Jawapan dari Ustaz: "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR.
Saturday, December 10, 2011
Kata-kata
Jawapan dari Ustaz: "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR.
Monday, October 17, 2011
Tarikh Lahir Di Dalam Bulan Islam
Eh tetiba bercerita pasal tarikh lahir dlm bulan Islam kenapa plak...sebabnya baru td dpt forwarded email dari member....date converter dan juga perilaku berdasarkan tarikh...
Jom baca...
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…
HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.
RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Friday, October 14, 2011
Wednesday, October 12, 2011
WHY ART IS IMPORTANT FOR CHILDREN

1.Art stimulates both sides of the brain.
2.33% of kids are visual learners.
3.There are studies that show that kids, who make art, read better and get better grades in science and mathematics.
4.The kids learn by using their senses and art is ideal in this process
5.The kids need a place to express themselves at school.
6.Art promotes self esteem
7.Art encourages kids to give more attention to the physical space that surround them.
8.Art develops hand and eye coordination.
9.Art stimulates perception.
10.Art teaches them to think openly. It represents a culture of questioners more than a culture of responders.
11.Art teaches that there is more than one solution for a problem.
12.Art teaches kids to think creatively to solve problems.
13.Kids can share and reflect on their work of art and learn something about the world they live in.
14.When art is integrated with the other subjects in the curriculum, kids commit more to the learning process.
15.In the process of doing art, the child is exposed to different possibilities, to discover and to freedom, this way they avoid falling into the control and the predictability of the conventional education available today.
16.Art nourishes the human soul. One feels good doing it.
17.Art brings the cultural resources of the community into the class.
18. Art involves parents and tutors in the school, inviting them to participate as volunteers in diverse activities.
19. Art provides a common ground across racial stereotypes, barriers and prejudices.
20. Art is valuable all by itself.
So kudos to parents who have registered their children to Lukis 2011, you have made the right choice !!! :)
For other who is interested please register your children's names first at http://lukis2011.blogspot.com/
Workshop at Balai Seni Lukis Negara, KL starts on 5 Nov - 29 Jan (weekends only -Sat or Sun)
Note : Article from museum of children art of oakland.
*copy paste dari FB*
Thursday, October 6, 2011
Kenangan..
dlm page ni yg tulisan hijau tu dh pudar dah..x berapa jelas dh apa yg ditulis.. rasanya ni masa presentation. Dan ada 3 org chatting kat dlm ni...saya.. Faa & Ijah kalu x silap..tgk pd isi chatting & gaya tulisan la. pen hijau tu rasanya ijah...hehe..ayat yg buat sy tersenyum lebar tu..."baju faa sedondong ngan bubble diagram dia."....hahaha....what a sweet memory...hmmm..Wednesday, September 14, 2011
Rezeki..
Tak nak bercerita pasal raya...next time lah citer pasal raya..sbb tetiba je dtg mood nak menulis mengenai tajuk di atas..
Siang td ada terbaca status kat FB Blog Teh Secawan berbunyi:
"Jika rasa malas untuk beribadah, cuba semak semula sumber rezeki."
Malamnya en. hubby bising2 ada cek kena return. Mmg frust la sgt2 sbb cek tu dok tunggu sebelum raya lg..dah dua minggu raya baru dapat. Dah bank in...dok tunggu clear 3 hari..tup2 check status..cheque return plak...mmg la...Xde rezeki lg..nk wat camne kan.. tu yg teringat status fb tu td..mungkin boleh diterbalikkan status tu...
" Jika rasa susah rezeki, cuba semak semula ibadah kita."
Peringatan utk diri sendiri jgk...sekurang2nya Dia masih sayangkan kita. Diberi ujian yg kecil ini utk mengingatkan kita dari alpa. Mungkin disebabkan terlalu excited..diberi teguran ini. Bila terjadi camni..kita muhasabah diri..InsyaAllah. Allahu Akbar...
