Permata Hatiku..

Friday, September 4, 2009

Juadah berbuka

hari ni dah 14 Ramadan...esok 15 Ramadan..pasni berkumandang la lagu2 raya kat corong2 radio..
x byk nak di kongsikan...coz jarang2 masak sebenarnya...hubby rajin nak beli..aku lak malas..elok la tu...ni antara juadah yg aku masak...antara 7 -13 Ramadan...

Ikan bakar tomyam
tapi x menjadi sgt...x terasa tomyamnye..mungkin kekurangan bahan

Baby bread pudding

Geng nasi tomato...

nasi tomato

acar timun

ayam masak merah

dalca daging

Puding ni buat semalam...lauk beli je..huhu

Rich choc pudding

**************************************************
update:

Resepi Ikan Bakar Tomyam
(resepi ni disalin dari suratkhabar)

Bahan2:
2 ekor ikan selar
Daun limau purut
Jus limau nipis/kasturi
Kertas aluminium

Bahan dimesin:
3 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
1 biji tomato
Garam

Penyediaan:
1. Gaulkan bahan yg dimesin & letakkan dlm kertas aluminium.
2. Letakkan ikan & daun limau purut, bungkus kemas.
3. Bakar di atas dapur atau dlm oven dgn suhu 200 c selama 20 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.

5 comments:

Drama Mama said...

ohh rajin la tu, byak jugak yang dimasak. kak asiah macam best ja ikan bakar tomyam tu, camna nak buat?

apsal eh bila bakar ikan in aluminium foil in oven ikan tu langsung tak garing?

ct_as said...

to Drama Mama:
nnt kak ct update resepi ikan bakar tomyam tu..
tu la pasal, kak ct pun tertanya2 gak...ikan tu cam ikan rebus je...

ct_as said...

to Drama Mama:
Bai nnt kalu dh buat ikan bakar tomyam tu report ek..nk tau jd ke tak.

rossizam said...

kak..nak resepi puding coklat tu..sedap je nampak..minta resepi leh?

ct_as said...

to rossizam:
ok nnt akak letak resepinya..

Related Posts with Thumbnails