Banyak Manfaat Lantai Vinyl
7 years ago
my life...my little family...
Yang ni lak pan-cake utk hubby..hehe..konon2nya nak hias la..tak menjadi lak..wat malu je. Apa2 pun thank you kak suzi for the recipe.... :)
Syaza..comel tp comot.
Kakak yg pemalu...
Bad habit!!..suka hisap jari...
Arif...si chubby..
Arif dah tido..kepenatan melayan orang...
Soo sweet...ummi & anak2...
Alhamdulillah..setelah beberapa minggu akhirnya berjaya jugak aku habiskan bacaan. Buku ni sedikit sebanyak menaikkan semangat aku sebagai surirumah. Buku ini memberi aku banyak inspirasi. Dari apa yg dapat aku simpulkan..bekerja di luar atau bekerja di rumah yg penting adalah niat kita. Bekerja boleh menjadi satu ibadah kalau niat kita betul. Kita juga tidak boleh memikirkan diri kita sendiri sahaja tetapi juga orang disekeliling kita. Manfaat yg dapat kita berikan kepada orang di sekeliling..sama ada keluarga mahupun masyarakat. Masing2 mempunyai keinginan dan impian sendiri. Malah..aku sendiri sebenarnya tak pernah terfikir pun sebelum ini utk menjadi surirumah sepenuh masa. Masa aku berhenti kerja dulu..atas dasar nak mencari kerja di tempat lain. Kebetulan masa tu aku baru lepas bersalin anak pertama. Sementara tu menjaga anak sendiri...banyak peluang kerja yg ada agak jauh dan berlainan arah dari tempat kerja hubby membuatkan aku berfikir byk kali. Lagipun bila jaga anak sendiri..tengok anak membesar sihat dlm jagaan sendiri rasa sedih pula kalau nak bagi orang lain jaga anak. Bukan tak ada orang nak jaga. Kakak yg dulunya jiran aku beriya suruh aku kerja..dia nak jaga anak aku. Kebetulan pulak aku mengandungkan anak kedua..cita2 nak bekerja tu cam terkubur begitu sahaja. Lagipun aku & hubby dah register company sendiri..cari projek sendiri. Sedikit sebanyak ia membantu kewangan kami. Kalau difikirkan balik..kalau aku kerja pun adalah semata2 utk mencari duit lebih bukannya untuk kepentingan ummah, lebih baik aku bekerja di rumah dengan harapan aku dapat melahirkan insan2 yg berakhlak, kaya jiwa dan berguna kepada masyarakat. Wallahua'lam.
Untuk dinner semalam..buat makaroni bakar. My mother in-law's recipe. Dah tinggal separuh baru teringat nak ambil gambar..hehe. Yang ni simple je resepinya. Resepinya pun x de sukatan..secukup rasa je.
Rupa kek coklat ni tak seberapa...maklumlah first time menghias kek, sebelum ni mana pernah hias2 kek. Aicing pun tak berapa menjadi coz kek tak sempat sejuk lagi aku dah letak dia. Nak buat macamana masa suntuk sangat. Pulak tu guna kreativiti sendiri coz tak de piping bag. Apa2 pun ok la. Besar jugak kek ni. So..pagi tadi bagi hubby bawak gi ofis.
" Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya..."“Bahagia itu dari dalam diri, terpendam bagai permata di dasar hati, Bahagia itu ada pada hati, terpendam bagai mutiara di lautan nurani, Bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa, Bahagia itu adalah ketenangan, ketenangan itu dari cahaya, cahaya itu ilmu, ilmu itu hidayah”
"Bila mata bertemu mata, akan mula rasa kasih. Bila hati bertemu hati, akan mula berasa sayang. Tapi, bila dahi bertemu sejadah, terasa kebesaran ALLAH S.W.T."