Best Ever Muffin...amik resepi dari dapur kak Suzi..dah lama dah tp baru semlm mencuba.. terpaksa sprinkle berwarna warni utk Syaza..si kakak tu dah pandai memilih makanan skrang.
Separuh aku letak kismis, separuh lg letak coklat chip. Tapi x tau la mana silap..nape tak merekah muffin tu..terlebih gaul ke??
Resepi: (copy & paste je) Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula (- kak suzi kurangkan...letak 1/2 cawan je....)
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan
Banyak Manfaat Lantai Vinyl
6 years ago
No comments:
Post a Comment