Permata Hatiku..

Wednesday, February 25, 2009

Tag & Award..

Tag dari Baizurah nun di Penang:

-GO to your photos folder in your computer
-GO to the 6th Folder of your photos
-GO to the 6th photos in that folder
-Put the picture on your blog & description of it.
-Invite 6 friends to join the challenge
-Link them in your blog & let them know they have been challenged.


Arif minum susu..sambil gigit2 puting botol susu. Gambar ni diambil di Alamanda, Putrajaya. Malam tu ada dinner kat umah abg ipar kat Precint 14 (kalu x silap), Putrajaya. Sesaja kitaorg gerak awal..coz nak melawat Alamanda dulu.. :o)
Window shopping...mana kedai baby..kedai mainan..kitaorg masuk..x beli apa pun..mahal wo. Last2 masuk Reject Shop..terbeli la gak baju tido utk Arif & Syaza sepasang sorang and selai blause utk ummi..hik2. Dah abah tanya x nak beli ke..trus je la amik (x tau bila nak pakai..coz blause tu sebenarnya sesuai utk ke ofis). Lepas kuar Reject Shop tu masing2 dah dahaga..so singgah minum kat Rasa. Arif pun minum susu skali.

ermm..x nak tag sesapa coz dah ramai yg buat..


Ni tag dari Ros...sori ya Ros slalu je perap tag:

**RULES***
The rules of the game get posted at the beginning. Each player answers the questions about themselves. At the end of the post, the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves them a comment, letting them know they’ve been tagged. Let the person who tagged you know when you’ve posted your answer.
***END***

What were you doing 5 years ago?
Graduate (early 2004)...2/3 bulan pastu start keje kat construction site sebagai Clerk of Work..huhu..hentam saje la..kita kan fresh ikut je la ckp bos..cari pengalaman.

What were the 5 things on your list today?
1. cam biasa wat kerja2 umah
2. melayan anak2
3. Siapkan landskap design utk banglo tu..(leh siap ke ari ni?..)
4. Plan nak wat pizza tp...hujan la plak..(ada kena mengena ke?..hehe)
5. tup..tup..hubby call suh tgk masterplan utk projek......

What are 5 snacks that you enjoy?
1. Coklat 2. Kerepek ubi pedas 3. Keropok ikan 4. Potato chips
5. Maruku

What are 5 jobs you've had?
1. Penganggur (kejap je.. sesambil tolong kakak yg amik upah jahit baju)
2. Clerk of Work (6 bln pastu naik pangkat sebagai....)
3. Landscape Architect
(ada la experience dlm 3 thn..pastu..)
4. Stay at Home Mum (tak tau la sampai bila..klu bleh sampai bila2..hehe)

5. Landscape Designer (sambilan kat umah..tlg hubby)


5 people you want to tag
x mau tag sesapa gak la coz dah lama tag ni..dah ramai yg jawab..


Award dari kak Tirana..thanks kak.. sori lambat tampal..

Monday, February 23, 2009

Happy Birthday Mr. Hubby!!

Selamat Hari Jadi yg ke-31 Abang Sayang!!

Semoga Allah mengurniakan..
kesihatan yg berpanjangan,
rezeki yg melimpah ruah,

kasih sayang yg tidak berbelah bagi,

kesabaran dlm mengharungi kehidupan,

& Iman yg teguh


I LOVE U...


WE LOVE U...


Semoga kasih sayang kita berpanjangan ke
akhir usia.

(hik..hik..itulah lbh krg kata2 dlm birthday kad utk hubby)


Ni plak birthday cupcakes utk hubby..sori la awal sehari. Cantik tak kek ni? Cantik kan. Kalu cantik tu dah tentu2 bukan aku buat sendiri..huhu..cuppies ni aku tempah dari Almond Delight. Cantik dan sedap. Thank to Cepoi & Syukri.

