Permata Hatiku..

Showing posts with label juadah. Show all posts
Showing posts with label juadah. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Nasi Dagang

Sempena raya tempohari..ada kawan2 nak dtg beraya so masak la skit2...kali ni mmg xde tempah2...lgpun x ramai pun yg dtg. Disebabkan en. hubby ada menyebut nasi dagang..so try la buat..1st time ever membuatnya.. Bila mintak resepi ngan mak..dah kena perli. Mak kata..itula masa dia dok masak xde sapa nak tgk..hehehe.. Bukan apa mak masak pukul 4/5 pagi..tu xde sapa yg jenguk... Walau apa pun...nasi dagang ni not bad jgk..kira menjadi la...habis la 2kg beras nasi dagang. tapiii..fuhhh..sgt la leceh membuatnya...

ok pd sesapa nk mencuba..boleh la try...tp sukatan ni agak2 je tau...
Bahan:
-1 kg beras nasi dagang (mak biasa campur ngan beras wangi 1:1 ... katanya x nak bg merah sgt. Tp sy x campur pun)
-Santan pekat..(biasa mak guna 1/2 kg santan utk 2 kg beras
tp sy x guna byk santan pun sbb takut bila tgk santan pekat tu byk2)

-Air
-1 sudu besar penuh Halba (mak rendam halba sekali ngan beras..mak mertua plak..rendam halba ngan air panas & masuk last sekali bersama2 ngan bwg2..ikut suka la nk ikut yg mana)
-Bawang merah- 5 ulas*
-Bawang putih - 2/3 ulas*
-Halia - 1"*
*mayang halus ye

Cara2:
Rendam beras semalaman...pastu basuh dan kukus (1). Mak agak2 je..sampai nampak keluar asap kot tepi tudung kukusan. Sy tgk dlm buku resepi katanya 20 minit.
Lepas tu ..masukkan nasi ke dlm bekas besar...siramkan dgn air..dan gaul rata.. (org Kelate ckp 'arong')
Bila dh gaul rata ngan air (air tu agak2 je ye...) masuk dlm kukusan dan kukus (2) lagi.
Bila dah naik wap..masuk balik dlm bekas besar..siram dgn santan pekat plak. Masukkan jgk garam dan gula secukup rasa. Masa ni check la nasi tu masih keras lg atau pun dah lembut. Mak kata kalau masih keras..campur la skit santan tu ngan air. Tapi kalau dh lembut x perlu campur air lg.
Bila dh gaul rata...kukus (3) sekali lg.
Dah masak..masukkan balik dlm bekas besar...gaulkan dgn bwg m
erah, bwg putih dan halia yg dh dimayang. Kalau belum masukkan halba..masukkan sekali. Mak kata kukus sekali lg..kejap je nk bagi bwg2 tu masak skit..tp kalu org suka bwg2 tu agak mentah..x perlu kukus dah. Terpulang pd selera memasing.

Kami kalu makan nasi dagang x sah kalu xde sambal kelapa dia (lupa plak nk snap gambarnya).

Caranya cam nk buat sambal nasi kerabu jgk..
Goreng kelapa sampai garing...masa panas2 tu..ramas2 atau nak senang tumbuk je bagi halus (tp jgn sampai jd kerisik plak^^) Sekadar nak bg halus je.
Pastu Bwg merah, bwg putih, halia & serai ditumbuk lumat..masukkan garam & gula skit.
Then..gaulkan dgn kelapa goreng..
(nak masukkan ikan rebus pun boleh jgk..cuma mak ckp nnt cepat busuk sambalnya..x tahan lama..apa2pun ikut selera memasing^^)

Nasi dagang ni di makan dgn telur rebus...dan...

Gulai ikan aye (tongkol)
Hari tu sy buat jgk gulai udang...mabeles....

Antara menu lain pd hari itu..makaroni bakar purposely buat utk bdk2...dan mmg bdk2 suka..^^, dessert..dadih dan puding triffle (I just found the perfect recipe for custard)...suka okey..

Rupa2nya ada org follow rasa puding triffle sy ni...haha..katanya tahun ni dah sedap puding ni (ada improvement). Tahun sblm2 ni..ada kurang lg...hehe.

