Permata Hatiku..

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Nasi Dagang

Sempena raya tempohari..ada kawan2 nak dtg beraya so masak la skit2...kali ni mmg xde tempah2...lgpun x ramai pun yg dtg. Disebabkan en. hubby ada menyebut nasi dagang..so try la buat..1st time ever membuatnya.. Bila mintak resepi ngan mak..dah kena perli. Mak kata..itula masa dia dok masak xde sapa nak tgk..hehehe.. Bukan apa mak masak pukul 4/5 pagi..tu xde sapa yg jenguk... Walau apa pun...nasi dagang ni not bad jgk..kira menjadi la...habis la 2kg beras nasi dagang. tapiii..fuhhh..sgt la leceh membuatnya...

ok pd sesapa nk mencuba..boleh la try...tp sukatan ni agak2 je tau...
Bahan:
-1 kg beras nasi dagang (mak biasa campur ngan beras wangi 1:1 ... katanya x nak bg merah sgt. Tp sy x campur pun)
-Santan pekat..(biasa mak guna 1/2 kg santan utk 2 kg beras
tp sy x guna byk santan pun sbb takut bila tgk santan pekat tu byk2)

-Air
-1 sudu besar penuh Halba (mak rendam halba sekali ngan beras..mak mertua plak..rendam halba ngan air panas & masuk last sekali bersama2 ngan bwg2..ikut suka la nk ikut yg mana)
-Bawang merah- 5 ulas*
-Bawang putih - 2/3 ulas*
-Halia - 1"*
*mayang halus ye

Cara2:
Rendam beras semalaman...pastu basuh dan kukus (1). Mak agak2 je..sampai nampak keluar asap kot tepi tudung kukusan. Sy tgk dlm buku resepi katanya 20 minit.
Lepas tu ..masukkan nasi ke dlm bekas besar...siramkan dgn air..dan gaul rata.. (org Kelate ckp 'arong')
Bila dh gaul rata ngan air (air tu agak2 je ye...) masuk dlm kukusan dan kukus (2) lagi.
Bila dah naik wap..masuk balik dlm bekas besar..siram dgn santan pekat plak. Masukkan jgk garam dan gula secukup rasa. Masa ni check la nasi tu masih keras lg atau pun dah lembut. Mak kata kalau masih keras..campur la skit santan tu ngan air. Tapi kalau dh lembut x perlu campur air lg.
Bila dh gaul rata...kukus (3) sekali lg.
Dah masak..masukkan balik dlm bekas besar...gaulkan dgn bwg m
erah, bwg putih dan halia yg dh dimayang. Kalau belum masukkan halba..masukkan sekali. Mak kata kukus sekali lg..kejap je nk bagi bwg2 tu masak skit..tp kalu org suka bwg2 tu agak mentah..x perlu kukus dah. Terpulang pd selera memasing.

Kami kalu makan nasi dagang x sah kalu xde sambal kelapa dia (lupa plak nk snap gambarnya).

Caranya cam nk buat sambal nasi kerabu jgk..
Goreng kelapa sampai garing...masa panas2 tu..ramas2 atau nak senang tumbuk je bagi halus (tp jgn sampai jd kerisik plak^^) Sekadar nak bg halus je.
Pastu Bwg merah, bwg putih, halia & serai ditumbuk lumat..masukkan garam & gula skit.
Then..gaulkan dgn kelapa goreng..
(nak masukkan ikan rebus pun boleh jgk..cuma mak ckp nnt cepat busuk sambalnya..x tahan lama..apa2pun ikut selera memasing^^)

Nasi dagang ni di makan dgn telur rebus...dan...

Gulai ikan aye (tongkol)
Hari tu sy buat jgk gulai udang...mabeles....

Antara menu lain pd hari itu..makaroni bakar purposely buat utk bdk2...dan mmg bdk2 suka..^^, dessert..dadih dan puding triffle (I just found the perfect recipe for custard)...suka okey..

