Bismillahirrahmanirrahim.....
Alhamdulillah...Coretan pertama di tahun 2010....
Tertanya2...kenapa tahun baru sekarang tidak semeriah masa2 belajar dulu. Tertanya2 apa azam tahun baru...kenapa tidak bersemangat ni??..kenapa..kenapa?? Macam biasa berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya...tp sampai akhir tahun cam tu juga..apakah?? Tertanya2 lagi...apakah.... Perancangan untuk tahun 2010 dah ada tapi macamana nak capai...
Akhirnya, semalam saya terjumpa jawapan semasa menjenguk ke blog
kak Tirana...ya..keyword yg penting iaitu
self dicipline. Yup...berazam untuk meningkatkan self dicipline (yg tak berapa disiplin ni...biasa nih..lol). Disiplin diri adalah kunci segala...samaada dari segi ibadah, mendidik anak2, kerja2 harian, hobi, kerja2 office dsb. Jika disiplin diri kuat insyaAllah... Ya..Insya Allah akan menjadi ibu yg cemerlang..isteri yg cemerlang...
Ada beberapa perancangan untuk tahun 2010 antaranya:
- nak renovate bahagian belakang rumah (nak tambah wet kitchen & laundry room)
- mengajar syaza bertutur
- mengukuhkan dan memajukan lagi company
- cuti2 Malaysia...Langkawi (dah bertahun2 bercita2 nak pergi Langkawi..tapi tak kesampaian...hukhuk)
Meminjam kata2 kak Tirana:
Secara ringkasnya dalam berazam dan berimpian, kita perlu membuat tiga perkara ini: - matlamat kena jelas
- ada plan atau strategi
- bertindak