Thursday, August 18, 2011

Meatball carbonara @16 Ramadan

Masa dok men'google' cari resepi terjumpa resepi meatball carbonara ni katanya ala pizza hut punye..so mmg teruja la nk buat.. Rasanya mmg ala pizza hut..ye ke? sbb baru sekali je mkn kat pizza..dah ingat2 lupa. Tapi yg ni mmg sedap..cuma termasin skit..terlebih tabur cheese kot.
Resepi copy paste dari myresepi

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • meat ball (kt pasaraya byk)
  • sos prego yang carbonara mushroom punye..(tin warna biru laut tau)
  • mozarella cheese (untuk jadi mcm bertali2 tu...i like!)
  • chesdale cheese (kraf single jer)
  • bawang besar (warna kuning punye)
  • cili hijau (lau nk sedap lagi guna capcicum hijau)
  • daun sup cikit (ikot suke)

Cara-cara

  1. goreng meat ball.kemudian masukan bawang besar dan cili hijau.goreng sampai bawang jadi layu cikit.angkat dan letak dalam bekas yang sesuai untuk bakar dlm oven
  2. kemudian tuangkan sos prego carbonara ke dalam bekas tadi..kemudian taburkan keju mozarella di atas serta potong chesdale dan susun silang di atasnye..dan bakar dalam suhu 180 celcius..bila da masak angkat dan taburkan daun sup.sedia di hidang...

Ni plak menu utama...sayur masak lemak pekena ngan budu..perghh...menjilat jari..^^

Wednesday, August 17, 2011

Lasagna @ 14 Ramadan


ayam masak merah bermadu

asam pedas ikan tenggiri & telur dadar

lasagne bolognese..dh beberapa kali buat..ni baru naik cantik..masih guna resepi kak Tirana.

Ini resepinya:

Bahan-bahan
1 kotak instant lasagne (brand san romeo)

untuk sos daging:
350 gm daging cincang
1 tin kecil tomato puree
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - diparut kasar
500ml air
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara memasak sos daging
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan lobak merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging bertukar warna menjadi perang.
3. Masukkan tomato puree dan biarkan selama 5 minit.
4. Masukkan air dan masak sehingga kuah agak pekat. Masukkan garam dan lada hitam. Ketepikan.

untuk sos putih:
500ml susu segar
50gm mentega
50gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara memasak sos putih
1. Panaskan mentega hingga cair
2. Masukkan tepung, susu dan garam. Masak hingga pekat. Ketepikan.

Cara memasak lasagne
1. Di dalam loyang, letakkan sos putih. Lapiskan dengan instant lasagne diikuti dengan sos daging. Lakukan proses ini sehingga habis adunan.
2. Bakar pada suhu 200^C selama 30 minit.

* diakhiri dgn sos putih di atas sekali

selamat mencuba

Juadah ramadan

hmmm...urmmm...dah lupa ni juadah ke berapa Ramadan..huhuhu...

Sup ayam, daging goreng kunyit,ikan masin goreng, salad & budu.

Sunday, August 7, 2011

Ramadhan..Day 4-6

Ramadan day 4...beli nasi lemak kat param je.. (ado gambo tp kat dlm phone) :p

Day 5...wat nasi ayam..cam biasa mmg feberet anak2..bertambah2..

ada org dh santap dulu sblm org berbuka...

Day 6..berbuka di rumah kakak ipar..menu utama nasi kerabu..menu sampingan mcm2 ada..

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan..Day 1-3

Dah 3 hari puasa..Alhamdulillah...

Gulai telur itik, sambal udang with petai, ayam percik ayamas & kuih2.
Juadah hari pertama puasa...beli aje. Dok berangan 1st day puasa nk wat nasi ayam tp kebetulan plak keluar ke Shah Alam ptg tu so beli aje..tp bukan kat param pun..

Hari kedua puasa...ayam masak kurma, sosej masam manis & acar timun..masak sendiri. Sambil2 en. hubby keluar beli kuih..dia belikan paru goreng pedas.

Hari ketiga..masak simple2 aje utk tambahan..sbb ayam masak kurma & sosej masam manis semlm ada lg. Sardin masak kicap, ikan kering goreng, telur dadar..ni sume hubby yg request. Kuih cam biasa..beli kat stall tepi jln je.

Thursday, February 24, 2011

Kisah semalam (birthday hubby)

Semlm birthday hubby...
Rancangan awal nk beli je kek secret recipe..tp disebabkan cik abe busy so dia suh buat aje keknya... Inilah hasilnya yg x seberapa..nak kena practice lg...dan juga oven baru..*lol...

kek coklat..perasan tak..huruf 'a' tu potong sendiri je..mould huruf 'a' missing in action..hehe
simple2 aje...

spaghetti bolognese utk dinner..

Ni plak hadiah harijadi semalam...

handmade with love...
nak tgk lg sila ke sini

Thursday, December 30, 2010

Last entry for 2010

Kesian plak tgk blog ni dh lama x ber'update'.... Godek2 phone ada gambar2 masakan yg dok terperam lama..boleh lah utk entry terakhir ini... gambar2 masakan saje...

sambal ikan bilis & kentang, sup tulang, daging masak merah dan daging goreng kunyit..

apam coklat dan ketupat sotong..

