Permata Hatiku..

Monday, November 17, 2008

Kehidupan

Hari Khamis lepas dpt sms dari kakak mengatakan Pak Su aku masuk hospital, sakit tenat. So...setelah bincang ngan hubby, malam tu terus packing pakaian...pagi Jumaat balik kg. Bukan apa..bg aku lebih baik balik jumpa yg masih hidup drp balik yg dah tiada. Pak Su aku tu memang dah selalu keluar masuk hospital..cuma kali ni tenat. Masa aku pergi ziarah dia kat hospital pun dia dah sedar tak sedar..dok mengaduh sakit. Dia menghidapi macam2 penyakit..kencing manis, buah pinggang, jantung....mata pun dah tak nampak akibat kencing manis. Sakit yg menyebabkan dia tenat ni katanya jangkitan kuman kat tempat yg ditebuk utk cuci buah pinggang. Hari kedua aku ziarah..dia dah tenang dah. Katanya dah boleh tidur..makan. Dah tak mengaduh lg. Nampaknya dah makin baik. Kami adik beradik agak rapat dengan Pak Su, lagipun dia lah satu2nya pakcik sebelah mak yg masih ada. Semoga Pak Su semakin pulih.

No comments:

Related Posts with Thumbnails