Thursday, August 18, 2011
Biskut Cornflakes Coklat
Lupa nak copy link empunya asal resepi ni...amik dari my resepi jgk kalu x silap..ni resepi yg paling simple dijumpai..nak senang2 aje..^^
Bahan2:
- 1 kotak cornflake
- 1 bar coklat masakan
- 1/2 bar coklat biasa
- paper cup
1. Cairkan kedua2 coklat (double boiler), kemudian masukkan cornflakes ke dlm coklat yg telah cair tuh dan kacau sehingga sebati.
2. Akhir sekali masukkannya ke dlm paper cup. Biarkan dia keras.
kemudian..ngapp...
hmm..yummm...sedap ek?..dh mmg feberet coklat ye..
Wednesday, August 17, 2011
Juadah ramadan
Thursday, August 11, 2011
taman cenonetku..
kalu diikutkan plan asal...mestila ada wall cladding bagai..'feature wall' la kononnya..tp disebabkan baiki dapur over budget dan mengambil masa yg lama..kami pun dah tension dgn keje2 pembaikan...2 bulan tu..fuhh..so kat depan ni wat basic aje..yg pentingnya nk buat wall tu sbb sblm ni...pagar guna chicken wire je..dah alang2 wat wall tu..buat la skali planter box.
plan asal nak tanam yucca...tup2 masa kat nursery..dok pilih2 pokok yucca..hubby telah tercucuk ngan daun yucca yg agak tajam...cancel yucca..bahaya2..ni kawasan dok lalu lalang..tercucuk mata kan susah. Ternampak la pokok Plumeria obtusa ni (bunga kaler pink)...terus berkenan. sebenarnya berminat ngan bunga merah (plumeria rubra) tp kebetulan yg ada dahan pokok tu x berapa sesuai.
Pokok bunga ros...sebelum ni dh ada 2 pokok ros..suka la plak tgk dok berbunga x putus2..tu yg decide nak tanam bunga ros. Ada 2 kaler sebenarnya..merah dan kuning..tp yg merah segan plak nk berbunga.
Pokok Coleus (Ati-ati) tu idea hubby..nk bagi lg colorful.
Colourful garden...*lol* sila baca 'lots of love'
Wednesday, August 10, 2011
Dapur..after reno....

island kaunter ni je yg xleh blah...suka bebudak ni kalu dpt mkn kat situ...cam satu feature gak.
dapur asalnya sampai kat kaunter tu je..sekarang dh pecah wat wet kitchen..luas la skit dapur skrang..ada wet kitchen & dry kitchen..
Sunday, August 7, 2011
Ramadhan..Day 4-6
Wednesday, August 3, 2011
Ramadhan..Day 1-3
Juadah hari pertama puasa...beli aje. Dok berangan 1st day puasa nk wat nasi ayam tp kebetulan plak keluar ke Shah Alam ptg tu so beli aje..tp bukan kat param pun..
Saturday, July 23, 2011
cuci sawang
Entry kali ni utk cuci habuk dan sawang. Harap2 pasni dpt la update selalu..lgpun bulan Ramadan bakal menjelma lg..boleh la upload gambar2 juadah buka puasa..*wink
Tuesday, March 22, 2011
update blog
Tuesday, January 25, 2011
Pokok : Pokok Kari

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii. Nak tahu asal usulnya boleh klik sini.
Ni pokok kari yang saya tanam. Asalnya mertua bagi anak pokok kari ni..kemudian saya tanam belakang rumah..dah selamat jadi pokok dah yg tu..tp saya tak penah guna pun. Pastu ada plan nak extend dapur..jadi saya pun ambil anak pokok dia..then semai dlm pasu..letak kat depan rumah. Dengan harapan letak kat dlm pasu ni..tidak la ia membesar menjadi pokok yg tinggi..sbb saya tak guna pun. Tapi tgklah batangnya cekeding je...sebelum ni daunnya idak la selebat itu..malah kecik2 saja daunnya. Setelah di bagi baja...fuhh..cepat je dia menghijau, membesar dan keluar byk daun. Tang batangnya je x membesar...macam dah tak larat menanggung daun yg lebat tu. Nak kena wat staking (letak kayu pancang) ni....
