Permata Hatiku..

Thursday, August 12, 2010

Juadah 1 Ramadan..

Juadah berbuka untuk hubby semalam...daging masak kurma, ayam masak merah bermadu dan acar timun...

Kuih plak..hubby beli kat param...samosa & sira pisang yg tawar..ooppss..

Update resepi:

Resepi ayam Masak merah bermadu ni saya amik dr blog kak Suzi..anak2 suka. mintak izin copy paste ye kak.

Bahan:
  • 1/2 ekor ayam ~ dipotong dan toskan
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 3 labu bawang besar ~ diblend
  • 3 ulas bawang putih ~ diblend
  • 1/2 in halia ~ diblend
  • garam
  • 3 sudu besar madu
  • air asam jawa/tomato sos
  • 1 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • 1 labu bawang besar ~ dipotong bulat
  • minyak

Cara2:
  1. Gaul ayam dgn serbuk kunyit dan garam. Perap sekejap dan goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Tumiskan cili mesin hingga garing dan masukkan bahan yg diblend. Kacau.
  3. Bila bahan2 tumis dah garing, masukkan 1/2 gelas air . Tujuan masukkan air ni utk nak bagi rempah2 tumis tu pecah minyak dgn elok.
  4. Masukkan garam dan masak hingga tumisan garing dan pecah minyak.
  5. Masukkan kicap dan 1 gelas air lagi. Masak hingga mendidih barulah dimasukkan air asam jawa/sos tomato.
  6. Sentiasa gunakan api yg sederhana dan jgn sekali2 kerana nak cepat dibuka api yg besar. Memang kuah kita kering tp rempah2 tu kurang 'masak'.
  7. Masak lah hingga kuah hampir pekat baru la dimasukkan madu. Gaul sebati.
  8. Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam masak dan kuah pekat.
  9. Masukkan bawang yg dipotong bulat, kacau2 kejap dan padamkan api.
  10. Hidangkan dgn nasi putih. Boleh gak dimakan bersama nasi tomato, nasi minyak dll..

1 comment:

Drama Mama said...

wahhh sedap tu masak walaupun simple. kak ct, apa kata share recipe ayam madu tu boleh tak? nak pelbagaikan masakan di bulan posa nih...kalau tak boring asyik2 sama.

http://twinkywinkystars.blogspot.com

Related Posts with Thumbnails