Tuesday, May 26, 2009
Happy Birthday Sal!!
Sal mmg bz skrang ni..seorg pendidik..seorg pelajar..seorg ibu..seorg isteri.. *tabik* Dah lama x jumpa since kenduri kawin Sal. X sempat lg nak jumpa baby Luqman. Apa2 pun Sal..Selamat Hari Jadi..semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & bahagia bersama keluarga tercinta...good luck. Terimalah kad yg x seberapa dari saya...(biasa tiap2 thn sms je).. :)
Monday, May 25, 2009
Sekadar renungan..
Kuasa Seorang Perempuan!!
* Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.
KUASA DOA PEREMPUAN
* Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw: "Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya "Kenapa ya Rasulllah?" Jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
KUASA TAQWA PEREMPUAN
* Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.
* Kuasa taqwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.
* Kekuasaan taqwa ini pula adalah kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s. Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian melatih, mendidik, memelihara dari kecil hingga dewasa.
* Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw: "Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya.)
Sumber: e-mail dari seorg kawan
Wednesday, May 20, 2009
Anak-anakku....
Syaza & Arif
Tgk..macam2 gaya mainnya..yg bukan toy tu la nak dimainnya..toys main kejap je..
Best Ever Muffin
Separuh aku letak kismis, separuh lg letak coklat chip. Tapi x tau la mana silap..nape tak merekah muffin tu..terlebih gaul ke??
Resepi: (copy & paste je) Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
½ sudu teh garam
¾ cawan gula (- kak suzi kurangkan...letak 1/2 cawan je....)
1 biji telur
1 cawan susu segar
¼ cawan minyak sayuran
Cara-cara
1. Panaskan ketuhar pada suhu 205’C. (D gunakan suhu 180’C)
2. Dalam mangkuk campurkan tepung gandum, baking powder, garam dan gula. Buatkan lubang ditengahnya.
3. Dalam mangkuk yang kecil pukul telur sedikit, masukkan susu dan minyak. Tuangkan kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi. Dan gaul menggunakan garfu sehingga sebati, tapi jangan dipukul sekadar gaul dengan garfu sehingga sebati. Adunan akan nampak seperti berketul-ketul sedikit.
4. Tuangkan adunan kedalam mangkuk muffin.
5. Pelbagaikan muffin anda:- Muffin Blueberi: Campurkan 1 cawan blueberi segar. Muffin Kismis: Campurkan 1 cawan kismis yang dicincang. Muffin Kurma: Campurkan 1 cawan kurma yang dicincang. Muffin Cheese: Masukkan 1 cawan keju cheddar yang telah diparut.
6. Bakar muffin selama 25 minit atau sehingga kekuning-kuningan
Monday, May 18, 2009
Hair clip...
Friday, May 8, 2009
Makanan Lagi...
Bahan-bahan ( loyang 11" )
- ** Untuk doh pizza **
- 200g / 2 cawan tepung gandum
- 20g / 2 st yis segera
- 3g / 1/2 st garam
- 5g / 1 st gula
- 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
- 1/2 cwn air suam untuk menguli
- ** Untuk sos pizza **
- 1 labu bawang besar - cincang halus
- 2 ulas bawang putih - cincang halus
- 2 biji tomato - cincang halus
- 2 sb minyak masak
- 3 sb tomato puri
- 2 sb sos tomato
- 3/4 st gula
- 1 st oregano
- garam & gula
- ** Untuk Topping **
- Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
- Lada benggala hijau atau merah, tomato
- Cendawan butang, bawang besar, nenas
- Keju untuk pizza
Cara-cara
1. ** Untuk doh pizza **
2. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar.
3. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
4. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
5. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
6. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
7. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
8. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
9. Gambar sos pizza
10. Keju pizza kat sini
11. ** Untuk sos pizza **
12. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.
Apam soda...sedap..anak2 pun suka tapi byk sgt la plak..tp tak faham kenapa dia naik tak ikut acuan??! Sesuka dia je nak naik..huhu
Warna dia pun dah cukup buat anak2 tertarik utk makan..tp lupa plak amik resepi dari blog sape..dah lama amik..baru try buat..
*************************
Apam Soda
Bahan-bahan
* 3 cawan self-raising flour
* 3 biji telur
* 1 1/2 cawan gula
* 3 suku cawan air aiskrim soda(nak guna Sprite dengan 7Up pun boleh jugak)
* 1 sudu teh esen ros
* Berberapa titisan perwarna merah
* Berberapa titisan perwarna kuning
* Berberapa titisan perwarna hijau
Cara-cara
1. Pukul telur dan gula hingga kembang/ringan.
2. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata.
3. Masukkan air aiskrim soda dan esen ros. Gaulkan sebati.
4. Bahagikan adunan tadi kepada tiga bahagian dan masukkan perwarna yang anda suka.
5. Masukkan adunan selang-seli ikut warna kedalam acuan.(Jangan penuh sangat)
6. Letakkan dalam pengukus yang sudah dipanaskan dan kukuslah selama 15 minit.
7. Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan jika suka boleh dimakan dengan kelapa parut.
Buku oh buku....
Juadah....juadah...
Update:
Resepi (ekceli resepi ni utk cup cake)
Bahan2:
225gm marjerin
500gm gula
4 biji telor
400 gm tepung
500ml susu segar
125gm serbuk koko
10gm soda bikarbonat
Cara2:
1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang
2. Masukkan telur sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu segar. Pukul lg hingga sebati.
3. Masukkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko. Gaul hingga menjadi adunan.
4. Sediakan acuan kertas dan tuangkan adunan ke dalamnya.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 40 minit.
p/s: adunan ni agak byk...kalu wat kek guna loyang kek yg kecik boleh dlm 2 biji kek. kalu nak wat cup cake sume mmg tak larat nak tunggu...biasa saya wat cupcake separuh..separuh adunan lg masuk dlm loyang. kalu wat kek besar kena la set masa dlm sejam lebih...kalu tgk kat sini
yg tu..kek tu guna sume adunan mmg besar la keknya...rasa dlm 2 jam bakar. Topping dia lak just guna coklat masakan (masak double boiler).
tapi kek yg ni..topping dia choc ganache (jumpa resepi dlm internet):
Bhn:
150 gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter
Cara:
masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas ke dalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. padamkan api dan masukkan mentega. kacau hingga mentega cair.
curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaslah mengikut citarasa masing2.
Puding roti...
Juadah utk tengahari...gulai ikan, ayam goreng, acar timun & sambal lada.
Resepi Puding Roti
Bahan-bahan:
8 keping roti, rinn guna gardenia yg dah expired but belum berkulat sbb duduk dlm petiais
500ml susu segar
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar mentega
1 camca teh esen vanilla
2 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
Cara-cara:
1. Roti dicarik-carik dan direndam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Pukul sedikit mentega dan gula. Masukkan esen vanilla.
3. Masukkan telur dan pukul sebentar hingga rata.
4. Masukkan tepung jagung dan kacau rata.
5. Campurkan kedua-dua adunan. Tuang adunan dalam loyang yg sesuai dan bakar
pada 180 darj celsius selama 30 minit.