Monday, October 25, 2010

tomyam and the gang

Weekend yang santai...
menu utk lunch..tomyam again...asyik2 tomyam je kan..nk buat camne dh feberet..kali ni digandingkan dgn siakap sweet sour dan pak choy ikan masin (dah cari kailan x jumpa..huhu)..
Cam biasa makan bertambah-tambah.. Alhamdulillah..

Tuesday, October 12, 2010

Puding Nenas

Pertama kali cuba buat puding nenas ni...resepinya senang je..buat sempena birthday tempohari. Dapat 2 biji puding...satu bg kakak ipar..kebetulan weekend tu dia buat open house. Katanya tetamu dia kata sedap. Alhamdulillah..
Mak mertua pun puji..ok la tu kan..*wink

07.10.10

Walau pun tarikh tu tidak le secantik tarikh 10.10.10 tp tarikh tu tetap tarikh kelahiran ku yg ke-31. 31 tahun dah..huhu. Tiada apa yg special pun..macam hari2 biasa cuma sedikit terkilan bila sang suami boleh lupa birthday sang isteri. Dah separuh hari baru wish. Punya la dia bz..dok fikir pasal keje je. Okey la tu...mlmnya dpt la makan kek secret recipe. Beli yg slice je...leh rasa macam2..



ada juga makaroni goreng dan puding untuk makan malam..

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,Rehatku adalah rantaian zikir,Rantai yang ku kalungkan pada leherku,Sebagai tanda cintaku pada Mu,Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,Mencari haruman Syurga ciptaanMu,Tempat rehat dan nikmmat abadi…….


Saturday, October 2, 2010

Kek Coklat Kukus


kek ni dibuat masa buat mini open house (gambar krg memuaskan).. x-ofismate nak dtg beraya kat umah. Pastu hubby ajak adik beradik dia..makan2 belah mlm. Kek ni satu adunan je..tp dpt 2 biji kek sbb xleh guna acuan besar..nnt x muat nak masuk kukusan plak. Sori lah..decoration mmg fail..sesuka hati je...topping melimpah ruah..alahai...
Resepi kek ni dpt dh bertahun2 dari member...member plak dpt dr kakak dia...dah pernah buat..ni kali ke tiga buat guna resepi ni. Tp saya lg suka kek coklat bakar...

Bahan2:

1. - *tpg gandum ~ 3 cwn
- *serbuk koko ~ 1 cwn
- *bikarbonat ~ 1/2 camca teh
- gula pasir ~ 3 cwn
bahan * - diayak

2. - telur ayam ~ 2 biji
- minyak masak ~ 1 tin
- susu cair ~ 1 tin
- air suam ~ 1 tin
- esen vanila ~ 1 camca
(sukatan tin guna tin susu cair yg sama)
(kacau bahan no 2 ala kadar +- 1 minit tp biar kembang skit & sebati)

~ Bahan (2) + bahan (1) = kacau sampai rata

~ Kukus selama 45 minit -bekas tu klu xnak lekat sapu minyak skit.

~ utk topping> masak coklat bar sehingga cair (double boiler) > curah atas kek

**hidangkan waktu panas2 atau sejukkan dlm fridge

Resepinya simple je...so kalu time malas2...senang guna resepi ni.

Tuesday, August 17, 2010

Juadah 2-6 Ramadan

Antara menu2 berbuka puasa setakat ini..tp x semua la..ada yg lupa nak snap. Setakat ni... Alhamdulillah masak sendiri..kuih je beli. Cuma hari sabtu je cuti masak coz iftar kat putrajaya. Pot luck kat rumah BIL. Layan gambar lauk2 masakanku yg x seberapa.

Tomyam, telur dadar & juga paprik ayam & sambal belacan (xde dlm gambar)

Menu utama ikan singgang ngan budu..tetiba ada plak request telur dadar..ayam masak bermadu (ekceli hubby mintak ayam goreng biasa je)

ni semalam punya...nasi ayam

~ sekian ~

Thursday, August 12, 2010

Juadah 1 Ramadan..

Juadah berbuka untuk hubby semalam...daging masak kurma, ayam masak merah bermadu dan acar timun...

Kuih plak..hubby beli kat param...samosa & sira pisang yg tawar..ooppss..

Update resepi:

Resepi ayam Masak merah bermadu ni saya amik dr blog kak Suzi..anak2 suka. mintak izin copy paste ye kak.

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 3 labu bawang besar ~ diblend
  • 3 ulas bawang putih ~ diblend
  • 1/2 in halia ~ diblend
  • garam
  • 3 sudu besar madu
  • air asam jawa/tomato sos
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
  • minyak

Cara2:
  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
  3. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
  4. Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
  6. Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
  7. Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
  8. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
  9. Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
  10. Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..