Rupa2nya ada org follow rasa puding triffle sy ni...haha..katanya tahun ni dah sedap puding ni (ada improvement). Tahun sblm2 ni..ada kurang lg...hehe.

Thursday, August 18, 2011

Biskut Cornflakes Coklat

Biskut raya...biskut raya...
Biskut yg senang..x pyh bakor2 pun...

Lupa nak copy link empunya asal resepi ni...amik dari my resepi jgk kalu x silap..ni resepi yg paling simple dijumpai..nak senang2 aje..^^

Bahan2:
  • 1 kotak cornflake
  • 1 bar coklat masakan
  • 1/2 bar coklat biasa
  • paper cup
Cara2:
1. Cairkan kedua2 coklat (double boiler), kemudian masukkan cornflakes ke dlm coklat yg telah cair tuh dan kacau sehingga sebati.

2. Akhir sekali masukkannya ke dlm paper cup. Biarkan dia keras.

kemudian..ngapp...

hmm..yummm...sedap ek?..dh mmg feberet coklat ye..
dari 3 balang dah tinggal 2 balang dlm masa 2 hari..

Meatball carbonara @16 Ramadan

Masa dok men'google' cari resepi terjumpa resepi meatball carbonara ni katanya ala pizza hut punye..so mmg teruja la nk buat.. Rasanya mmg ala pizza hut..ye ke? sbb baru sekali je mkn kat pizza..dah ingat2 lupa. Tapi yg ni mmg sedap..cuma termasin skit..terlebih tabur cheese kot.
Resepi copy paste dari myresepi

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

  • meat ball (kt pasaraya byk)
  • sos prego yang carbonara mushroom punye..(tin warna biru laut tau)
  • mozarella cheese (untuk jadi mcm bertali2 tu...i like!)
  • chesdale cheese (kraf single jer)
  • bawang besar (warna kuning punye)
  • cili hijau (lau nk sedap lagi guna capcicum hijau)
  • daun sup cikit (ikot suke)

Cara-cara

  1. goreng meat ball.kemudian masukan bawang besar dan cili hijau.goreng sampai bawang jadi layu cikit.angkat dan letak dalam bekas yang sesuai untuk bakar dlm oven
  2. kemudian tuangkan sos prego carbonara ke dalam bekas tadi..kemudian taburkan keju mozarella di atas serta potong chesdale dan susun silang di atasnye..dan bakar dalam suhu 180 celcius..bila da masak angkat dan taburkan daun sup.sedia di hidang...

Ni plak menu utama...sayur masak lemak pekena ngan budu..perghh...menjilat jari..^^

Wednesday, August 17, 2011

Lasagna @ 14 Ramadan


ayam masak merah bermadu

asam pedas ikan tenggiri & telur dadar

lasagne bolognese..dh beberapa kali buat..ni baru naik cantik..masih guna resepi kak Tirana.

Ini resepinya:

Bahan-bahan
1 kotak instant lasagne (brand san romeo)

untuk sos daging:
350 gm daging cincang
1 tin kecil tomato puree
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - diparut kasar
500ml air
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara memasak sos daging
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan lobak merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging bertukar warna menjadi perang.
3. Masukkan tomato puree dan biarkan selama 5 minit.
4. Masukkan air dan masak sehingga kuah agak pekat. Masukkan garam dan lada hitam. Ketepikan.

untuk sos putih:
500ml susu segar
50gm mentega
50gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara memasak sos putih
1. Panaskan mentega hingga cair
2. Masukkan tepung, susu dan garam. Masak hingga pekat. Ketepikan.

Cara memasak lasagne
1. Di dalam loyang, letakkan sos putih. Lapiskan dengan instant lasagne diikuti dengan sos daging. Lakukan proses ini sehingga habis adunan.
2. Bakar pada suhu 200^C selama 30 minit.

