Permata Hatiku..

Tuesday, November 17, 2009

4th anniversary..

WoW...lamanye rasa x update blog ni...hmm...sekadar xnak bg bersawang blog ni...ni ada gambar cupcake yg saya buat sempena our 4th anniversary pada 5 Nov lepas..tp huhu mmg fail lah bab2 deko kek ni..kui..kui...layan je lah..

haha..malu nk tepek kat sini tp...ni kan hasil usahaku..hik hik..cupcake vanilla
nk deco2 kek ni perlukan masa & kesabaran..tp kalu xde masa & x brape rajin, ni le jadinye...nk cepat2.. >_<

seminggu dua ni demam puding..asyik wat puding jer..nnt la bila ada masa akan kutayangkan disini. Buat masa skang kesibukan melanda...mengejar masa..maklumlah minggu depan dh nk balik kg..Raya HAji.. Hari selasa kami dh start cuti..eh cam la keje..hubby kan keje...dan kalu xde aral melintang..Insya Allah kami akan singgah di Cameron Highland barang semalam sblm blk kg..utk merehatkan minda & badan di atas bukit sana. Harap dpt refresh balik minda nih. TaTa..

Sunday, November 1, 2009

Open House 2009..part 2

tak abis2 lg citer open house..padahal syawal dh berlalu..hehe..ni citer lama gak sebenarnya. Member bg gambar ni last week lg..tp disebabkan kesibukan baru la upload. Gambar masakan yg sy masak sendiri masa open house...gambar makanan order x diambilnya..

makaroni bakar..agak kering permukaannya coz terlama kat dlm oven..

kek coklat...

salad buah..buah epal merah, epal hijau, anggur & oren..
antara menu lain..nasi goreng, satay & makaroni sup

ni plak gambar candid syaza..susah betul nk gambar dia..

Thursday, October 29, 2009

Hadiah besday Syaza

Hadiah ni dpt masa open house ri tu lg.... ummi & abah x bg apa2 pn..huhu


Baju tu cik Na yg bagi...cik Anis bg sand art (tp utk 4 yo+ la cik Anis)..ummi yg buat plak..hehe.
Cik Ya plak bg mcm2..drawing block..marker pen..oil pastel..water color pen & jugal pencil box. Arif dh guna marker pen tu wat mural kat dinding umah..huhu
Oh ya lupa..member aku (Ina) bg colouring book princess.
Thank you aunty2 sume...len kali leh bg lg..hehe

3rd Birthday Syaza & 1st bloggerversary

Semalam (28/10/09) my lil princess 3rd birthday...hepi birthday sayang!! Masa open house ri tu dh celebrate tp semalam suh gak hubby belikan kek..kecik je..dh muak mkn kek. Sebenarnya plan nk wat brownie tp kebetulan ada keje yg perlu disiapkan...dan virus M**** gak so..beli je la..huhu
Oh ya semalam gak birthday my big brother..

Dan sebenarnya pada tahun lps gak pd birthday syaza aku wat 1st entry utk blog ni..sini.
Kiranya ulangtahun pertama blog my little world ni gak. So aku dh buat keputusan akan bg hadiah pd top pengomen blog ini...sapa yg bertuah itu??...eriey, bai & kayla. Nnt sesapa yg berkenaan itu bg address ye...tp kayla?..jauhnye. Opppss..apa hadiahnye?...mmm..hadiahnya hasil felt craft saya. Tapi disebabkan kesibukan kebelakangan ini saya x sempat lg nk buatkan hadiahnye. So diharap anda yg berkenaan dpt bersabar ye. Bila hadiahnye dah sedia akan sy announce kan. Untuk ketiga2 org ini leh wat request utk satu item pilihan hati...tak kisah la dr sy nyer hasil yg lepas2 mahupun idea sendiri. Sy akan cuba hasilkan..Insya Allah. So any request leh ym or emel me: ct_as79(at)yahoo(dot)com

Thursday, October 22, 2009

MUKJIZAT BISMILLAH

Lagi tazkirah dari forwarded e-mail utk renungan kita bersama:

Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Wednesday, October 21, 2009

Fikir : Siapa anda di sisi mereka?

Hari ni mendapat beberapa forwarded e-mail yg menarik utk dikongsi..akan saya postkan lg nanti..sehari satu peringatan cukuplah ye.. thanks to Ina..

*Sesuatu yg anda tak perasan @ terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup
mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula, mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan
memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci, umpat @ cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila
seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk
mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya, sehari­­ untuk teman tetap
paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

Monday, October 19, 2009

Makan..makan..

Makan..makan..
Yang ni adalah juadah 2 -3 minggu lepas...baru rajin nk upload..

ketupat sotong..request dari hubby pas balik raya dr kg..padahal masa kat kg sempat je berbuka posa ngan ketupat sotong..beli kat pasar ramadan..

balance pulut wat ketupat sotong tu..kukus wat pulut kuning makan ngan sambal daging (serunding)..pepandai sendiri je kukus..hentam saje lah..

3/4 hari lepas tu wat rendang lak..my 1st ever rendang..resepi mak..nasi himpit pun wat sendiri ok...hehe

sup makaroni..ni salah satu juadah masa open house ri tu..tp x sempat amik gambar..malah tuan rumah x sempat makan pun..sempat rasa masa masak je..tu yang sehari pas open house buat lg sup ni..tapi guna pasta yg spiral tu..resepi dr dapur kak Tirana..

ni plak wat semlm..pengat durian makan ngan pulut...habis lenguh2 badan...huhu..
Related Posts with Thumbnails