Permata Hatiku..

Thursday, October 29, 2009

Hadiah besday Syaza

Hadiah ni dpt masa open house ri tu lg.... ummi & abah x bg apa2 pn..huhu


Baju tu cik Na yg bagi...cik Anis bg sand art (tp utk 4 yo+ la cik Anis)..ummi yg buat plak..hehe.
Cik Ya plak bg mcm2..drawing block..marker pen..oil pastel..water color pen & jugal pencil box. Arif dh guna marker pen tu wat mural kat dinding umah..huhu
Oh ya lupa..member aku (Ina) bg colouring book princess.
Thank you aunty2 sume...len kali leh bg lg..hehe

3rd Birthday Syaza & 1st bloggerversary

Semalam (28/10/09) my lil princess 3rd birthday...hepi birthday sayang!! Masa open house ri tu dh celebrate tp semalam suh gak hubby belikan kek..kecik je..dh muak mkn kek. Sebenarnya plan nk wat brownie tp kebetulan ada keje yg perlu disiapkan...dan virus M**** gak so..beli je la..huhu
Oh ya semalam gak birthday my big brother..

Dan sebenarnya pada tahun lps gak pd birthday syaza aku wat 1st entry utk blog ni..sini.
Kiranya ulangtahun pertama blog my little world ni gak. So aku dh buat keputusan akan bg hadiah pd top pengomen blog ini...sapa yg bertuah itu??...eriey, bai & kayla. Nnt sesapa yg berkenaan itu bg address ye...tp kayla?..jauhnye. Opppss..apa hadiahnye?...mmm..hadiahnya hasil felt craft saya. Tapi disebabkan kesibukan kebelakangan ini saya x sempat lg nk buatkan hadiahnye. So diharap anda yg berkenaan dpt bersabar ye. Bila hadiahnye dah sedia akan sy announce kan. Untuk ketiga2 org ini leh wat request utk satu item pilihan hati...tak kisah la dr sy nyer hasil yg lepas2 mahupun idea sendiri. Sy akan cuba hasilkan..Insya Allah. So any request leh ym or emel me: ct_as79(at)yahoo(dot)com

Thursday, October 22, 2009

MUKJIZAT BISMILLAH

Lagi tazkirah dari forwarded e-mail utk renungan kita bersama:

Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Wednesday, October 21, 2009

Fikir : Siapa anda di sisi mereka?

Hari ni mendapat beberapa forwarded e-mail yg menarik utk dikongsi..akan saya postkan lg nanti..sehari satu peringatan cukuplah ye.. thanks to Ina..

*Sesuatu yg anda tak perasan @ terfikir..

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup
mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam
beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda,seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula, mungkin
anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan
sesuatu yang anda ingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan
memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun,
caci, umpat @ cela.

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila
seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.Hanya seminit diperlukan untuk
mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainya, sehari­­ untuk teman tetap
paling setia.walaupn punya harta yang banyak,teman tetap paling berharga.

Monday, October 19, 2009

Makan..makan..

Makan..makan..
Yang ni adalah juadah 2 -3 minggu lepas...baru rajin nk upload..

ketupat sotong..request dari hubby pas balik raya dr kg..padahal masa kat kg sempat je berbuka posa ngan ketupat sotong..beli kat pasar ramadan..

balance pulut wat ketupat sotong tu..kukus wat pulut kuning makan ngan sambal daging (serunding)..pepandai sendiri je kukus..hentam saje lah..

3/4 hari lepas tu wat rendang lak..my 1st ever rendang..resepi mak..nasi himpit pun wat sendiri ok...hehe

sup makaroni..ni salah satu juadah masa open house ri tu..tp x sempat amik gambar..malah tuan rumah x sempat makan pun..sempat rasa masa masak je..tu yang sehari pas open house buat lg sup ni..tapi guna pasta yg spiral tu..resepi dr dapur kak Tirana..

ni plak wat semlm..pengat durian makan ngan pulut...habis lenguh2 badan...huhu..

