Permata Hatiku..

Monday, March 2, 2009

Anak2ku Demam

Dah beberapa hari tak ber'tenet'. Hari Khamis lepas Syaza demam. Siangnya ok lg..start petang dah lemah je..asyik tido je...mlm..start muntah2..masuk je makanan muntah..camne nak makan ubat. Malam tu..aku & hubby tido tak lena..asyik2 check temperature..suhunya 38'c +++ je. Slalu demah kepalanya dgn tuala basah. Dah lama sbnarnya Syaza tak demam kuat camni. Pagi Jumaat..gi klinik pakar kanak2. Jarang pegi klinik ni sbnarnya..tapi doktornya..sgt la lemah lembut bercakap. Kalu org sakit mmg hilang lah sakit. Dapat la antibiotik...dan ubat demam. Petang tu..Syaza dah nampak ok. Dh boleh main..makan. So..ptg tu, sempat jugak aku membuat kek coklat..satunya nak bwk gi umah abg (kebetulan my sister dr kg dtg)..dan satu lg nak bwk gi kenduri tahlil pd hari sabtu.
Hari Sabtu..Syaza dah nampak ok. Tinggalkan Syaza & Arif kat umah kenalan coz aku ada kenduri tahlil di UIA. Ada member organize kenduri tahlil utk arwah husband coursemateku. Dapat la gak jumpa kekawan..rasanya dah bertahun x bersua muka. Wlaupun x sume ada. Balik dr kenduri tu..amik ank2..balik umah jap solat zohor..siap2 kuar lg. Pegi umah abang plak kat Subang..on the way tu singgah Country Homes, Rawang. Gi tgk site..amik gambar. Mak ada kirim laksa & laksam..so leh la makan laksa klate..dah lama x makan. Kuahnya kakak ipar yg buat kan. Dah lulus dah kak ipar wat kuah laksa. Kakakku yg sulong pun datang gak. Berkumpul la kami 4 beradik. Sampai umah dah dlm kul 11 malam. Penatnya.
Hari Ahad..masing2 bgn lambat..kepenatan...badan Arif plak panas. Tapi nasib baik Arif xde muntah2. Makan pun masih berselera. Cuma dia x nak susu botol. Dah jangkit demam dr kakak. Aku pun byk kerja umah yg perlu dibereskan..maklumla byk hari tertangguh... Breakfast..aku just panaskan kuih2..kebetulan mak aku ada kirim akok. Panaskan gak laksa yg ditapau dr umah abg. Petangnya masak sardin. Boleh la malam nanti makan sandwich sardin.
Anak2 plak...masing2 meragam...manja..arif asyik nak nangis je...kakak plak suka kacau adik..iskhh..iskhh.. Patutnya hubby dpt dua job baru..tp nak kena siapkan dlm minggu ni gak..fikir2 balik..hari Jumaat ni kami akan ke Melaka sampai hari Ahad. Terpaksa kami tolak satu job..amik satu je... Ini pun aku risau gak..yalah anak kan demam. tak leh concentrate nak wat keje nnt.
Nun di kg plak...anak buah hubby aku..masuk ICU since hari Rabu lg.Katanya dia kekejangan (sawan??!). Sebaya ngan Syaza..girl gak tapi.. dia kanak2 istimewa. Aku salute ngan kakak ipar hubby aku (my biras)..very strong woman..tenang je.

1 comment:

ummuhakim said...

moga sabar menghadapi krenah anak yg demam. slalunya mmg manja n nk perhatian lebih. malam kena sedia towel basah or cool fever. slalu siang ok, mlm demam dtg balik.

Related Posts with Thumbnails