Permata Hatiku..

Monday, October 17, 2011

Tarikh Lahir Di Dalam Bulan Islam

Rupa2nya 15 Zulkaedah 1399 adalah birthday saya di dlm tahun Hijrah..baru je lepas beberapa hari lepas..
Eh tetiba bercerita pasal tarikh lahir dlm bulan Islam kenapa plak...sebabnya baru td dpt forwarded email dari member....date converter dan juga perilaku berdasarkan tarikh...
Jom baca...

PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM…

HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan

MUHARRAM
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

SAFAR
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.

RABIULAWAL
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.

RABIULAKHIR
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JAMADIL AWAL
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.

JAMADIL AKHIR
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

REJAB
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.

SYA’ABAN
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya danmudah mendapat rezeki.

RAMADHAN
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.

SYAWAL
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

ZULKAEDAH
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.

ZULHIJJAH
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan

Hmmm...wow...mmg sebijik...kalu tgk tarikh2 org tersayang pun mmg kena ngan perangai...hehe..

Wednesday, October 12, 2011

WHY ART IS IMPORTANT FOR CHILDREN


20 REASONS WHY ART IS IMPORTANT FOR CHILDREN

1.Art stimulates both sides of the brain.

2.33% of kids are visual learners.

3.There are studies that show that kids, who make art, read better and get better grades in science and mathematics.

4.The kids learn by using their senses and art is ideal in this process

5.The kids need a place to express themselves at school.

6.Art promotes self esteem

7.Art encourages kids to give more attention to the physical space that surround them.

8.Art develops hand and eye coordination.

9.Art stimulates perception.

10.Art teaches them to think openly. It represents a culture of questioners more than a culture of responders.

11.Art teaches that there is more than one solution for a problem.

12.Art teaches kids to think creatively to solve problems.

13.Kids can share and reflect on their work of art and learn something about the world they live in.

14.When art is integrated with the other subjects in the curriculum, kids commit more to the learning process.

15.In the process of doing art, the child is exposed to different possibilities, to discover and to freedom, this way they avoid falling into the control and the predictability of the conventional education available today.

16.Art nourishes the human soul. One feels good doing it.

17.Art brings the cultural resources of the community into the class.

18. Art involves parents and tutors in the school, inviting them to participate as volunteers in diverse activities.

19. Art provides a common ground across racial stereotypes, barriers and prejudices.

20. Art is valuable all by itself.

So kudos to parents who have registered their children to Lukis 2011, you have made the right choice !!! :)

For other who is interested please register your children's names first at http://lukis2011.blogspot.com/p/pendaftaran.html

Workshop at Balai Seni Lukis Negara, KL starts on 5 Nov - 29 Jan (weekends only -Sat or Sun)


Note : Article from museum of children art of oakland.
by: Lukis 2011

*copy paste dari FB*

Sunday, October 9, 2011

7 - 8 Oktober 2011

Hari ni 9.10.11....cantikkan tarikh ni.

7.10.11....my birthday...
Ya Allah, jadikanlah hari ini lebih baik daripada hari semalam..dan jadikanlah hari esok lebih baik daripada hari ini dan hari2 sebelumnya..m0ga hari esok lebih mendapat keberkatan dan keredhaan daripada-Nya..amin
copy status fb adikku...^^

ptgnya kami sekeluarga telah ke Bukit Fraser..cuti2...jlnnya pusing2...arif muntah, syaza muntah..umi pun pening lalat gak...tp x byk aktiviti kat Fraser Hill tu..agak boring la.. layan je lah picture yg sempat di snap..

8.10.11...balik dari Fraser Hill...kepala mmg ting tong... Pegi Cameron pun xde la pening sampai camni skali. Mlmnya en. hubby bwk blk kek..yay.. >_<
Pastu ada plak..bunga...wow... muuaahhh....dah pandai wat surprise ye skrang..
Thank you abang!! Thank you for the advance birthday present tu jgk..walaupun...dah mcm jadi hak milik anak2 je...^^
sooo sweettt....

