Permata Hatiku..

Thursday, September 6, 2012

Musim tak sihat...

Selamat pagi semua... Dah selamat nasi gulai ayam sebungkus...Alhamdulillah. Kul 10 baru breakfast..pagi2 td batuk kuat sgt..x berani nak makan takut muntah. Umi batuk, arif batuk + demam, kakak batuk jgk tp cam dh nk ok. Abah je masih bertahan. Arif kalu dh tak sihat mmg la mcm2...makan lg la susah. Dah rasa tulang dah badan tu. Semlm..dok menangis nak beli helicopter, percy & thomas. Baru je 3 hari lepas beli thomas, annie & clara bell. Nangis2 sampai tertido..bgn2 terus nangis lg. Pg td pun mengigau sebut helicopter, percy & thomas. Fuhhh..sejak nak boleh adik ni mmg mcm2 perangai dia. Nak menang dia je. Ngamuk2. Makan kurang. Geram je ngan ini budak.... mulut pot pet pot pet... :)


Citer pasal si dia dalam perut ni...Petang tempohari terus pergi klinik pakar pas hubby blk keje. Doc kata tak perlu dirisaukan..mende tu kecik je. Kalu ia tak membesar so tak akan menjadi masalah. Lega skit.. Alhamdulillah kandungan dah 11 minggu..EDD 25/3/13 tp kalu ikut scan baru 10 minggu & EDD 31/3/13..beza seminggu je. Kecik lg si dia...3.22cm je.^^


Lepas balik klinik tu...dok rasa gatal2 badan..miang2...aduhh...terus terfikir ni mesti allergic antibiotik..huhu. Pagi tu doktor bg antibiotik sbb batuk tak hilang2. Baru teringat ada allergic ngan 1 antibiotik..huhu leh lupa nk bgtau doc. Esoknya pegi klinik lg..bawa nama antibiotik yg allergic tu...doktor kat KL penah bg 2 thn lps..lupa2. Tukar antibiotik lain plak. Tukar ubat batuk sekali. Tapi dh 2 hari dok mkn ni...tak de nampak beza lg. Moga cepat sembuh...teringin nak makan ABC..minum Coolblog...hehe..

Monday, September 3, 2012

Salam kembali...

Setelah sekian lama menyepi..rasa cam nak kembali bersiaran tp xtahu la rajin ke tidak nak update selalu.
ok..sebelum bercerita panjang..terlebih dahulu sy nak ucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR & BATIN...
utk sesiapa yg sudi menjenguk blog ni.
Sejak berpindah balik kg ni..mmg x byk aktiviti pun utk dimasukkan kat blog ni..masak pun jarang2..hmmm...

Alhamdulillah...sejak start puasa Ramadan tempohari hari rasa x sedap badan je..rupa2nya ada rezeki. Walaupun tidak dirancang...Alhamdulillah dgn rezekiNya. Ni 1st time mengalami 1st trimester dlm bln puasa..ohh sgt2 x larat. tapi Alhamdulillah dpt puasa penuh. Alahan xde teruk sgt tp mungkin sbb puasa jd rasa sgt teruk..huhu.

Tadi 3/9/12...pegi wat 1st check up...sebenarnya dlm puasa ritu lg dh gi jumpa doktor tp doktor kata awal lg..dia suruh bukak buku lps raya. Weekend ritu try nk gi wat check up ngan doktor pakar tp ramai org la plak. Last2 pegi klinik kat bawah sekolah syaza je lah..senang pas antar terus singgah klinik. Kandungan dlm 11 minggu..Alhamdulillah. Masa scan td nampak heart beatnya..:) tp ada berita x berapa best la plak..masa scan td doc kata selain dr baby tu ada 1 ruangan yg x dpt dipastikan apa dia. katanya mesin scan dia tu dah season jd x berapa jelas... Bila dia jamah perut pun dia kata macam besar sgt dari usia kandungan tu..huhu. Dia x berani nk terima...dia suruh jumpa doktor pakar utk detail. Katanya takut ada fibroid. Ya Allah sentap kejap. Doc dok tanya ada sakit perut x? Tak de la plak sakit perut cuma time batuk sakit la..sbb sekarang ni dh seminggu lebih dok batuk x hilang2..time batuk kuat tu mmg sakit la perut. Risaunya...balik td terus google. Kehamilan dan fibroid...ada yg bermasalah dan ada jgk yg tak bermasalah. Apa2 pun nak kena pegi check dgn yg pakar dulu. Harap2 bukan fibroid. Kalu sesiapa nak tahu lebih lanjut pasal kehamilan dan fibroid boleh tgk sini. Bila google ni rupa2nya ramai yg ada fibroid masa hamil...baru je minggu lepas member cakap member dia pregnant ada fibroid. Jadinya nnt perutnya jd mcm pregnant anak kembar. 
Ya Allah..jauhkanlah.