* diakhiri dgn sos putih di atas sekali

selamat mencuba

Saturday, October 2, 2010

Kek Coklat Kukus


kek ni dibuat masa buat mini open house (gambar krg memuaskan).. x-ofismate nak dtg beraya kat umah. Pastu hubby ajak adik beradik dia..makan2 belah mlm. Kek ni satu adunan je..tp dpt 2 biji kek sbb xleh guna acuan besar..nnt x muat nak masuk kukusan plak. Sori lah..decoration mmg fail..sesuka hati je...topping melimpah ruah..alahai...
Resepi kek ni dpt dh bertahun2 dari member...member plak dpt dr kakak dia...dah pernah buat..ni kali ke tiga buat guna resepi ni. Tp saya lg suka kek coklat bakar...

Bahan2:

1. - *tpg gandum ~ 3 cwn
- *serbuk koko ~ 1 cwn
- *bikarbonat ~ 1/2 camca teh
- gula pasir ~ 3 cwn
bahan * - diayak

2. - telur ayam ~ 2 biji
- minyak masak ~ 1 tin
- susu cair ~ 1 tin
- air suam ~ 1 tin
- esen vanila ~ 1 camca
(sukatan tin guna tin susu cair yg sama)
(kacau bahan no 2 ala kadar +- 1 minit tp biar kembang skit & sebati)

~ Bahan (2) + bahan (1) = kacau sampai rata

~ Kukus selama 45 minit -bekas tu klu xnak lekat sapu minyak skit.

~ utk topping> masak coklat bar sehingga cair (double boiler) > curah atas kek

**hidangkan waktu panas2 atau sejukkan dlm fridge

Resepinya simple je...so kalu time malas2...senang guna resepi ni.

Thursday, August 12, 2010

Juadah 1 Ramadan..

Juadah berbuka untuk hubby semalam...daging masak kurma, ayam masak merah bermadu dan acar timun...

Kuih plak..hubby beli kat param...samosa & sira pisang yg tawar..ooppss..

Update resepi:

Resepi ayam Masak merah bermadu ni saya amik dr blog kak Suzi..anak2 suka. mintak izin copy paste ye kak.

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 3 labu bawang besar ~ diblend
  • 3 ulas bawang putih ~ diblend
  • 1/2 in halia ~ diblend
  • garam
  • 3 sudu besar madu
  • air asam jawa/tomato sos
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
  • minyak

Cara2:
  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
  3. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
  4. Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
  6. Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
  7. Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
  8. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
  9. Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
  10. Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..

Monday, July 5, 2010

Bolognese Lasagne

Bismillahirrahmanirrahim..lama x update blog..xde mood..xde bahan nak update...tp bila dh update pasti berderet entry baru. Mula2 kita citer pasal makan dulu...

yumm..yumm..bolognese lasagne...ntah berapa kali dah wat lasagne ni..hubby suka..anak2 pun suka...resepi leh jenguk kat blog resepi kak tirana...simple itu yg penting..

tapi kali ni rasa kurang menjadi skit la...ke tukang masak je yg muak. Hubby makan bertambah2 plak... Oh ya..selain nk tayang lasagne tu..ekceli nak tayang gak pinggan mangkuk baru tu..yg beli kat Langkawi tu.. :P
Masa tgk kat bawah lampu kat kedai ri tu nampak cantik..tp balik rumah..tgk cam dull la plak..xpe lah..yg penting simple..

Apam soda..ambik kau..merekah kaw kaw...malas nk buat dlm acuan kecik2 so..bubuh je dlm loyang. Sedikit keras..patut guna tepung naik sendiri tp dh habis so guna tepung biasa tp tambah baking powder.

Anak2 suka la kaler2 camni...resepi leh tgk sini...

Monday, May 24, 2010

Ayam Goreng Berempah

Lunch semalam try buat ayam berempah Tok Su..resepi dari Bai. Sedap..tapi semalam perap kejap je..kalu perap lg lama mesti lg sedap..lenkali leh wat lg. Tq Bai.
Bai..kak ct try cari balik entry pasal ayam goreng berempah ni tp payah nak jumpa la coz Bai x wat label..ingat nak linkkan. Sib baik resepi dah salin awal2.
Ayam goreng berempah ni makan bersama gulai daging yg mak mertua kirim..seedap!! Syaza makan bertambah2...

