Permata Hatiku..

Showing posts with label luahan rasa. Show all posts
Showing posts with label luahan rasa. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Salam kembali...

Setelah sekian lama menyepi..rasa cam nak kembali bersiaran tp xtahu la rajin ke tidak nak update selalu.
ok..sebelum bercerita panjang..terlebih dahulu sy nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN...
utk sesiapa yg sudi menjenguk blog ni.
Sejak berpindah balik kg ni..mmg x byk aktiviti pun utk dimasukkan kat blog ni..masak pun jarang2..hmmm...

Alhamdulillah...sejak start puasa Ramadan tempohari hari rasa x sedap badan je..rupa2nya ada rezeki. Walaupun tidak dirancang...Alhamdulillah dgn rezekiNya. Ni 1st time mengalami 1st trimester dlm bln puasa..ohh sgt2 x larat. tapi Alhamdulillah dpt puasa penuh. Alahan xde teruk sgt tp mungkin sbb puasa jd rasa sgt teruk..huhu.

Tadi 3/9/12...pegi wat 1st check up...sebenarnya dlm puasa ritu lg dh gi jumpa doktor tp doktor kata awal lg..dia suruh bukak buku lps raya. Weekend ritu try nk gi wat check up ngan doktor pakar tp ramai org la plak. Last2 pegi klinik kat bawah sekolah syaza je lah..senang pas antar terus singgah klinik. Kandungan dlm 11 minggu..Alhamdulillah. Masa scan td nampak heart beatnya..:) tp ada berita x berapa best la plak..masa scan td doc kata selain dr baby tu ada 1 ruangan yg x dpt dipastikan apa dia. katanya mesin scan dia tu dah season jd x berapa jelas... Bila dia jamah perut pun dia kata macam besar sgt dari usia kandungan tu..huhu. Dia x berani nk terima...dia suruh jumpa doktor pakar utk detail. Katanya takut ada fibroid. Ya Allah sentap kejap. Doc dok tanya ada sakit perut x? Tak de la plak sakit perut cuma time batuk sakit la..sbb sekarang ni dh seminggu lebih dok batuk x hilang2..time batuk kuat tu mmg sakit la perut. Risaunya...balik td terus google. Kehamilan dan fibroid...ada yg bermasalah dan ada jgk yg tak bermasalah. Apa2 pun nak kena pegi check dgn yg pakar dulu. Harap2 bukan fibroid. Kalu sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal kehamilan dan fibroid boleh tgk sini. Bila google ni rupa2nya ramai yg ada fibroid masa hamil...baru je minggu lepas member cakap member dia pregnant ada fibroid. Jadinya nnt perutnya jd mcm pregnant anak kembar. 
Ya Allah..jauhkanlah.

Tuesday, January 3, 2012

Doa Isteri Solehah

Bismillahirrahmanirrahhim..
Doa Isteri Solehah

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujian dari- Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sesuatu karenanya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Karena aku pasrah dengan dugaan Mu
Karena aku sedar hinanya aku
Karena aku insan lemah yang kerap keliru
Karena aku lupa dengan keindahan duniaMu
Karena kurang kesabaran ku menghadapi cubaan Mu
Karena pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami...
.
Aamiin Yaa Robbal 'Aalamiin....

Sumber: FB


Ini plak amik dr status seorg teman di FB:

Andai rasa sedih, pandanglah langit. Ingatlah Allah masih ada. Andai rasa resah, renunglah dasar hati. Yakinlah Allah mencipta hati. Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras.

Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta. Percayalah Allah Maha Berkuasa. Andai rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi. Yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.

Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Yang Maha Mengetahui.

~ Hasbul 'Aqill

Tuesday, November 22, 2011

Assalamualaikum...Hai...
ye..dah lama x update blog...setakat update copy paste info je...
entah la x berapa rajin nak mengarang...

Dah x berapa hari lagi nak sambut tahun baru hijrah...dan sebulan lebih je lg nak sambut tahun baru masihi...

dan kami sekeluarga pun akan berhijrah for good..insyaAllah.
tahun baru..
azam baru..
everything is baru...
moga dipermudahkan...
amin... ^_^

Wednesday, September 14, 2011

Rezeki..

