Permata Hatiku..

Monday, March 28, 2011

Arif...rajin sangat budaknya..yg xtahan rajin sepahkan toys dia jgk... :p

Tuesday, March 22, 2011

update blog

Agak lama blog x berupdate..xde mende nak tulis. Cuti sekolah lepas..mak, kakak & anak2nya dtg KL..sempat la dorang bermalam 2 mlm kat rumah. Selebihnya kat rumah abg & kakak. Hubby agak bz..so sempat bwk dorang ke Ikea...dan ke UKM je amik adik. 1st day dok kat umah je...anak buah sibuk nk mandi kolam..so bukakkan aje kolam plastik tu kat bwh porch...main la air puas2...seronok la bdk2 ni.. Walaupun mak dah dtg KL..masih x sama cam balik kg...huhu. Entah bila leh blk kg..last balik raya haji lepas. Nak2 plak..hari ahad tgk Jalan2 Cari Makan ke negeri Kelate..waa..nak make lakso... Apa2 pun biar keje settle dulu..kalu keje x settle..blk kg pun x senang hati..

Friday, March 11, 2011

Tazkirah di pagi jumaat

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?(QS. 6:32)

****

Ayat Al Baqarah 216 menyebut

“…Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. “

****

Doa ayat 286, surah al Baqarah:

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami.


Friday, March 4, 2011

Musim domam..

Fuhh..pedas giler.. Baru pas lunch..makan nasi ngan ikan keli goreng berlada dan jgk petai + sambal belacan...beli kat kedai je pun..sgt la menggigit bibir kepedasannya tu.. :p
Tadi pi klinik..ada appointment ngan doktor..ramai pesakitnya..biasanya weekend je ramai org. Ramai org x sihat sekarang ni. Bdk2 kat rumah ni pun krg sihat. Last week anak member demam...sampai seminggu. Risau gak tu kalu demam lama sampai camtu..sib baik check darah xde apa2. Last weekend..Arif batuk..cam biasa sampai lelah. Syaza pun turut batuk gak. Isnin tu Syaza demam..dah mmg x ke sekolah pun hari tu coz kul 5 pg terjaga batuk2 sampai muntah. Kesian plak nk kejut pegi sekolah..tup2 tengahari panas badannya. Tido je seharian. Dua hari x ke sekolah. Sehari lepas Syaza sihat..semalam Arif plak demam. Cian...terbaring je.. Dua2 tu mmg xde selera nak makan nasi..watkan sup je. Syaza plak dari semalam xnak minum susu. Semalam dia ada tunjuk lidah..ada nampak biji2 putih kat lidah tp x perasan plak kat dlm mulut dia. Tadi dah cakap kat doktor..katanya ulser so terus je amik ubat ulser tu. Syaza balik sekolah td...tgk balik mulut dia..yg kat lidah mcm dh ok...tp bila belek2 bibir dia..wahh..byk rupanya kt gusi2 dia tu..patutla xmau minum susu..sakit rupanya...cian anak ummi..

Related Posts with Thumbnails