Untuk dinner semalam..buat makaroni bakar. My mother in-law's recipe. Dah tinggal separuh baru teringat nak ambil gambar..hehe. Yang ni simple je resepinya. Resepinya pun x de sukatan..secukup rasa je.
Bahan2:
Makaroni satu peket
Dada ayam
Sos tomato
Kicap
5/6 biji Telur
Garam & gula
Bawang goreng
Daun sup
Cara2nya:
Rebuskan dada ayam. Air rebusan guna utk rebus makaroni (sampai lembut), manakala ayamnya di carik2 halus.
Apabila makaroni masak...buangkan air jgn sampai habis, tinggalkan sedikit. Dengan slow fire..masukkan sos tomato lebih kurang setengah botol ke dlm makaroni, kicap sedikit (nak bg makaroni tu color brown sikit)..gaul. Kalau nak pedas leh masukkan sos cili..tp kalu budak2 nak makan tak payah masukkan. Masukkan isi ayam. Pastu masukkan garam & gula secukup rasa. Kemudian masukkan bawang goreng & daun sup. Gaulkan. Masukkan telur& gaul, sekejap sahaja jgn biarkan telur terlalu masak..tutup api.
Sapukan mentega pada mangkuk dan tuangkan makaroni. Bakar 5-10 minit.
Bila dah angkat taburkan bawang goreng, daun sup dan cili merah potong sebagai hiasan. Enak dimakan bersama sos cili.
* Saya tambah button mushroom (potong halus). Best gak.
Selamat mencuba.
Banyak Manfaat Lantai Vinyl
6 years ago
No comments:
Post a Comment