Assalam..
SELAMAT HARI RAYA!! kita masih di bulan Syawal lg kan..^^

Tak nak bercerita pasal raya...next time lah citer pasal raya..sbb tetiba je dtg mood nak menulis mengenai tajuk di atas..

Siang td ada terbaca status kat FB Blog Teh Secawan berbunyi:
"Jika rasa malas untuk beribadah, cuba semak semula sumber rezeki."
Malamnya en. hubby bising2 ada cek kena return. Mmg frust la sgt2 sbb cek tu dok tunggu sebelum raya lg..dah dua minggu raya baru dapat. Dah bank in...dok tunggu clear 3 hari..tup2 check status..cheque return plak...mmg la...
Xde rezeki lg..nk wat camne kan.. tu yg teringat status fb tu td..mungkin boleh diterbalikkan status tu...

" Jika rasa susah rezeki, cuba semak semula ibadah kita."


Peringatan utk diri sendiri jgk...sekurang2nya Dia masih sayangkan kita. Diberi ujian yg kecil ini utk mengingatkan kita dari alpa. Mungkin disebabkan terlalu excited..diberi teguran ini. Bila terjadi camni..kita muhasabah diri..InsyaAllah. Allahu Akbar...

Saturday, July 23, 2011

cuci sawang

Dah lama bebenor x ber'update' blog ni...bukan takat x update..jenguk pun jarang...mmg berhabuk & bersawang sungguh. Byk sgt laman sosial x terhandle byk2 ni. yelah blog ada 2...fb pun ada 2..hehe. Terima kasih la pada sesapa yg sudi singgah & tinggal jejak especially kak Tirana..thanks kak. dan pd yg singgah tp x tinggal jejak pun mekasih gak. :D
Entry kali ni utk cuci habuk dan sawang. Harap2 pasni dpt la update selalu..lgpun bulan Ramadan bakal menjelma lg..boleh la upload gambar2 juadah buka puasa..*wink

Tuesday, March 22, 2011

update blog

Agak lama blog x berupdate..xde mende nak tulis. Cuti sekolah lepas..mak, kakak & anak2nya dtg KL..sempat la dorang bermalam 2 mlm kat rumah. Selebihnya kat rumah abg & kakak. Hubby agak bz..so sempat bwk dorang ke Ikea...dan ke UKM je amik adik. 1st day dok kat umah je...anak buah sibuk nk mandi kolam..so bukakkan aje kolam plastik tu kat bwh porch...main la air puas2...seronok la bdk2 ni.. Walaupun mak dah dtg KL..masih x sama cam balik kg...huhu. Entah bila leh blk kg..last balik raya haji lepas. Nak2 plak..hari ahad tgk Jalan2 Cari Makan ke negeri Kelate..waa..nak make lakso... Apa2 pun biar keje settle dulu..kalu keje x settle..blk kg pun x senang hati..

Friday, March 4, 2011

Musim domam..

Fuhh..pedas giler.. Baru pas lunch..makan nasi ngan ikan keli goreng berlada dan jgk petai + sambal belacan...beli kat kedai je pun..sgt la menggigit bibir kepedasannya tu.. :p
Tadi pi klinik..ada appointment ngan doktor..ramai pesakitnya..biasanya weekend je ramai org. Ramai org x sihat sekarang ni. Bdk2 kat rumah ni pun krg sihat. Last week anak member demam...sampai seminggu. Risau gak tu kalu demam lama sampai camtu..sib baik check darah xde apa2. Last weekend..Arif batuk..cam biasa sampai lelah. Syaza pun turut batuk gak. Isnin tu Syaza demam..dah mmg x ke sekolah pun hari tu coz kul 5 pg terjaga batuk2 sampai muntah. Kesian plak nk kejut pegi sekolah..tup2 tengahari panas badannya. Tido je seharian. Dua hari x ke sekolah. Sehari lepas Syaza sihat..semalam Arif plak demam. Cian...terbaring je.. Dua2 tu mmg xde selera nak makan nasi..watkan sup je. Syaza plak dari semalam xnak minum susu. Semalam dia ada tunjuk lidah..ada nampak biji2 putih kat lidah tp x perasan plak kat dlm mulut dia. Tadi dah cakap kat doktor..katanya ulser so terus je amik ubat ulser tu. Syaza balik sekolah td...tgk balik mulut dia..yg kat lidah mcm dh ok...tp bila belek2 bibir dia..wahh..byk rupanya kt gusi2 dia tu..patutla xmau minum susu..sakit rupanya...cian anak ummi..