Semalam gi shopping kat Jaya Jusco Alpha Angle..beli baju tido anak2 (ada Baby Fair), abahnya beli belt dan seluar (hadiah birthday dari ummi..*-*). Lunch kat Egg House. Then pick up kek kat LRT Taman Melati. Untuk dinner malam tadi plak.. buat spaghetti bolognese..hehe try buat sos dia sendiri coz xde stok sos spaghetti. Hubby cakap OK..*wink*

Wednesday, February 18, 2009

Muffin Cip Coklat

Muffin Cip Coklat ni buat semalam...for dinner..amik resepi dari majalah.
ni resepinyer:

Bahan2:
250 gm tepung diayak bersama
15 gm serbuk penaik
150 gm minyak jagung
150 gm susu segar
150 gm gula kastor
2 biji telur gred B
100 gm cip coklat
15 gm serbuk koko

Cara membuat:
1. Masukkan telur, gula dalam mangkuk pengadun
2. Kemudian masukkan susu segar dan minyak. Kacau semuanya hingga sebati.
3. Masukkan pula tepung sedikit demi sedikit
4. Masukkan serbuk koko dan cip coklat. Kacau sebati.
5. Tuangkan pula adunan tadi dalam piping bag. Potong sedikit hujung piping bag dan paipkan adunan ke dlm cawan muffin. Bakar pada suhu 180 c sehingga masak.

Sumber: Majalah Nur

Cameron Highland

Sempena cuti Thaipusam..hubby ajak pegi Cameron Highland (sebenarnya dah berminggu2 dok plan nak ke sana tp asyik x jadi je). Tapi kami pegi balik hari gak. Tak puas hati betul..ni je tempat yg sempat bergambar...coz anak2 ni masuk je kereta terus tido. Lena lak tu..kesian plak nak kejut. Maklum la kena paksa bgn awal pagi. Terpaksa la aku dan hubby bergilir gi shopping. Ada la kami beli bantal strawberry (suka la..*wink), key chain, fridge magnet, sayur2an, buah2an, kaktus (i like..kembali menanam kaktus) dan belon strawberry (utk syaza & arif).

Late entry..juadah

Late entry...ni semua juadah minggu lepas... Actually minggu lepas gak buat bubur jagung, pizza..tapi lupa nak snap gambar..huhu


Nasi tomato, pancake (makan dgn jem strawberry) & jagung rebus. Semua buah2 dan sayur2 beli kat Cameron Highland.

Thursday, February 5, 2009

Jalan2 di Zoo Negara..

Ni jalan2 masa cuti Chinese New Year ri2... 1st time gi Zoo Negara..hehe. Hubby dok gelak coz ni 1st time aku gi zoo. Masa bercinta dulu ada gak dia ajak gi zoo..iskhh x nak la..hehe. So..anak dah dua baru gi zoo..baru sonok bwk anak2 tgk haiwan. Syaza je la excited..Arif still xtau apa lg..muncung je mulut kat dlm stroller. Nnt Arif besar skit..kita pegi lg.

Arif dan rambut yg dah dipotong. Baru handsome anak umi.

Tuesday, February 3, 2009

Tomyam & Kuih Seri Muka

lagi pasal makan...wink...citer pasal makan je ari ni..lama xde n3...hehe

02.02.09 (Monday)...Hubby cuti lagi. Tu yg masak beriya. Kalu tak..jarang masak. Untuk makan tengahari buat tomyam ayam+daging, paprik ayam dan telur dadar. Tapi last skali malas nak wat sambal blacan. Kalu ada sambal blacan lg best.
Syaza pun beriya makan...

Petangnye plak..rasa nak buat kuih serimuka.. 1st attempt.. x pernah buat kuih2 tradisional ni..
okey la kuihnya cuma tawar skit..biasa la lidah klate..nak manis2 aje.. resepi ni di ambil dari dapur kak suzi. Dah lama dah nak wat tapi tak terbuat..bila tgk dlm blog kak suzi baru semangat nak buat. tapi tak la secantik kuih kak suzi...saya nye tak berseri sangat. Gambar pun x brape cantik. Kak suzi....saya copy paste resepi ek? Sy pun buat separuh dari resepi gak.