Tuesday, January 3, 2012

Doa Isteri Solehah

Bismillahirrahmanirrahhim..
Doa Isteri Solehah

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala ujian dari- Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala sesuatu karenanya

Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku membetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku ingkar dan durhaka

Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Karena aku pasrah dengan dugaan Mu
Karena aku sedar hinanya aku
Karena aku insan lemah yang kerap keliru
Karena aku lupa dengan keindahan duniaMu
Karena kurang kesabaran ku menghadapi cubaan Mu
Karena pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami...
.
Aamiin Yaa Robbal 'Aalamiin....

Sumber: FB


Ini plak amik dr status seorg teman di FB:

Andai rasa sedih, pandanglah langit. Ingatlah Allah masih ada. Andai rasa resah, renunglah dasar hati. Yakinlah Allah mencipta hati. Andai rasa putus asa, lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras.

Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta. Percayalah Allah Maha Berkuasa. Andai rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi. Yakinlah Allah takkan biarkan kita sendiri.

Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Yang Maha Mengetahui.

~ Hasbul 'Aqill

Saturday, December 10, 2011

Kata-kata

:: Ustaz, kenapa hati perempuan ni kadang² tiba² je rasa sedih tanpa sebab...Ada orang kata syaitan yang ganggu!!! Ada tak petua untuk elakkan hati kita ni sedih??? Kadang² bila bangun pagi rasa sedih, kadang² rasa macam rindu tapi tak tahu rindu pada siapa?"

Jawapan dari Ustaz: "PERKARA BIASA. HATI PEREMPUAN MEMANG HALUS, HANYA LELAKI SEJATI YANG MAMPU MENJADI PENAWAR.

********************
JIKA SAAT INI….

Kamu sedang tersenyum...
semoga senyum itu menjadi ibadah..

Kamu sedang marah...
semoga marah itu tidak melampaui batas..

Kamu sedang sedih...
semoga kesedihan itu mampu menghidupkan hati & jiwa..

Kamu sedang letih...
semoga lelah itu menjadi penggugur dosa..

Semoga apa yang kamu lakukan hari ini jauh lebih baik dari waktu yang telah lalu..

Semoga
kebahagiaan dan keberkatan mengiringi perjalanan hidupmu selalu..
**********************
♥Maaf Ya Allah jika hamba lupa dengan smua nikmat dariMu
♥Maaf Ya Allah jika hamba sombong mrasa semua nikmat ini adalah kewajibanMu
♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling beriman diantara manusia yg lain
♥Maaf Ya Allah jika hamba merasa paling benar diantara mahlukMU
♥Maaf Ya Allah jika hamba menunda solat farduMu
♥Maaf Ya Allah jika lisan hamba menyakiti makhluk-MU

sumber: FB

Tuesday, November 22, 2011

Assalamualaikum...Hai...
ye..dah lama x update blog...setakat update copy paste info je...
entah la x berapa rajin nak mengarang...

Dah x berapa hari lagi nak sambut tahun baru hijrah...dan sebulan lebih je lg nak sambut tahun baru masihi...

dan kami sekeluarga pun akan berhijrah for good..insyaAllah.
tahun baru..
azam baru..
everything is baru...
moga dipermudahkan...
amin... ^_^

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba2nya atas sifatNya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Segalanya mempunyai rahsia..dan kadang kala hanya DIA, Al Khaliq Yang Maha Sempurna shj yg tahu...
Sumber: Facebook

Friday, November 18, 2011

Kelalaian Dlm Mendidik Anak

Kelalaian Dalam Mendidik Anak..

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia s...ebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar."(QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :

"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"

Berkata para sahabat :

"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata

"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa

A. Kurang berdoa semasa mengandung.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :

- Saidul (penghulu) Istighfar

- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)

- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)

- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.

Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :

- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)

- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)

- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)

Ajaran tarhib antara lain seperti :

- menakutkan anak-anak dengan sekolah.

- menakutkan dengan tempat gelap.

- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.

- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.

- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak

- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.

- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak...(terutama sewaktu marah).

- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.

Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.

Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber: Facebook

Related Posts with Thumbnails