Permata Hatiku..

Thursday, March 26, 2009

So sweet...

Actually...this happened 2 days ago. Aku dok bersin2..gatal2 hidung...dari bangun tido lg. Bila my lil princess bgn....cam biasa siap2kan dia...letak makanan kat atas meja then tinggal dia makan. Aku mengadap komputer...sesambil terbersin beberapa kali. Tetiba Syaza datang ngan segumpal tisu kat tangan hulur kat aku. Aku confius??..agaknya dia nak suruh aku buang kot.
Petangnya..hidungku masih gatal2. Tengah melayan anak2..sambil mengemas mainan dorang..terbersin lg.. Syaza cepat2 panjat kerusi kat meja makan..ambil tisu atas meja. Gumpal kat dlm tangan dia then bg aku sambil menggerak2kan(betul ke word ni?) hidung dia. Oooo...baru aku faham..rupa2nya dia nak suruh aku sapu hingus. Almaklumla..masa dia selsema ri tu..tiap kali dia bersin je..cepat2 aku atau hubby amik tisu/towel lap hingus dia. Sooo sweet anak ummi ni...
Petang tu gak...aku dok basuh pinggan mangkuk..Syaza & Arif pun dok menyibuk gak kat dapur. Bagi Arif makan biskut. Tgh2 aku dok membilas pinggan sesambil mengawasi dorang..maklum la kat dapur byk barang...Arif plak hancurkan biskut..bersepah kat lantai. Pastu tahu plak..kebetulan ada kitchen towel terjuntai dari table top...ditariknya then gi lap2 biskut yg dia sepahkan. Good boy!!(walaupun makin bersepah..hehe)

Friday, March 13, 2009

Melaka Bandaraya Bersejarah

Last two weekend kami ke Melaka...FIL ada seminar kat sana. So hubby ajak stay sana..maklum la since cuti Krismas last year lg dok merancang nak bercuti ke Melaka (tp asyik x jadi je). Alih2 adik beradik hubby yg ada kat KL ni sume nak join skali. So jadi cam family gathering la.
Aku sekeluarga & parent in law bertolak ke Melaka pd hari Jumaat lagi. Kami tinggal di Water City Resort. Suasana okla...apartment yg dikelilingi oleh air. Kami kat bilik je hari tu.
Hari Sabtu...pas FIL bertolak ke seminar..kami & MIL turun breakfast kat coffee house (breakfast free so...rasa makanan pun ala2 je..okla). Pas breakfast bergambar kat sekitar then bertolak ke Zoo Melaka. Pusing2 kat dlm zoo..tak gi jauh sgt pun coz nyamuk besar2..Arif 3/4 bijik kena gigit nyamuk. Bising hubby..hehe...dlm kul 11 tgk dia punya show. Then..beli souvenir skit..cam biasa la fridge magnet & key chain. Dgn cuaca yg panas..Syaza dah start resah gelisah. Abg ipar sampai..pegi Taman Buaya sekejap...tgk buaya je la. Tak lama kat situ coz Syaza dah bising2. So balik bilik. Rehat kat bilik je sambil tunggu yg lain2 sampai. Petang..turun ke swimming pool. Ni la first time Syaza main air kolam..seblm ni main air dlm bilik air je...huhu. Mula2 takut2..lama2 tak nak naik la plak..excited sgt. Paksa gak naik coz hujan. Nangis2.. Arif plak xnak langsung..kaki kena air je terus angkat kaki. Lepas siap mandi semua..bergerak ke Umbai utk dinner. Lepas dinner kononnya nak ke Cowboy Town..tp disebabkan dah agak lewat so..pulang ke bilik aje la. Disebabkan kami dapat apartment 2 bilik...siap ada hall..sofa dan meja makan..jd nye pakat dok berkumpul..borak2 sambil minum kopi kat bilik kami sampai tgh malam. Budak2 pun riuh rendah...Arif la yg menjadi tumpuan sepupu2.

