Permata Hatiku..

Tuesday, December 30, 2008

Kad dari kak Suzi..

Kad tahun baru dari kak Suzi nun di Adelaide, Australia. Terima kasih kak Suzi. Untuk pengetahuan..blog kak Suzi la blog pertama saya buka..(masa tgh cari resepi..:) ). Blog kak Suzi gak la yg membuatkan saya nak ada blog sendiri..huhu...Thanks kak Suzi..

Friday, December 26, 2008

Maal Hijrah 1430


Pixel Code Graphics


Pixel Code Graphics


Selamat Menyambut Awal Muharram 1430...Semoga kehidupan kita bertambah baik. Kepada kawan2 bloggers...semoga ukhuwwah yg terjalin akan kekal hendak-Nya.

Juadah..

Juadah di hari cuti Krismas...nasi ayam...

Yg ni plak cup cake yg dibuat 3 hari lepas...tapi tak guna cup...sebaliknya guna kon aiskrim..dpt idea dari rancangan Chef at Home..Asian Food Channel (AFC) tp tak leh simpan lama coz kon tu cepat lemau. Patutnya letak icing baru cantik...tp malas plak...flower kon ni pun dah pecah2...Syaza buat main.

Last weekend plak..buat mi bandung tapi guna perencah segera je...

Friday, December 19, 2008

Mencari POSITIF bagi sesuatu yg NEGATIF

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY ......... for received this personal and meaningful forwarded message because it means you have friends who are thinking of you.

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"

Thursday, December 18, 2008

Terima kasih daun keladi...

soo..sweet...thanks Ros. Kad dari Ros...walaupun aku ni takde la aktif sangat dlm dunia blog ni. Tapi ada jugak orang sudi memberi kad. Lebih suka low profile... Selalu je menjengah blog2 yg ada tapi lebih kepada membaca...dari memberi komen. Itulah aku...realitinya pun aku lebih suka mendengar dari berkata-kata. Thanks again.

Wednesday, December 17, 2008

Hangin satu badan...

Semalam (Selasa)...pegi buka akaun bank baru. Sebelum ni mmg tak pernah berurusan ngan bank ni. Tapi dia punya service teruk gak la. Bila aku sampai..aku tanya la sorang officer kat kaunter apa ntah coz xde nama. Tapi aku anggap kaunter pertanyaan coz dekat ngan mesin amik nombor. Dia tunjukkan meja customer service suruh aku duduk dulu. So aku, hubby & anak2 duduk la dulu walaupun tak de officer kat situ. Tunggu punya tunggu lebih kurang 15 minit tak de sorang pun officer dtg. Hubby aku dah start gelisah..dia kata tak de borang ke perlu diisi untuk buka akaun. Ya tak ya jugak... Officer kat kaunter pertanyaan td dah bertukar orang. Aku bangun pergi bertanya..dia suruh tunggu kejap sambil jarinya menuding ke arah meja customer service yg tak de sorang pun officer. Aku tanya la tak de borang nak kena isi ke? Dia cakap ada... Kebetulan sorang officer perempuan baru keluar so dia suruh tanya officer tu. Officer tu bg la borang buka akaun..dan tunjukkan mana yg kena isi..dan lepas tu suruh amik nombor. Pas isi borang tu..hubby amikkan nombor. Tunggu lg... Tunggu punya tunggu.. Syaza pun dah tak senang duduk. Hubby dah start merungut. Aku ok je..tp bila hubby dah merungut aku pun tak sedap jugak la rasa. Almost setengah jam menunggu... Meja customer service ada dua tp yg bertugasnya sorang je...Dia sorang la yg dok melayan orang. Sampai kemuncaknya..hubby dah naik angin..dia suruh aku tanya je officer perempuan tu bila giliran kami. Kebetulan plak bila time aku pegi tanya..customer yg dia layan tu baru je berlalu. So..dia cakap, " akak baru je nak panggil nombor adik". Huh..nasib baik..hubby aku dah keluar..bawa Syaza jalan2 kat luar. Sepanjang perjalanan balik..sampai ke rumah pun tak habis2 hubby membebel... Dia cakap, ada bank satu ni walaupun prosedur dia melecehkan..cerewet..tp kurang2nya customer service dia ok. Tp bank yg aku pegi tu xde la cerewet mintak itu ini tp customer service plak teruk. Kata hubby aku lg...bank lain..tanya pak guard pun pak guard boleh bg borang buka akaun. Yg ini..tanya officer..dia boleh suruh tunggu..bukan kata nak bg borang..tak de la kami buang masa menunggu. Hemmm...mungkin masa aku pergi je..nasib tak baik. Sabar je la...

