Permata Hatiku..

Thursday, October 28, 2010

Birthday and Anniversary...

Ya Allah, mudahkanlah anakku melalui ujian di dunia apatah lagi di akhirat. Tunjukkanlah dia memilih yang benar dan hindarkan dia dari memilih yang salah. Dengan rahmat-Mu Ya Allah lindungilah dari kejahatan segala makhluk yang boleh menggugat imannya kepadaMu.
Kasihanilah dia dengan penjagaan-Mu yang tak pernah tidur, genggamlah jiwanya dengan kelembutan-Mu dan bimbinglah akal dan perasaannya dengan cahaya ilmu-Mu.
Ya Allah jadikan dia sebagaimana Ismail A.S di sisi Ibrahim A.S pada diriku, sesungguhnya Engkau tidak pernah menghampakan hamba-Mu yang memohon dengan menyangka baik pada ketentuan-Mu. Wahai Tuhan Yang Maha Belas Kasihan kuserahkan jiwa anakku dalam penjagaan-Mu.

Sumber: Majalah Mingguan Wanita

Selamat Hari Jadi yg ke-4 my princess...*hug

Hari ni juga merupakan ulangtahun ke-2 BlOg ni.. :)

Monday, October 25, 2010

tomyam and the gang

Weekend yang santai...
menu utk lunch..tomyam again...asyik2 tomyam je kan..nk buat camne dh feberet..kali ni digandingkan dgn siakap sweet sour dan pak choy ikan masin (dah cari kailan x jumpa..huhu)..
Cam biasa makan bertambah-tambah.. Alhamdulillah..

Petua untuk wanita

Blog walking di pagi hari...terjumpa petua yg menarik untuk diamalkan.. petua sentiasa cantik dan dara...wahh..*wink

PETUA DARI Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

credit to Sherry

Friday, October 15, 2010

My fabric day...

Hari ni dari pagi senyum sampai ke telinga..apa tak nya..encik pos laju dtg bg 2 bungkusan...dah tersengih dah. Barang yg ditunggu dah tiba. Satu bungkusan yg ni..

kain pasang hadiah giveaway dari DramaMama kita..tq Bai..
(1st time lucky dlm giveaway) tp entah bila la plak nak jd baju..thn depan kot.

Satu bungkusan lg dari kakak...

salah satu dari baju raya tempohari tp baru siap..tukang jahit aka my dear sister x sempat..byk sgt tempahan. Baju ni untuk raya haji la plak..

pastu tengahari td sesambil sidai kain pi check peti surat..tgk ada sampul besar pos ekspress plak.. *big grin again* baru td dok check tarikh..tengah bulan bagai di kata..tepat..
brg dr japan... *wink

tempohari order scrap bag dari MyBotang Shoppe..dah lama dh dok berkenan ngan fabric yg cantik2..especially designer fabric. Tp nak beli even fat quarter je pun rasanya x berbaloi coz saya bukan menjahit pun..bukan juga pembuat beg. Bila jumpa yg jual scrap ni teringin la nk beli..lehla buat apa2 kraf.. nampak gaya nk kena order alat buat butang balut tu la plak.

So..hari ni my fabric day. Hati berbunga riang..lalalala

Thursday, October 14, 2010

Hadiah birthday

Hadiah birthday dari sang suami..candy bouquet..1st time dia cuba wat suprise..
TQ so much abang.. :x
sooo sweeeettt..

sayang nak makan ferrero rocher ni...


Tuesday, October 12, 2010

Puding Nenas

Pertama kali cuba buat puding nenas ni...resepinya senang je..buat sempena birthday tempohari. Dapat 2 biji puding...satu bg kakak ipar..kebetulan weekend tu dia buat open house. Katanya tetamu dia kata sedap. Alhamdulillah..
Mak mertua pun puji..ok la tu kan..*wink

07.10.10

Walau pun tarikh tu tidak le secantik tarikh 10.10.10 tp tarikh tu tetap tarikh kelahiran ku yg ke-31. 31 tahun dah..huhu. Tiada apa yg special pun..macam hari2 biasa cuma sedikit terkilan bila sang suami boleh lupa birthday sang isteri. Dah separuh hari baru wish. Punya la dia bz..dok fikir pasal keje je. Okey la tu...mlmnya dpt la makan kek secret recipe. Beli yg slice je...leh rasa macam2..



ada juga makaroni goreng dan puding untuk makan malam..

Ya ALLAH, panjangkanlah usiaku, agar lebih lama dapat ku mentaati Mu,Jadikanlah kehidupan ini sebagai ladang,moga di akhirat kelak ku mengutip hasilnya.Ya ALLAH, tambahkanlah amalan ku di saat bertambah usiaku,Jadikanlah cahaya Mu yang bersinar menyinari jalanku,Rehatku adalah rantaian zikir,Rantai yang ku kalungkan pada leherku,Sebagai tanda cintaku pada Mu,Ya ALLAH, Engkau tidak mensia-siakan segala usahaku,Mencari haruman Syurga ciptaanMu,Tempat rehat dan nikmmat abadi…….


Saturday, October 2, 2010

Kek Coklat Kukus


kek ni dibuat masa buat mini open house (gambar krg memuaskan).. x-ofismate nak dtg beraya kat umah. Pastu hubby ajak adik beradik dia..makan2 belah mlm. Kek ni satu adunan je..tp dpt 2 biji kek sbb xleh guna acuan besar..nnt x muat nak masuk kukusan plak. Sori lah..decoration mmg fail..sesuka hati je...topping melimpah ruah..alahai...
Resepi kek ni dpt dh bertahun2 dari member...member plak dpt dr kakak dia...dah pernah buat..ni kali ke tiga buat guna resepi ni. Tp saya lg suka kek coklat bakar...

Bahan2:

1. - *tpg gandum ~ 3 cwn
- *serbuk koko ~ 1 cwn
- *bikarbonat ~ 1/2 camca teh
- gula pasir ~ 3 cwn
bahan * - diayak

2. - telur ayam ~ 2 biji
- minyak masak ~ 1 tin
- susu cair ~ 1 tin
- air suam ~ 1 tin
- esen vanila ~ 1 camca
(sukatan tin guna tin susu cair yg sama)
(kacau bahan no 2 ala kadar +- 1 minit tp biar kembang skit & sebati)

~ Bahan (2) + bahan (1) = kacau sampai rata

~ Kukus selama 45 minit -bekas tu klu xnak lekat sapu minyak skit.

~ utk topping> masak coklat bar sehingga cair (double boiler) > curah atas kek

**hidangkan waktu panas2 atau sejukkan dlm fridge

Resepinya simple je...so kalu time malas2...senang guna resepi ni.

Friday, October 1, 2010

cheeky boy..

nakal ini budak....geram nak gigit pipi tu.. :P

selalu kalau marahkan Syaza...saya mahupun hubby akan jerit nama penuh dia..Syaza Batrisyia. Tanpa sedar ada si kenit yg bakal meniru..biasa la time marah terlupa la. Sekarang ni Arif selalu jerit nama kakak dia..TISSYA..TISSYA... dah x panggil kakak lg. Comel je bunyinya tp jenuh plak nak kena betulkan balik. Kakak ok!!


Related Posts with Thumbnails