Tuesday, February 8, 2011

design..autocad..photoshop..powerpoint..excel...

entry edisi sesaja...
xde mende nak diceritakan..
boring plak rasanya..


apakah harus ku buat..
rasa muak plak dgn semua ini..
tabah la hati....demi mencari rezeki utk anak2...
demi utk kehidupan yg lebih selesa..
demi utk yg tersayang...
u can do it..chaiyok ct...chaiyok!!

Monday, December 20, 2010

bersawang lagi..

uhuk..uhuk..hacuumm..hacuumm...

dah berdebu..bersawang dah blog nih..huhu..xtau kenapa agak malas nak update blog ni...
agak2 ni entry terakhir kot utk tahun ni....yelah lbh krg 10 hari saje lg nak ke tahun baru..

kalu rasa2 nak tau perkembangan terkini saya..boleh ke blog craft saya...

tahun depan akan ada rutin baru plak..ya..si kakak syaza dah register ke tadika.. umi plak yg tgh cuak ni..boleh ke dia..maklum la x pernah berenggang ngan umi.. nak kena pakai uniform sekolah..dia dah la susah pakai dress..lebih suka pakai seluar...kat rumah ikut kepala angin dia je..nak ke dia dengar kata cikgu... pheuww...

Semoga dipermudahkan segala..amin.

Thursday, November 4, 2010

Nak buat kek...


Apa da..nk buat kek pun nak kecoh ke. Boring di pagi hari..anak2 x bangun lg. Tiap2 mlm tido lambat. Hari ni plan nak buat kek..yey...esok nak decorate kek..lusa baru leh makan..hoho..
Kenapa excited sgt nak buat kek kali ni?..ada la..hehe..kalu Diz baca ni mesti Diz gelak jer..hehe. Apa2 pun kita tunggu dan lihat..kalu ada update pasal kek tu maknanya menjadi la tu..kalu xde update..faham2 je la..*lol
Esok Deepavali..kebetulan plak our 5th anniversary..dah 5 thn dh kawin. Nak gi jalan2 kat mana ye..nak gi cuti2..last2 minit ni ngan public holiday + weekend..susah la skit..tgk hotel kat Melaka fully booked..Cameron..ada la lg, x byk..hmm..xpe lah jalan2 window shopping pun ok gak. Lg pun sabtu malam ada dinner kat rumah abg ipar..so leh gak gi jln2 kat Alamanda nanti. Kalu kek tu menjd cantik leh bwk gi dinner skali. ^_^

Thursday, October 14, 2010

Hadiah birthday

Hadiah birthday dari sang suami..candy bouquet..1st time dia cuba wat suprise..
TQ so much abang.. :x
sooo sweeeettt..

sayang nak makan ferrero rocher ni...


Tuesday, October 12, 2010

07.10.10

Walau pun tarikh tu tidak le secantik tarikh 10.10.10 tp tarikh tu tetap tarikh kelahiran ku yg ke-31. 31 tahun dah..huhu. Tiada apa yg special pun..macam hari2 biasa cuma sedikit terkilan bila sang suami boleh lupa birthday sang isteri. Dah separuh hari baru wish. Punya la dia bz..dok fikir pasal keje je. Okey la tu...mlmnya dpt la makan kek secret recipe. Beli yg slice je...leh rasa macam2..



ada juga makaroni goreng dan puding untuk makan malam..

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,Rehatku adalah rantaian zikir,Rantai yang ku kalungkan pada leherku,Sebagai tanda cintaku pada Mu,Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,Mencari haruman Syurga ciptaanMu,Tempat rehat dan nikmmat abadi…….