Jalan-jalan

emmm... dah hampir seminggu tak de entry baru.. ermmm..

Bukan apa..dah 3 hari hubby mc coz sakit mata...so tak boleh nak mengadap pc je...kena ikut turn la. Dari hari sabtu lg..mata hubby nampak merah tp katanya tak sakit pun..so biar je la. Hari Ahad pegi umah member (x-ofismate) kat PJ..gi tengok baby baru..baru tak baru dah 2 bulan dah baby tu. Sori la tak berkesempatan..

Hari Isnin lak..hubby dah start rasa sakit mata dan makin merah..pegi klinik dpt mc dua hari. Aku ambil kesempatan la..ajak hubby gi shopping brg dapur kat Giant. Mula2 nak gi Ikea tp tak jadi.. :(
Ni ada gambar lil kids yg sempat di snap

Syaza dan buku baru nya

Arif tido....lenanya..

Jom balik..Syaza tak lepas buku dia

Arif dah sedar tapi..tak leh buka mata..silau..

Thursday, December 11, 2008

Cerita Aidiladha

Salam sejahtera semua... I'm back.. Masih terasa kepenatan. Hari ni banyak baju nak kena basuh. Maklum la kat kg..cuaca tak menentu..asyik mendung.
Aidiladha tahun ni mungkin meriah skit bg keluarga aku coz kebetulan semua adik beradik aku balik. Riuh rendah rumah ngan suara budak2. Tapi malangnya hubby aku plak tak sihat..sampai muntah2 lg.
Pas solat raya...kami ke kampung ayah aku untuk ibadah korban. Ayah aku ambil bahagian ngan orang kat sana. Aku ambil 2 bahagian untuk aqiqah Arif Irfan. Kakak sulong 1 bahagian juga utk aqiqah, kakak sorang lg pun 2 bahagian utk aqiqah dan mak aku 1 bahagian. Semua skali 6 bahagian. Anak2 buah semua ikut nak tengok lembu. Syaza pun ni 1st time kot tengok lembu secara live. Tapi sayang..tak sempat nak ambil gambar gelagat dorang coz aku dukung Arif. Tapi mmg meriah la ngan suara anak2 buah aku (yg ramai boy). Pas zuhur..bila daging dah di bawa balik..kecoh lagi budak2 ni tengok kaki lembu la..lidah lembu la... Kaum perempuan plak dok potong daging... Utk lunch buat daging bakar cicah air asam dan goreng kunyit (campur daging & organ2 dlm lembu)..yumm..
Utk aqiqah plak..kitaorg tak buat jamuan pun coz mak tak larat. Just masak...then bahagi2.
Sebelum raya..aku sempat ke pasar besar beli sedikit tudung..hajatnya nak buat bisnes online kecil2an. Tak tahu la bila boleh start...

Thursday, December 4, 2008

Salam Aidiladha..

Salam Aidiladha buat bloggers...dan juga kawan2 yg mengikuti blogku ini...
So..saya bercuti sehingga la hari Rabu nanti. Esok nak balik kampung..
balik kampung..hati girang... :)

See ya..

Tuesday, December 2, 2008

Bila Allah cepat makbulkan Doamu

Dua tiga hari ni sedikit bz lah...tolong hubby siapkan kerja2 drafting...the whole day dok mengadap komputer..rasa nak terkeluar dah biji mata...
Ni pun curi sikit masa utk post...dpt dr e-mail yg di forward oleh kawan...

" Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."

Related Posts with Thumbnails