Permata Hatiku..

Friday, May 8, 2009

Makanan Lagi...

Percubaan kedua membuat pizza...oklah...dpt dua bijik pizza..pasni x yah beli pizza hut lg...xde susah sgt pun nak buat...

Bahan-bahan ( loyang 11" )

  • ** Untuk doh pizza **
  • 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
  • ** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula

  • ** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza

Cara-cara

1. ** Untuk doh pizza **

2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.

3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.

4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.

5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.

6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.

7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.

8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.

9. Gambar sos pizza

10. Keju pizza kat sini

11. ** Untuk sos pizza **

12. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.

@@@@@@@@@

Apam soda...sedap..anak2 pun suka tapi byk sgt la plak..tp tak faham kenapa dia naik tak ikut acuan??! Sesuka dia je nak naik..huhu

Warna dia pun dah cukup buat anak2 tertarik utk makan..tp lupa plak amik resepi dari blog sape..dah lama amik..baru try buat..


*************************

Apam Soda


Bahan-bahan
* 3 cawan self-raising flour
* 3 biji telur
* 1 1/2 cawan gula
* 3 suku cawan air aiskrim soda(nak guna Sprite dengan 7Up pun boleh jugak)
* 1 sudu teh esen ros
* Berberapa titisan perwarna merah
* Berberapa titisan perwarna kuning
* Berberapa titisan perwarna hijau

Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang/ringan.
2. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata.
3. Masukkan air aiskrim soda dan esen ros. Gaulkan sebati.
4. Bahagikan adunan tadi kepada tiga bahagian dan masukkan perwarna yang anda suka.
5. Masukkan adunan selang-seli ikut warna kedalam acuan.(Jangan penuh sangat)
6. Letakkan dalam pengukus yang sudah dipanaskan dan kukuslah selama 15 minit.
7. Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan jika suka boleh dimakan dengan kelapa parut.


2 comments:

eriey said...

sdap napok kue apam n pizza tuh..ermm mn resepinyer???nk try wat jgk laa..terliurr heheeh

ct_as said...

resepinya nnt akan di update..tungguu..

Related Posts with Thumbnails