Wednesday, June 2, 2010

Pukul 2.30 pagi

Baru pas emel keje kat member. Nak suruh dia check esok. Masa weekend yg panjang ri tu kami ke Langkawi...fuhhh...percutian yg memenatkan. Nnt2 saya citerkan okeh..nak kena download gambar dulu. Pas balik bercuti 'yg stress'...mmg kepenatan ditambah plak keje2 yang perlu disiapkan. Anak2 pun kurang sihat. Saya masih bertahan..harap2 tak berjangkit ngan anak2lah. Emel org tak berbalas lg...blog kekawan pun jenguk sekali lalu je td.

Thursday, April 22, 2010

Sibuk..

Sumber: google

Busy like a bee...huhu...
Last 2 weeks balik kg. Balik jenguk org tua..dh lama x balik sejak raya haji. 5 hari gak balik. Balik dari kg..hmm..menimbun la keje menunggu. Pas satu..satu. Uwaa..xleh concentrate study lg...camne nk exam...uwaa... ='(
Minggu ni mmg concentrate wat keje. Byk nk kena siapkan by end of the month. Paper work...company profile...design proposal...report...submission drawing... (eceh byk nye..mcm la wat sesorang...ni sume tolong hubby). Hubby pun busy bee gak sampaikan x berkesempatan pun nk beli brg2 dapur. Dah berapa hari asyik makan beli je. Stok lauk mentah dah abis.
Nk update blog pun x sempat...ni pun sekadar me'release'kan tension saje. (^^,)
okey nk sambung wat submission drawing plak..daa.

Tuesday, March 30, 2010

Tuesday blues..

Story 1..
Empat lima hari lepas ada assistant kat umah..so ada la teman borak, kalu time wat keje ada la org tolong layan syaza & arif, (ada la org tlg lipat kain..basuh pinggan mangkuk..tlg wat lempeng...lol..)..hehe..tp hari ni org tu dah balik. Org tu adalah anak buah hubby..hehe..dia dtg teman masa hubby gi Bali tempohari. So hari ni..sunyi la skit rasanye.. Tq Yaya.. next time dtg la lg.. (^^,)

Story 2..
Umi: (dlm bilik..googling...nak beli legging utk syaza..try cari online..tp cam x puashati je nk beli pakaian online ni..xleh belek2 sendiri..hmm..)
Syaza: (dari ruang tamu..jerit)..omi...omi..
Umi: (dari dlm bilik)..ye..ada apa?
Syaza: (sambil berlari dtg kat umi)..omi..omi..come..come..lets go..
Umi: where? (sambil malas2 nk bangkit dr kerusi)
Syaza: (tangan melambai2 ajak umi)..come..
Sampai kat ruang tamu..
Syaza: look..Arif..(sambil tgn tunjuk kat Arif yg buat sepah buku2 & flash card)
Umi: Arif..kenapa sepahkan?...kemas (dgn nada tegas)
Syaza yg tolong kemaskan..good girl!!

Story 3..
huh..nak kena siapkan design landscape utk banglo..simple je..nak letak softscape je..dah rumah kontraktor...rasa malas la plak nk start wat keje ni setelah 3 hari berehat (dari wat design aje..lol). Sabtu pi pesta buku..Ahad..spring clean..Isnin..kemas rumah lg skit2..siapkan kraf yg mana sempat..ada lg x sempat siapkan..huhu...ptg mertua dtg..tido kat umah..meriah la kejap rumah semlm..pagi ni mertua dh blk..anak buah pun balik..sunyi sepi..

Story 4..
Nak update blog satu lg tu pun xleh jugak..coz xleh download gambar..ape ke nama benda alah tu..adapter ke..hubby bwk gi ofis plak...card reader ade..
Gambar Bali pun x sempat tgk lg...kamera pun hubby bwk gi ofis..hmm..

Story 5..
Cuaca mendung je..semendung perasaan malas ni..huhu...
mau angkat kain di jemuran..hujan mau turun..
Related Posts with Thumbnails