Taman Buaya

Main-main air

Dinner

Hari Ahad...turun breakfast..suasana makin meriah berbanding mula2 sampai hari Jumaat. Kakak ipar ajak ke bandar...so join la skali. Org2 lelaki & anak2 naik Menara Taming Sari....aku, arif & kakak ipar x naik pun..lepak kat coffee house. Pastu x dang nak kemana dah...coz kena check out kul 12. So..balik bilik..kemas brg then check out. Terus balik KL...singgah lunch kat R&R Ayer Keroh.
Abah, Arif & cousins

Arif & cousins

Syaza di Menara Taming Sari

Hari Isnin (Maulidul Rasul)...tgk siaran langsung majlis sambutan hari Maulidul Rasul. Badan dah start rasa lemah2. Dah start selsema jugak. Malam..dinner kat umah kakak ipar di USJ. Esoknya mertua dah nak balik kg. Dinner makan nasi dagang..fuhh hilang diet..

Monday, March 2, 2009

Anak2ku Demam

Dah beberapa hari tak ber'tenet'. Hari Khamis lepas Syaza demam. Siangnya ok lg..start petang dah lemah je..asyik tido je...mlm..start muntah2..masuk je makanan muntah..camne nak makan ubat. Malam tu..aku & hubby tido tak lena..asyik2 check temperature..suhunya 38'c +++ je. Slalu demah kepalanya dgn tuala basah. Dah lama sbnarnya Syaza tak demam kuat camni. Pagi Jumaat..gi klinik pakar kanak2. Jarang pegi klinik ni sbnarnya..tapi doktornya..sgt la lemah lembut bercakap. Kalu org sakit mmg hilang lah sakit. Dapat la antibiotik...dan ubat demam. Petang tu..Syaza dah nampak ok. Dh boleh main..makan. So..ptg tu, sempat jugak aku membuat kek coklat..satunya nak bwk gi umah abg (kebetulan my sister dr kg dtg)..dan satu lg nak bwk gi kenduri tahlil pd hari sabtu.
Hari Sabtu..Syaza dah nampak ok. Tinggalkan Syaza & Arif kat umah kenalan coz aku ada kenduri tahlil di UIA. Ada member organize kenduri tahlil utk arwah husband coursemateku. Dapat la gak jumpa kekawan..rasanya dah bertahun x bersua muka. Wlaupun x sume ada. Balik dr kenduri tu..amik ank2..balik umah jap solat zohor..siap2 kuar lg. Pegi umah abang plak kat Subang..on the way tu singgah Country Homes, Rawang. Gi tgk site..amik gambar. Mak ada kirim laksa & laksam..so leh la makan laksa klate..dah lama x makan. Kuahnya kakak ipar yg buat kan. Dah lulus dah kak ipar wat kuah laksa. Kakakku yg sulong pun datang gak. Berkumpul la kami 4 beradik. Sampai umah dah dlm kul 11 malam. Penatnya.
Hari Ahad..masing2 bgn lambat..kepenatan...badan Arif plak panas. Tapi nasib baik Arif xde muntah2. Makan pun masih berselera. Cuma dia x nak susu botol. Dah jangkit demam dr kakak. Aku pun byk kerja umah yg perlu dibereskan..maklumla byk hari tertangguh... Breakfast..aku just panaskan kuih2..kebetulan mak aku ada kirim akok. Panaskan gak laksa yg ditapau dr umah abg. Petangnya masak sardin. Boleh la malam nanti makan sandwich sardin.
Anak2 plak...masing2 meragam...manja..arif asyik nak nangis je...kakak plak suka kacau adik..iskhh..iskhh.. Patutnya hubby dpt dua job baru..tp nak kena siapkan dlm minggu ni gak..fikir2 balik..hari Jumaat ni kami akan ke Melaka sampai hari Ahad. Terpaksa kami tolak satu job..amik satu je... Ini pun aku risau gak..yalah anak kan demam. tak leh concentrate nak wat keje nnt.
Nun di kg plak...anak buah hubby aku..masuk ICU since hari Rabu lg.Katanya dia kekejangan (sawan??!). Sebaya ngan Syaza..girl gak tapi.. dia kanak2 istimewa. Aku salute ngan kakak ipar hubby aku (my biras)..very strong woman..tenang je.
Related Posts with Thumbnails