Wednesday, October 14, 2009

Open House 2009..part 1

Last saturday kami wat rumah terbuka kecil2an shj. Kecil2an tp budget dlm 50 org gak la..lebih kot. Makanan pun ada yg ode..ada gak masak sendiri. Aku tidak la begitu pandai utk masak dlm kuantiti yg byk. Ada pun gambar2 makanan tdk la sempat di snap..bkn x sempat..lupa..tp adala yg disnap sekeping dua oleh kawanku tp..belum dpt lg gambar itu. Nnt ku update later.
Majlis kami bermula pd kul 12.30 tghari sampai le ke mlm. Mlm tu adik beradik shj lah..ceberet birthday syaza (in advance), ank buah hubby 2 org dan juga aku..dh nama tertulis di kek itu. Kek di sponsor oleh kak iparku. Jom layan gambar...

teramat la sempit rumahku bila dh beramai2 begini..
happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to ayra, haris, syaza & cik ti...happy birthday to u...

blow!!...fuhhh..syaza x pandai nk blow..

mari potong kek..keknya sgt la sedap..yumm..

Thursday, October 8, 2009

Wahai anakku..

Semlm seharian suntuk kat luar. Plan asalnya nk gi shopping keperluan utk open house. Kebetulan plak BIL mintak tolong hubby antar something kat Putrajaya. So kuar umah dlm kul 10.30pg. Gi KL dulu..amik kiriman BIL. Then..terus ke Putrajaya. Hujan lebat di Putrajaya..sib baik hubby sempat amik gambar kat Taman Pancarona utk portfolio dia..(Bai masihkah dikau ingat Tmn Pancarona? Tiap kali tgk proposal tmn tu mesti teringat kat Bai..). Nk amik gak gambar Masjid besi kat Putrajaya tu..tp..landscape dia x siap sepenuhnye lg.
Pas Putrajaya...terus ngan plan kami..ke IKEA...hehe..cari barang skit..wah ikea skang very enviromental friendly..dia jual reusable bag dia RM1.90..kalu nk beg plastik rm0.30 selai. Lepas tu ke Giant, Kota Damansara shopping brg2 segar plak. Mcm air je duit mengalir..huhu.
Tapi ada peristiwa yg hampir menyentap jantungku. Anak2ku mmg la gembira kalu di lepas bebas..berlari2 ke sana ke mari. Masa nk pulang..aku memimpin syaza sambil mendukung arif melintas jln utk ke parking. Dah elok2 sampai kat parking..syaza dok jenguk2 keta sebelah. Ntah la mungkin aku careless..aku lepaskan syaza utk membuka pintu keta. Tiba2 saje dia meluru berlari ke belakang. Aku menjerit namanye dgn kuat. Hubby pun terkejut...sambil menjerit dgn nada marah. Masa tu mmg ada keta lalu..Ya Allah..mmg nyaris..mungkin sbb aku menjerit so syaza slow down. Dengar suara abah dia terus dia nangis. Aku lak x terkata apa2. Dlm keadaan itu mungkin hubby salahkan aku gak..mengapa lepaskan syaza. Speechless... Hubby masuk dlm keta..syaza masih menangis. Kata hubby baik nangis skang dr nangis sakit kat spital.
Kami pulang masa tu dah kul 6 lebih..jln kat Kota Damansara pn ajak jam. Hubby singgah kat stesen minyak utk solat asar..serabut katanya. Teringatkan kejadian syaza. Anak2 ni kekadang terlebih excited..yalah td dok lari2 kat dlm supermarket. Area parking tu pun agak luas..dia ingat leh lari2 gak kot. Tp satu pengajaran utk diri aku sendiri la.
Ahh..lupakan dulu peristiwa itu. Oh ya..syaza dh boleh kira one..two..three sampai ten dah. B4 this, dia selalu skip beberapa nombor cam one, two,eight, nine, ten. Masa tgh lunch weekend ri tu. Abah dia cedukkan sup ke dlm mangkuk nasi dia..tiba2 dia kira..one, two, three utk setiap cedukan..kami terkejut..terus abah dia cedukkan sup sampai kiraan ten. Wahh..syaza dh boleh kira ngan betul..good girl..Tersipu2 malu..org puji dia. Tapi bab bercakap buat ayat mmg xleh lg. Cuma skang ni..kalu kita sebutkan apa2..dia rajin nk mengikut. Ada perubahan..keep up good work anakku..