Thursday, October 6, 2011

Nasi Dagang

Sempena raya tempohari..ada kawan2 nak dtg beraya so masak la skit2...kali ni mmg xde tempah2...lgpun x ramai pun yg dtg. Disebabkan en. hubby ada menyebut nasi dagang..so try la buat..1st time ever membuatnya.. Bila mintak resepi ngan mak..dah kena perli. Mak kata..itula masa dia dok masak xde sapa nak tgk..hehehe.. Bukan apa mak masak pukul 4/5 pagi..tu xde sapa yg jenguk... Walau apa pun...nasi dagang ni not bad jgk..kira menjadi la...habis la 2kg beras nasi dagang. tapiii..fuhhh..sgt la leceh membuatnya...

ok pd sesapa nk mencuba..boleh la try...tp sukatan ni agak2 je tau...
Bahan:
-1 kg beras nasi dagang (mak biasa campur ngan beras wangi 1:1 ... katanya x nak bg merah sgt. Tp sy x campur pun)
-Santan pekat..(biasa mak guna 1/2 kg santan utk 2 kg beras
tp sy x guna byk santan pun sbb takut bila tgk santan pekat tu byk2)

-Air
-1 sudu besar penuh Halba (mak rendam halba sekali ngan beras..mak mertua plak..rendam halba ngan air panas & masuk last sekali bersama2 ngan bwg2..ikut suka la nk ikut yg mana)
-Bawang merah- 5 ulas*
-Bawang putih - 2/3 ulas*
-Halia - 1"*
*mayang halus ye

Cara2:
Rendam beras semalaman...pastu basuh dan kukus (1). Mak agak2 je..sampai nampak keluar asap kot tepi tudung kukusan. Sy tgk dlm buku resepi katanya 20 minit.
Lepas tu ..masukkan nasi ke dlm bekas besar...siramkan dgn air..dan gaul rata.. (org Kelate ckp 'arong')
Bila dh gaul rata ngan air (air tu agak2 je ye...) masuk dlm kukusan dan kukus (2) lagi.
Bila dah naik wap..masuk balik dlm bekas besar..siram dgn santan pekat plak. Masukkan jgk garam dan gula secukup rasa. Masa ni check la nasi tu masih keras lg atau pun dah lembut. Mak kata kalau masih keras..campur la skit santan tu ngan air. Tapi kalau dh lembut x perlu campur air lg.
Bila dh gaul rata...kukus (3) sekali lg.
Dah masak..masukkan balik dlm bekas besar...gaulkan dgn bwg m
erah, bwg putih dan halia yg dh dimayang. Kalau belum masukkan halba..masukkan sekali. Mak kata kukus sekali lg..kejap je nk bagi bwg2 tu masak skit..tp kalu org suka bwg2 tu agak mentah..x perlu kukus dah. Terpulang pd selera memasing.

Kami kalu makan nasi dagang x sah kalu xde sambal kelapa dia (lupa plak nk snap gambarnya).

Caranya cam nk buat sambal nasi kerabu jgk..
Goreng kelapa sampai garing...masa panas2 tu..ramas2 atau nak senang tumbuk je bagi halus (tp jgn sampai jd kerisik plak^^) Sekadar nak bg halus je.
Pastu Bwg merah, bwg putih, halia & serai ditumbuk lumat..masukkan garam & gula skit.
Then..gaulkan dgn kelapa goreng..
(nak masukkan ikan rebus pun boleh jgk..cuma mak ckp nnt cepat busuk sambalnya..x tahan lama..apa2pun ikut selera memasing^^)

Nasi dagang ni di makan dgn telur rebus...dan...

Gulai ikan aye (tongkol)
Hari tu sy buat jgk gulai udang...mabeles....

Antara menu lain pd hari itu..makaroni bakar purposely buat utk bdk2...dan mmg bdk2 suka..^^, dessert..dadih dan puding triffle (I just found the perfect recipe for custard)...suka okey..

Rupa2nya ada org follow rasa puding triffle sy ni...haha..katanya tahun ni dah sedap puding ni (ada improvement). Tahun sblm2 ni..ada kurang lg...hehe.

Kenangan..

Pepagi menyelongkar almari nak cari majalah..nak cari images utk proposal tp terjumpa plak note book buatan sendiri...zaman belajar dulu. So..belek2 la kejap...terjumpa satu page ni..tersenyum sesorang bila baca...teringat plak kekawan zaman belajar dulu..page ni bertarikh 7.7.03 dah 8 tahun berlalu...kuikui.. Ni adalah cara chatting dlm kelas...xtau la korang camne kan tp kami dlm kelas siap pas2 kertas...chatting secara diam...^^

dlm page ni yg tulisan hijau tu dh pudar dah..x berapa jelas dh apa yg ditulis.. rasanya ni masa presentation. Dan ada 3 org chatting kat dlm ni...saya.. Faa & Ijah kalu x silap..tgk pd isi chatting & gaya tulisan la. pen hijau tu rasanya ijah...hehe..ayat yg buat sy tersenyum lebar tu..."baju faa sedondong ngan bubble diagram dia."....hahaha....what a sweet memory...hmmm..
Related Posts with Thumbnails