Permata Hatiku..

Wednesday, November 19, 2008

Buku..Mengapa Saya Bekerja

Alhamdulillah..setelah beberapa minggu akhirnya berjaya jugak aku habiskan bacaan. Buku ni sedikit sebanyak menaikkan semangat aku sebagai surirumah. Buku ini memberi aku banyak inspirasi. Dari apa yg dapat aku simpulkan..bekerja di luar atau bekerja di rumah yg penting adalah niat kita. Bekerja boleh menjadi satu ibadah kalau niat kita betul. Kita juga tidak boleh memikirkan diri kita sendiri sahaja tetapi juga orang disekeliling kita. Manfaat yg dapat kita berikan kepada orang di sekeliling..sama ada keluarga mahupun masyarakat. Masing2 mempunyai keinginan dan impian sendiri. Malah..aku sendiri sebenarnya tak pernah terfikir pun sebelum ini utk menjadi surirumah sepenuh masa. Masa aku berhenti kerja dulu..atas dasar nak mencari kerja di tempat lain. Kebetulan masa tu aku baru lepas bersalin anak pertama. Sementara tu menjaga anak sendiri...banyak peluang kerja yg ada agak jauh dan berlainan arah dari tempat kerja hubby membuatkan aku berfikir byk kali. Lagipun bila jaga anak sendiri..tengok anak membesar sihat dlm jagaan sendiri rasa sedih pula kalau nak bagi orang lain jaga anak. Bukan tak ada orang nak jaga. Kakak yg dulunya jiran aku beriya suruh aku kerja..dia nak jaga anak aku. Kebetulan pulak aku mengandungkan anak kedua..cita2 nak bekerja tu cam terkubur begitu sahaja. Lagipun aku & hubby dah register company sendiri..cari projek sendiri. Sedikit sebanyak ia membantu kewangan kami. Kalau difikirkan balik..kalau aku kerja pun adalah semata2 utk mencari duit lebih bukannya untuk kepentingan ummah, lebih baik aku bekerja di rumah dengan harapan aku dapat melahirkan insan2 yg berakhlak, kaya jiwa dan berguna kepada masyarakat. Wallahua'lam.

No comments:

Related Posts with Thumbnails