Main ngan kucing masa kat kg. Wah syaza berani ngan kucing. Arif je dok terjerit2 bila kucing bergerak. Tak berani dekat.

Naik menatang apa ni? Kat Alpha Angle...x suka bg anak2 naik mende2 camni. Bila dh naik xnak turun.

Wednesday, October 7, 2009

Alhamdulillah..

Alhamdulillah...
Di tanggal ini ku masih diizinkan bernafas menghirup udaraMu..melihat puncak bukit (di hadapan umahku), melihat kehijauan pokok2 yg makin kekuningan di laman umahku...mendengar kicauan burung...mendengar bunyi detikan jam yg begitu kuat di bilik tidoku...

Terima kasih Allah...
Di tanggal ini..ku masih dikelilingi org2 yg menyayangiku...dikelilingi oleh org2 yg ku sayang...

Thank you Allah...
Di tanggal ini & seterusnya...semoga aku terus diberikan peluang ini selama mungkin...semoga aku diberikan kesihatan dan kekuatan utk menjalankan amanah-Mu sebagai seorg isteri, ibu, anak, menantu, kakak, adik, sahabat dan khalifah-Mu di muka bumi ini. Amin ya rabbal 'alamin.

p/s: agenda hari ni...shopping brg2 utk open house.

Tuesday, October 6, 2009

Raya 2009

Sebelum Syawal berlalu...ku gagahkan jua utk memaparkan gambar2 raya kami..nnt basi lak. Sebenarnya x byk pun gambar..x sempat nk berposing2 pun. Raya last year..syaza dok meragam. Tahun ni plak..Arif dok meragam..xleh org lain sentuh langsung..mulalah menangis..menjerit. Cembeng!! Cousin2 punyer la rajin nk mengasuh tp...semakin sakit kepala aku melayan karenah arif. Harap2 thn depan leh beraya ngan aman...
Jom layan gambar yg ado...

My big family..kalu rasa2 nk tau nama sorang2 pi tgk kat sini.
Adikku tlh rajin menamakan sorang2.

Kami dengan cik dan ayah.

Ha..ni keluarga kecil kami..tema tahun ni merah. Ekceli ni sesi bergambar kat KL dh ni. X sempat nk bergambar kat kg ri tu.

Punye la susah anak2 ni nk bergambar. Tak sporting langsung. Kena paksa tu...

Arif ngan umi..

Arif ngan abah..masa jln2 raya..

Arif & cousin..abg Haris..nama iras2 dh..sib baik plak x ngamok..

Jeng..jeng...umi & abah nk gak bergambar berdua..

Syaza sibok nk interframe plak...

Syaza ngan abah..

tangan abah ketaq....

ragam Arif..

lepas puas kena paksa posing..sesi minum susu plak...tp lepas tu still xleh posing ngan eloknye..huhu

Kenduri kawin cousin (raya ke -5)..pengantin dh tukar baju dh..panas sgt..ya lah pakai songket..mau x hangat..pengantin yg baju putih tu tau..^_^

Friday, October 2, 2009

October dah datang..

Salam Aidilfitri semua..still mood raya eh... ;)
Moga semua sihat walafiat yer...kami sekeluarga pun baru baik dari selsema..2nd day raya pakat start selsema..1st day raya tu raya sakan sgt kot..5 buah rumah je gi ziarah tapi mungkin sbb dok berpanas...pastu asyik minum ais je... Kami balik KL hari jumaat lagi...dah seminggu dah..tp xde mood nak berblog..kepala pun berat semacam..
Citer pasal raya..n3 lain la ek...blog ni pun dh bersawang..kemas2 skit...pasni berderet la n3 kuar..
OKTOBER..tragedi oktober...xde nye tragedi..tapi Oktober mmg dinanti...satunye my birthday Oktober....birthday Syaza pun Oktober, birthday abe (my big bro) same date ngan syaza, birthday kawan U..ijah & amir day after syaza.....dan x lupa gak....aku start blog ni pun on October 2008. Kiranya 1st anniversary my blog. *wink*
Sapa masih ingat janji aku utk 1st anniversary blog ni angkat tangan...heheh..sapa x ingat nasib la. Bila2 masa saje aku akan umum...awal bulan atau..tengah bulan...atau akhir bulan...
adios...^_^
Related Posts with Thumbnails