Sejak dari kecil saya mmg tak suka bau daun kari ni..kalu ada daun kari ni mmg saya tak makan la lauk tu. Tapi sejak dah besar...makan aje..cuma tak berapa suka..sekali sekala okey. Sejak berumahtangga ni..sejak masak sendiri..baru sekali guna daun kari tu..masa wat ayam goreng berempah..saja nak try... Sedap sebenarnya masakan bila masukkan daun kari..wangi..tapi dah x suka nak buat camne. ^_-
Thursday, January 13, 2011
Tuesday, January 4, 2011
Suka duka awal 2011
Cuti tahun thn baru x ke mana pun cuma hari jumaat..cuti sempena kemenangan pasukan bola sepak Malaysia, kami ke Jusco membeli barang dapur. Tujuan utama sebenarnya nak beli eskrem Baskin Robin..every 31th of the month dpt diskaun 31% utk handpacked...*lol
Dalam kita bergembira menyambut tahun baru ada juga yg berduka..1.1.2011 terbaca status member kat fb mengatakan pelakon Faizal Yusof meninggal..macam x caya je..coz baru je dok tengok dia berlakon dlm citer Tiramisu ptg2...muda2 lg...kalu dah sampai masanya....Innalillah..
Pastu mlmnya plak....terbaca status member kat fb (member sejak sekolah rendah ke sek menengah ke universiti..cuma course lain2..jd agak renggang especially bila masing2 dh berkeluarga..baru je berjumpa balik melalui fb awal thn 2010)..anakandanya dah meninggal..Innalillah...besar jugak dugaan dari-Nya. Baru 2-3 hari sblm new year dia bersalin prematured baby..baby hanya bertahan 2-3 hari shj. Saya yg mendengar ni pun terasa kesedihannya (naluri seorang ibu)...yelah ini adalah kali ke dua dia menghadapi dugaan yg sama. Kalau tak silap 2009 dia dah pregnant..bersalin..dan baby hanya bertahan beberapa jam shj..sebelum meninggal. Tahun 2010 dia pregnant lg..bersalin dan baby bertahan 2-3 hari. Kedua2nya baby lelaki. Itu semua kehendakNYa...Dia Maha Mengetahui.. Mas & Ise..moga kalian tabah.
3.1.2011...back to school time..
1st day Syaza ke tadika...seperti di jangka..sampai je kat pagar tadika dah start merengek..masuk je terus menangis...terpaksa umi temankan selama sejam..bila dpt melukis dan mewarna baru mood dia okey. Bila cikgu bagi plastesin...dia ralit dok menguli..umi tinggalkan senyap2. Masa jemput dia balik..cikgu kata hujan jugak la kejap mencari umi. Pastu ok.
4.1.2011... 2nd day Syaza ke tadika..x sangka plak..dah okey. Sampai je buka selipar..terus masuk kelas dengan happynya. Arif bangun awal dan nak ikut umi hantar kakak. Arif plak yang menangis..ingat org nak antar dia kot.
Monday, December 20, 2010
bersawang lagi..
dah berdebu..bersawang dah blog nih..huhu..xtau kenapa agak malas nak update blog ni...
agak2 ni entry terakhir kot utk tahun ni....yelah lbh krg 10 hari saje lg nak ke tahun baru..
kalu rasa2 nak tau perkembangan terkini saya..boleh ke blog craft saya...
tahun depan akan ada rutin baru plak..ya..si kakak syaza dah register ke tadika.. umi plak yg tgh cuak ni..boleh ke dia..maklum la x pernah berenggang ngan umi.. nak kena pakai uniform sekolah..dia dah la susah pakai dress..lebih suka pakai seluar...kat rumah ikut kepala angin dia je..nak ke dia dengar kata cikgu... pheuww...
Semoga dipermudahkan segala..amin.
Thursday, November 11, 2010
no title
Jd sebelum blk kg..akan cuba postkan cerita2 yg tertangguh..