*****************************************
Update:

Bai mintak izin copy & paste resepi ye..

Wash chicken & put them aside. Blend onions, garlic & an inch of ginger. Marinate the chicken with the blended ingredients, a pinch of salt, a packet of meat curry powder, sweet soy sauce & jintan putih & manis (not too much jintan or it would spoil the taste).
Keep refrigerated for at least an hour & then deep fry in wok. Once you take them out of the wok, quickly pour some sweet soy sauce on them. Serve them hot.

Simple je resepinya.. selamat mencuba.

P/s: Kayla..kak ct dah buat owl macam kat templete blog..tgk sini..


Friday, September 11, 2009

Kuih raya 2...Biskut Semperit Gebu

Very the gebu biskut ni. Kayla...kak ct dah buat biskut ni..biskut semperit gebu..mmg sedap..tp fragile sgt. Ropanya pun x de cantik sgt...1st time buatkan..ada rupa bunga x..huhu..kelopaknya mudah pecah. Sesiapa nak mencuba leh jenguk sini.

Tuesday, September 8, 2009

Juadah berbuka again...

Juadah berbuka semalam...gambar pun blur je..coz amik ngan henset je...

Sup ayam mamak...kurang serinya coz xde daun sup...sapa2 nak resepi leh jenguk dapur kak suzi

sayur campur goreng dgn sosej dan telur

Daging masak lada hitam...tgk dlm rancangan WHI..resepi Rubiah Suparman..tp resepi asal yg dia buat adalah Udang Masak Lada Hitam.

Resepinya:
Tumis bawang putih, masukkan serbuk lada hitam,sos tiram dan kicap pekat. Gaul skit. Kemudian masukkan kicap cair dan gula. Kacau hingga sebati. Masukkan udang yg telah digoreng. Gaulkan.
(Aku dah ubah udang ke daging).
Nanti nak cuba daging black pepper versi Bai plak. ^_^

Friday, September 4, 2009

Juadah berbuka

hari ni dah 14 Ramadan...esok 15 Ramadan..pasni berkumandang la lagu2 raya kat corong2 radio..
x byk nak di kongsikan...coz jarang2 masak sebenarnya...hubby rajin nak beli..aku lak malas..elok la tu...ni antara juadah yg aku masak...antara 7 -13 Ramadan...

Ikan bakar tomyam
tapi x menjadi sgt...x terasa tomyamnye..mungkin kekurangan bahan

Baby bread pudding

Geng nasi tomato...

nasi tomato

acar timun

ayam masak merah

dalca daging

Puding ni buat semalam...lauk beli je..huhu

Rich choc pudding

**************************************************
update:

Resepi Ikan Bakar Tomyam
(resepi ni disalin dari suratkhabar)

Bahan2:
2 ekor ikan selar
Daun limau purut
Jus limau nipis/kasturi
Kertas aluminium

Bahan dimesin:
3 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
1 biji tomato
Garam

Penyediaan:
1. Gaulkan bahan yg dimesin & letakkan dlm kertas aluminium.
2. Letakkan ikan & daun limau purut, bungkus kemas.
3. Bakar di atas dapur atau dlm oven dgn suhu 200 c selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.

Thursday, August 20, 2009

Hash Potato..

Heee..citer pasal makan lg...tgh rajin..posa ni xtau rajin ke x..yg pasti 1st day posa x perlu masak coz dh ada jemputan buka posa umah SIL. Tp dh tentu tentu 'potluck'..kami kena bwk kuih muih..hmm nk beli ke buat ek?..
Apa2 pun layan dulu gambar2 ni...

Dinner mlm td..mee goreng..

Buatkan jugak hash potato...simple gak resepi dia...
nak habiskan stok potato lama..posa ni beli stok potato baru..hubby suka kentang goreng pedas...

Ni resepi utk hash potato...resepi dari yani@myresepi.com
mintak izin copy& paste ye tuan punya resepi..