Bahan-bahan (size loyang 22cm / 3''):
Bahan lapisan bawah:
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 camt garam
2 camb minyak

Bahan2 lapisan atas:
120gm tepung gandum
3 camb tepung jagung
140gm gula pasir
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 camt garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan boleh digantikan dgn 1 camt pandan paste)

cara:
  1. untuk lapisan bawah: sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih
  2. bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min. toskan beras pulut
  3. Satukan semua bahan2 didalam loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan
  4. kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min
  5. keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi
  6. siap untuk dilapis dgn lapisan atas
  7. untuk lapisan atas: pukul gula bersama telur hingga kembang dengan menggunakan whisker
  8. masukkan santan yang telah dilarutkan bersama garam
  9. diikuti dengan air pandan dan dipukul lagi sehingga rata
  10. akhir sekali ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam adunan tadi
  11. kacau adunan supaya tidak berbentil
  12. kemudian tapiskan adunan ke dalam loyang yang berisi pulut tadi
  13. dan kukus dengan api yang sederhana selama 45 min atau 1 jam
  14. pastikan tudung kukus dilapik dengan kain atau dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas lapisan atas
  15. setelah masak biarkan kuih betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan
Arif pun suka kuih seri muka..

Nasi Goreng Hubby..

01.02.2009 (Sunday)....Hari Wilayah... Aku bukan dok KL pun..hehe tapi hubby keje KL. So..x ke mana pun. Dok umah je..kemas2 rumah. Breakfast agak lewat (brunch)..makan nasi berlauk (lauk ikan)..so tengahari x makan. Petangnya..aku ingat nak wat nasi goreng je..tapi hubby rajin nak masak. Hubby wat nasi goreng, bakar ayam black pepper (ayam ni beli yg dah siap marinate.. ;) ). Aku plak tolong potong2 sayur and buat coleslaw. Hias2 nasi goreng tu pun keje hubby.. :) TQ

Nasi Ayam..... Again?!

Ni ntah kali ke brape wat nasi ayam...ni sbnarnya masakan masa cuti Chinese New Year tempohari. Sebenarnya aku dok plan nak wat nasi tomato tp skali...hubby request nasi ayam plak.
Punya la lama dok perap...kali ni nak bagi resepi dia skali. Ni resepi dari mother in-law.
p/s: untuk sukatan agak2 je ye...simple resepi je..

1) Mula2 rebus ayam
- utk rebus ayam, masukkan bwg putih & halia yg tlh ditumbuk
- masukkan juga sedikit garam

* air rebusan ayam akan digunakan utk sup & memasak nasi

2) Ayam plak
-perap ayam dgn kicap pekat + garam (perap sampai sejuk)
-boleh goreng ataupun bakar
*nak bagi ayam nampak berkilat sapukan butter
*ayam jangan dibuang kulit

3) Nasi
-basuh nasi seperti biasa
-masukkan air rebusan ayam (kalu x cukup boleh ditambah air biasa)
-masukkan juga bwg putih & halia yg diketuk
-daun pandan bg wangi & juga sedikit pewarna kuning..nak bagi cantik
-masukkan juga garam & gula * 1 cawan beras lebih kurang 1/2 sudu kecil gula
-kacau bg rata. then masak.

4) Sup
-tumiskan rempah kasar (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga), bwg putih & halia (diketuk) dgn sedikit minyak
-tuangkan ke dalam air rebusan ayam
-masukkan garam & gula secukup rasa.
-hidang bersama bwg goreng & daun sup

5) Sambal lada
-blend cili merah & sedikit cili kering
-masakkan guna slow fire
-masukkan sos cili skit, air limau kasturi/limau nipis
-garam & gula secukup rasa. masukkan corn flour utk bg pekat skit

6) Kicap
-masak kicap pekat + air atas slow fire gak
-masukkan kiub pati ayam (saya guna chicken knorr)
-macam biasa garam & gula dan juga corn flour bg pekat
* mertua masukkan juga taucu tp saya x penah bubuh coz xde
* kalu nak bg pedas potong lada burung kecil2 then tabur dlm kicap masa nak hidang

7) Lain2
-salad, timun & tomato
Related Posts with Thumbnails