Actually...tak tau nak tulis apa pun..tak de idea. Boring..tak tau kenapa. Dalam dilema jugak. Hujung minggu ni..my brother in-law & wife nak gi Langkawi bercuti. Mula2nya kami pun mmg nak ikut coz tempat tinggal free. Tapi...fikir2 balik skrang ni musim hujan..dengan anak kecil takut susah plak..kan tak pasal2 demam plak bdk2 tu. Nak tinggalkan...si Arif tu tak pernah lak berenggang ngan aku. Kalu setakat separuh hari tu pernah la tp..kalu berhari2 tak pernah plak. Sian plak lgpun dia masih lg breastfeed. Syaza mmg tak pe kot tinggal coz dia pernah tinggal ngan nenek dia kat kampung sebulan...ok je. Emm..rasanya tak pergi la kot..tunggu la Arif dah boleh jalan nanti. Lagipun seminggu lepas tu..nak balik kg plak..raya haji.
Sebut Langkawi..teringat plak memori berada di sana selama setengah tahun pada tahun 2006. Rindunya... rindu pada panorama..rindu pada org2 kat sana yg peramah dan mesra. Sejak aku kembali ke KL..aku tak pernah lg ke sana. Tu yg teringin sgt nak ke sana sebenarnya. Tanjung Rhu...kat situ la aku berada setiap hari. Pekan Kuah tempat aku menginap. 3 bulan pertama ada kawan2 aku, Hernie, Azril dan Leslie. Ke mana2 aje berempat. Tapi 3 bulan terakhir..aku dan Leslie je tinggal..so..aku lebih suka bersendirian..mula2 tu sedih gak tapi..aku dpt kawan2 baru dan paling tak sangka..owner motel tempat aku tinggal anggap aku cam anak angkat lak. So sweet... :) Masa aku kawin pun dia org dtg. Tapi dah lama tak contact..huhu..
Banyak Manfaat Lantai Vinyl
6 years ago
No comments:
Post a Comment