Permata Hatiku..

Thursday, December 11, 2008

Cerita Aidiladha

Salam sejahtera semua... I'm back.. Masih terasa kepenatan. Hari ni banyak baju nak kena basuh. Maklum la kat kg..cuaca tak menentu..asyik mendung.
Aidiladha tahun ni mungkin meriah skit bg keluarga aku coz kebetulan semua adik beradik aku balik. Riuh rendah rumah ngan suara budak2. Tapi malangnya hubby aku plak tak sihat..sampai muntah2 lg.
Pas solat raya...kami ke kampung ayah aku untuk ibadah korban. Ayah aku ambil bahagian ngan orang kat sana. Aku ambil 2 bahagian untuk aqiqah Arif Irfan. Kakak sulong 1 bahagian juga utk aqiqah, kakak sorang lg pun 2 bahagian utk aqiqah dan mak aku 1 bahagian. Semua skali 6 bahagian. Anak2 buah semua ikut nak tengok lembu. Syaza pun ni 1st time kot tengok lembu secara live. Tapi sayang..tak sempat nak ambil gambar gelagat dorang coz aku dukung Arif. Tapi mmg meriah la ngan suara anak2 buah aku (yg ramai boy). Pas zuhur..bila daging dah di bawa balik..kecoh lagi budak2 ni tengok kaki lembu la..lidah lembu la... Kaum perempuan plak dok potong daging... Utk lunch buat daging bakar cicah air asam dan goreng kunyit (campur daging & organ2 dlm lembu)..yumm..
Utk aqiqah plak..kitaorg tak buat jamuan pun coz mak tak larat. Just masak...then bahagi2.
Sebelum raya..aku sempat ke pasar besar beli sedikit tudung..hajatnya nak buat bisnes online kecil2an. Tak tahu la bila boleh start...

5 comments:

rossizam said...

best kan dpt kumpul ramai2..ros pun 6 beradik semua ada....riuh rendah rumah..tapi tu yg best....nak meniaga lak ke..leh la promote kat blog erk..

ct_as said...

sama la kita..akak pun 6 beradik. Nak try meniaga la ros..cari pendapatan sampingan. Anak2 pn dah makin besar..

Ecah said...

hi ct_as, salam raya.. thanks masuk blog saya.. salam kenalan juga.. saya dah add link kat blog.. *smile

Ana ummihakim said...

ct tak nak jual comforter ke?besar la sikit n leceh transportation. tapi mesti ramai nak beli...kalau kt cni, yang cotton, harga beratus2.

rossizam said...

kak..jemput amik kad kat blog ros yer...

Related Posts with Thumbnails