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 biji ubi kentang
  • 1/3 sudu kecil garam
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Bersih dan kupas kulit potato
  2. Ambik sebiji potato. Cincang sampai halus.
  3. Ambik sebiji lagi, cincang kasar.
  4. Campurkan kedua-duanya ke dlm bowl. Masukkan garam dan gaul rata. Bahagikan kentang kepada 4-5. Wrapping dgn plastik wrap. Microwave kan selama 2-3 minit dgn 600W
  5. Selepas tu biarkan sejuk sekejap. Agak-agak dah tak panas utk kita buat bentuknya. Ambik sebiji potato tadi. Latakkan ke atas plastik wrap. Tekan-tekan bagi leper.
  6. Panaskan minyak. Bolehlah goreng sehingga perang.
  7. NOTE: Sape ada food processor boleh guna fp.. sebiji kentang mix sampai hancur. Kemudian masukkan satu lagi kentang. Mix sekejap,kasar-kasar.

Wednesday, August 19, 2009

Popia Pisang...

Makan petang td..goreng popia pisang..macam goreng pisang cuma goreng pisang salut tepung yg ni dibungkus ngan kulit popia...hehe..resepi yg paling simple..

tapi bila diberitahu pd beberapa org rakan..digelakkannye...mmg mudah sangat...1st time makan MIL buat.

Bahannye:
-kulit popia (saiz sederhana)
-pisang lemak manis/emas

Caranye:
-bentangkan sehelai kulit popia..
-letakkan pisang yg telah di buang kulit...then bungkus pisang itu..cam buat popia..
-utk melekatkan kulit popia...bancuh sedikit gandum dgn air...dan sapu pd hujung kulit popia..Insya Allah xkan terbuka la popia itu.
-Apa lg goreng la...balance leh simpan dlm freezer..bila2 nk makan..kuarkan aje dr freezer terus goreng..xyah defrost..pisangkan mudah berair.

p/s: kalu leh pisang tu jgn terlampau masak..coz pisang mudah berair.
p/p/s: berhati2 semasa nk makan..isi di dalam mungkin panas...(mcm pernah baca je..kat mana ek)

Ada gak member cadangkan pisang tu dilenyek2 dan ditabur serbuk cinnamom mcm wat pie..tp rasanya x sesuai la dilenyek2 kalu nk guna kulit popia..coz kulit popia nipis sgt..mudah pecah kalu kena air..nnt meletup2 minyak panas..

Monday, July 13, 2009

Apam Balik...

Semalam (Ahad)...pegi UKM...hantar barang kat adik. Bawa adik kuar lunch skali. Mula2 ingat nak makan kat Bangi Kopitiam coz member suggest makan kat situ... Tapi...hubby pun xtau kat mana restoran tu..dan biasa lunch kan makan nasi campur..kat Bangi Kopitiam ada nasi campur ke? Hubby bawa gi makan kat Restoran D' Limau Nipis. Okey gak makanannya..dan yg specialnye air limau nipis special dia. Lupa lak nak snap gambar. Memang special..ngan aiskrim dan jelly..best. Masa nak antar adik balik hostel..baru nampak BAngi Kopitiam..len kali lah.

Petang plak...wat apam balik utk minum petang..wat kecik2 je..non stick pan kat umah ni dah uzur sgt..surface dah x rata..kat tgh2 je yg rata. Okeyla 1st time buat..xde la macam beli kat kedai...Update:
Sesapa nak cuba buat....silakan..