Wednesday, August 4, 2010

Nasi goreng..nasi lemak..

Nasi goreng ...nasi lemak..camne nak diet ni?? Ni semua minggu lepas punya cerita.

Dinner nasi goreng USA..

for me...

for hubby... (hubby request telur dadar)

Dua hari lepas tu..dinner nasi lemak plak..tp byk kekurangan..xde timun..xde lauk..xpe sendiri makan..kalu hubby nak makan kena la ada lauk..

Friday, July 23, 2010

Roti & telur

3 hari lepas kat blog Drama Mama terjumpa menu breakfast. Bai panggil egg in a hole. Kebetulan masa blog hopping tu belum breakfast lg.. terus rasa nak buat tp malangnya roti dah habis. Tp terliuq jugak kat telur tu..so breakfast makan telur masak separuh. Esoknya..jeng..jeng..

tercapai impian...

Teringat plak masa keje dulu..breakfast selalu order 'roti tampal' kat kedai mamak bawah ofis. Dah lama x makan..roti tampal tu..roti canai yg ada telur mata kerbau kat tengah2.


Monday, July 5, 2010

Bolognese Lasagne

Bismillahirrahmanirrahim..lama x update blog..xde mood..xde bahan nak update...tp bila dh update pasti berderet entry baru. Mula2 kita citer pasal makan dulu...

yumm..yumm..bolognese lasagne...ntah berapa kali dah wat lasagne ni..hubby suka..anak2 pun suka...resepi leh jenguk kat blog resepi kak tirana...simple itu yg penting..

tapi kali ni rasa kurang menjadi skit la...ke tukang masak je yg muak. Hubby makan bertambah2 plak... Oh ya..selain nk tayang lasagne tu..ekceli nak tayang gak pinggan mangkuk baru tu..yg beli kat Langkawi tu.. :P
Masa tgk kat bawah lampu kat kedai ri tu nampak cantik..tp balik rumah..tgk cam dull la plak..xpe lah..yg penting simple..

Apam soda..ambik kau..merekah kaw kaw...malas nk buat dlm acuan kecik2 so..bubuh je dlm loyang. Sedikit keras..patut guna tepung naik sendiri tp dh habis so guna tepung biasa tp tambah baking powder.

Anak2 suka la kaler2 camni...resepi leh tgk sini...

Monday, May 24, 2010

Ayam Goreng Berempah

Lunch semalam try buat ayam berempah Tok Su..resepi dari Bai. Sedap..tapi semalam perap kejap je..kalu perap lg lama mesti lg sedap..lenkali leh wat lg. Tq Bai.
Bai..kak ct try cari balik entry pasal ayam goreng berempah ni tp payah nak jumpa la coz Bai x wat label..ingat nak linkkan. Sib baik resepi dah salin awal2.
Ayam goreng berempah ni makan bersama gulai daging yg mak mertua kirim..seedap!! Syaza makan bertambah2...

*****************************************
Update:

Bai mintak izin copy & paste resepi ye..

Wash chicken & put them aside. Blend onions, garlic & an inch of ginger. Marinate the chicken with the blended ingredients, a pinch of salt, a packet of meat curry powder, sweet soy sauce & jintan putih & manis (not too much jintan or it would spoil the taste).
Keep refrigerated for at least an hour & then deep fry in wok. Once you take them out of the wok, quickly pour some sweet soy sauce on them. Serve them hot.

Simple je resepinya.. selamat mencuba.

P/s: Kayla..kak ct dah buat owl macam kat templete blog..tgk sini..


Sunday, March 14, 2010

Roti sosej goreng

Simple food...untuk anak2...senang dan bdk2 pun suka..TAPI Arif ni mengada2 la pulak..dok mkn roti kat luar tu je..xmau makan sosej plak..dah macam kena gigit tikus tgk roti yg dia makan..mcm2 la padahal sblm ni sosej tu feberet dia...selera mkn dia xleh dijangka sekarang ni.. :(
dah nampak slim skit sekarang ni..kurus panjang...

yumm..yumm

Sejak dua menjak ni mood masak x berapa ada..masak ala kadar je..since anak2 (especially Arif) x berapa nak mkn nasi... Semlm hubby ada kat rumah so utk dinner teringin plak nk wat makaroni bakar...last time buat..masa open house raya tahun lepas. Inilah hasilnye...bertambah2 hubby makan..suka.. ^_^ tapi Arif mkn sikit sgt.


Hari ni plak wat puding mangga utk anak2..bende2 camni laju la dorang makan. Puding mangga ni yg segera punye cap Nona. dah lama beli..baru buat..

Related Posts with Thumbnails