia kot.

Related Posts with Thumbnails