Apam Balik

Ms Oreo@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1 sudu teh baking powder
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Sedikit mentega/planta untuk mengoles
  • Bahan tabur : Kacang tanah yang sudah dikisar *(saya tambah jagung dan tabur gula gak skit)

Cara-cara

  1. Mesin gula bersama telur hingga kembang,
  2. Masukkan soda, bicarbonate, air dan pewarna kuning. Mesin lagi hingga sebati. *(saya x guna pewarna)
  3. Masukkan tepung dan mesin lagi sehingga sebati. (ADUNAN SIAP)
  4. Oleskan planta di permukaan kuali & tuangkan 1 senduk adunan tadi, kemudian nipiskan. *(saya guna butter mula2 tp permukaan apam balik tu jd x cantik..last2 x oles butter pun..baru cantik)
  5. Biarkan seketika & sementara menunggu masak, taburkan bahan tabur di atas.
  6. Apabila cukup masak, angkat dan dilipat DUA sebelum dipotong. Selamat Mencuba!


Saturday, July 11, 2009

makanan...

Baby bread pudding ni ekceli dibuat 2/3 minggu lepas..wat buka posa..wat kuih simple je..letak kurma. Resepinye dah lupa amik kat mana..dh lama sgt copy..

kek batik biskut marie..tetiba je teringatkan kek batik bila tgk biskut marie yg hubby beli kat anak2. Cam x laku je biskut tu...so cari la resepinye..cam senang je... Tak tau la jd ke idak ni..sbbnye aku pernah makan zaman sekolah2 dulu..dh lupa rasa camne. Tp yg ni pun sedap..anak2 pun suka la..maklumlah coklat...tp terlebih manis. Ni resepinye:

Bahan-bahan ( loyang 7/8" )

  • 1 bungkus (350g) biskut marie
  • Setengah buku butter
  • 2 biji telur
  • 1 cwn serbuk koko
  • 1/2 cwn milo
  • 1 cwn air
  • 3/4 cwn gula
  • ** milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko

Cara-cara

  1. patah2kan biskut
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

sumber:

mrsdayat@myresipi.com

Wednesday, May 20, 2009

Best Ever Muffin

Best Ever Muffin...amik resepi dari dapur kak Suzi..dah lama dah tp baru semlm mencuba.. terpaksa sprinkle berwarna warni utk Syaza..si kakak tu dah pandai memilih makanan skrang.
Separuh aku letak kismis, separuh lg letak coklat chip. Tapi x tau la mana silap..nape tak merekah muffin tu..terlebih gaul ke??

Resepi: (copy & paste je)

Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula (- kak suzi kurangkan...letak 1/2 cawan je....)
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran

Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan


Friday, May 8, 2009

Makanan Lagi...

Percubaan kedua membuat pizza...oklah...dpt dua bijik pizza..pasni x yah beli pizza hut lg...xde susah sgt pun nak buat...

Bahan-bahan ( loyang 11" )

  • ** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
  • ** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula

  • ** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara

1. ** Untuk doh pizza **

2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.

3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.

4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.

5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.

7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.

8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

9. Gambar sos pizza

10. Keju pizza kat sini

11. ** Untuk sos pizza **

12. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

@@@@@@@@@

Apam soda...sedap..anak2 pun suka tapi byk sgt la plak..tp tak faham kenapa dia naik tak ikut acuan??! Sesuka dia je nak naik..huhu

Warna dia pun dah cukup buat anak2 tertarik utk makan..tp lupa plak amik resepi dari blog sape..dah lama amik..baru try buat..


*************************

Apam Soda


Bahan-bahan
* 3 cawan self-raising flour
* 3 biji telur
* 1 1/2 cawan gula
* 3 suku cawan air aiskrim soda(nak guna Sprite dengan 7Up pun boleh jugak)
* 1 sudu teh esen ros
* Berberapa titisan perwarna merah
* Berberapa titisan perwarna kuning
* Berberapa titisan perwarna hijau

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang/ringan.
2. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata.
3. Masukkan air aiskrim soda dan esen ros. Gaulkan sebati.
4. Bahagikan adunan tadi kepada tiga bahagian dan masukkan perwarna yang anda suka.
5. Masukkan adunan selang-seli ikut warna kedalam acuan.(Jangan penuh sangat)
6. Letakkan dalam pengukus yang sudah dipanaskan dan kukuslah selama 15 minit.
7. Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan jika suka boleh dimakan dengan kelapa parut.


Related Posts with Thumbnails