Permata Hatiku..

Tuesday, August 17, 2010

Juadah 2-6 Ramadan

Antara menu2 berbuka puasa setakat ini..tp x semua la..ada yg lupa nak snap. Setakat ni... Alhamdulillah masak sendiri..kuih je beli. Cuma hari sabtu je cuti masak coz iftar kat putrajaya. Pot luck kat rumah BIL. Layan gambar lauk2 masakanku yg x seberapa.

Tomyam, telur dadar & juga paprik ayam & sambal belacan (xde dlm gambar)

Menu utama ikan singgang ngan budu..tetiba ada plak request telur dadar..ayam masak bermadu (ekceli hubby mintak ayam goreng biasa je)

ni semalam punya...nasi ayam

~ sekian ~

Thursday, August 12, 2010

Juadah 1 Ramadan..

Juadah berbuka untuk hubby semalam...daging masak kurma, ayam masak merah bermadu dan acar timun...

Kuih plak..hubby beli kat param...samosa & sira pisang yg tawar..ooppss..

Update resepi:

Resepi ayam Masak merah bermadu ni saya amik dr blog kak Suzi..anak2 suka. mintak izin copy paste ye kak.

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 3 labu bawang besar ~ diblend
  • 3 ulas bawang putih ~ diblend
  • 1/2 in halia ~ diblend
  • garam
  • 3 sudu besar madu
  • air asam jawa/tomato sos
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
  • minyak

Cara2:
  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
  3. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
  4. Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
  6. Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
  7. Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
  8. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
  9. Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
  10. Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..

Wednesday, August 11, 2010

Cerita ceriti...

Salam...selamat berpuasa. Saya xleh puasa..sedey...tp nak buat camne dah namanya perempuan. Cuma harapnya x lama macam kebiasaan coz ia datang 2bln sekali. Bila ia dtg mmg lama. Plak tu hidung ni sekarang rasa cam nak meletup..panas..berair...aduhai...sesekali Allah nak uji.
Okey..nak cerita ceriti skit citer last week & weekend ri tu...
Di tengahari 1 Ramadan ni nak tunjuk plak pengat durian yg dibuat minggu lepas..sori ye kalu terliur. Dugaan tuh.

Pengat durian makan dgn pulut

Hari sabtu pergi shopping barang dapur ..stok utk puasa kat Carefour...singgah lunch kat pizza..


Alang2 kat carefour tu singgah kat nagoya cari kain..kononnya nak buat sarung bantal anak2..patutnya beli kain plain utk match dgn kain yg dh beli lama dulu..tp x banyak la pulak kain cotton yg murah tu...cam x menarik je.. last2 belek2 kain yg dilambak kat depan kedai tu..ada la berkenan...murah je ni..

Hari Ahad pulak...beristirehat kat rumah je...ni antara lauk utk lunch..ayam 3 rasa..boleh?..hehe
macam x kena plak kan..nak buat ikan 3 rasa..xde ikan yang sesuai..so ganti ngan ayam..


Isnin pulak..menghala ke Sogo..rebut peluang sebelum puasa..kalu dah puasa nnt x larat dah nak shopping sambil melayan karenah anak ni... Beli baju raya anak2 & anak2 sedara je... Sogo ni pun setahun sekali je jejak..tahun lepas x jejak langsung ke sana. Pastu mulalah cari baju last minit..serik dah. Tahun ni insya Allah dah x payah fikir dah pasal baju anak2..cuma kasut je x beli lg. xpe lah..beli je kat mana2.

Kat food court...tengah tunggu abah beli air



Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan..



Selamat berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat...
semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelumnya..


Thursday, August 5, 2010

Wednesday, August 4, 2010

Nasi goreng..nasi lemak..

Nasi goreng ...nasi lemak..camne nak diet ni?? Ni semua minggu lepas punya cerita.

Dinner nasi goreng USA..

for me...

for hubby... (hubby request telur dadar)

Dua hari lepas tu..dinner nasi lemak plak..tp byk kekurangan..xde timun..xde lauk..xpe sendiri makan..kalu hubby nak makan kena la ada lauk..

Tuesday, August 3, 2010

Jalan2..Melaka 2010

Salam bahagia...dua minggu lepas kami sekeluarga berkesempatan ke Melaka..me'release'kan tension. Dua hari 3 malam di bandar bersejarah itu. Tapi x byk tempat pun pegi.

Day 1: Sabtu. Bertolak dari rumah lbh krg 10 a.m++. Sampai je tol Ayer Keroh..tetiba hubby teringatkan kakak x-ofismate dia yg sekarang bekerja di Melaka. Cuba call..and nasib baik kak Su ada kat rumah. So terus ke Jasin. Walaupun akan stay di Seri Malaysia tp belum masa check in lg. Dapat makan fish & chip hasil tangan kak su. sedap. Selepas bertukar2 cerita..maklumla dh lama x jumpa. Pukul 3...patah balik ke Ayer Keroh. Check-in Seri Malaysia. Dia punya suasana ok...tp biasa la ramai kumpulan2 gomen yg stay. Pool pun x la besar... Ptg..anak2 bermandi manda di kolam. Pastu..keluar dinner ikan bakar di area Umbai jgk..gerai makan..suggestion dr husband kak su..ok la..not bad.

mandi manda

makan-makan

Day 2: Ahad. Lepas check-out dari Seri Malaysia..kami menghala ke bandar Melaka plak. Mencuba river cruise..tension sekejap bila syaza buat perangai. Sib baik kat dlm boat dia okey. Menyusuri sungai Melaka.... Selepas itu..cari makan. Sebenarnya nk gi makan kat Mahkota Parade..tp jalan cam jem plak. So cari je la mana2 kedai makan. Bila dah kenyang..mata pun rasa ngantuk so..check in Mahkota Hotel..rupanya belakang Mahkota Parade je. Ptg cam biasa aktiviti anak2 utk bermandi manda. Pool kat Mahkota Parade ni cam best skit. Malam pi dinner steamboat kat Mahkota Parade. Jalan kaki je dari hotel.Buffet..makan sampai lebam.. Tercapai hajat nak makan steamboat. Tq hubby.

river cruise

mandi manda lagi

Day 3: Isnin. Lepas breakfast bersiar2 di garden kat hotel tu. Nice. Anak2 main kat playground. Selepas siap semuanya. Check out... Pi Jonker street plak..x happening seperti malam hari. Tp jalan2 la jgk cari souviner & t-shirt. Then..good bye Melaka. Kalu ada rezeki thn depan nak pegi lg..x puashati sbb xleh pegi A-Famosa.

Mahkota Hotel

** Tp sebenarnya stay kat 2 hotel ni rasanya merugikan masa je dok check in ..check out. Hmm..
Related Posts with Thumbnails