Permata Hatiku..

Monday, November 10, 2008

TIP MENDIDIK ANAK..(1)

Semalam hubby dpt satu job so...seminggu dua ni mungkin bz skit la. Biasa la..aku tolong hubby. Tapi nak tulis tip mendidik anak ni..lil Syaza keluarkan majalah lama dr dlm bilik tetamu. Aku saja je belek2..kot2 ada info..terjumpa ruangan Mendidik Anak (yg mmg aku tercari2). Untuk peringatan diri sendiri dan juga sesapa yg membaca. Aku ambil dari majalah Nur keluaran Januari 2007.

20 Tip Mendidik

Penulis bidang pendidikan kanak2, Robert D. Ramsey dlm bukunya 501 Ways To Boost Your Child's Self-Esteem menyentuh mengenai usaha mempertingkatkan potensi anak2 dan seterusnya menempatkan mereka dikalangan WINNERS (pemenang). Beliau berpendapat amat mudah utk membezakan antara winners dan losers (si kalah) iaitu: winners percaya diri sendiri dan boleh membayangkan diri mereka berada di kalangan org yg berjaya. Sementara losers merasakan mereka tidak boleh.
Berikut tip yg diberikan Robert D. Ramsey yg sebenarnya tidak byk beza dgn amalan mendidik anak2 yg diajarkan Islam:
  1. Biasakan anak dgn nama panggilan yg baik. Nama panggilan yg kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri, seterusnya menjadikan mereka 'berdendam' dgn ibu bapa sendiri. Dlm Islam sendiri, nama panggilan yg baik adalah digalakkan. Malah Rasulullah sendiri pernah menukar nama anak tirinya, Barrah (binti Abi Salamah) kepada Zainab.
  2. Peluk anak setiap hari. Kajian menunjukkan anak yg dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat berbanding anak yg jarang2 dipeluk.
  3. Pandanglah anak dgn pandangan kasih sayang. Ini kerana pandangan kasih sayang daripada ibu bapa akan membuatkan si anak lebih yakin diri apabila berhadapan dgn persekitaran.
  4. Berikan pengiktirafan setiap kali anak berbuat kebaikan. Umpamanya dgn memberikan kata pujian, pelukan, hadiah, belanja makan istimewa ataupun sekurang-kurangnya senyuman ikhlas yg menunjukkan ibu bapa menghargainya utk setiap kebaikan yg dilakukan.
  5. Jangan mengharapkan anak yg belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan. Mereka hanya kanak2 yg sedang berkembang dan mengalami proses membesar, mereka akan mencuba segala perkara termasuk melakukan kesilapan.
  6. Apabila anda sebagai ibu bapa berhadapan dgn konflik, antara kerja dan keluarga, pilihlah keluarga. (Seorang penulis menyatakan anak2 terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tidak akan kembali).
  7. Jangan mengeluh ketika dalam proses membesarkan dan mendidik anak2. Keluhan akan membuatkan anak2 merasakan diri mereka sebagai beban ibu bapa.
  8. Luangkan masa untuk mendengar cerita si anak. Cerita itu tidak akan dapat anda dengar lagi pada masa akan datang. Jangan memotong ceritanya. Tunggu giliran utk bercakap dan hal ini sekali gus akan mengajar anak tentang giliran utk bercakap.
  9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
  10. Tunjukkan kepada anak bagaimana cara utk. menenangkan diri. Mereka akan 'meniru' cara anda.
  11. Buatkan sedikit persediaan utk anak2 menyambut hari jadinya. Sediakanlah hadiah hari jadi yg unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. Ini kerana anak2 yg datang drpd persekitaran yg menghargai, akan belajar menghargai org lain.
  12. Terima keadaan bahawa kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan ketika kali pertama belajar. Si anak mungkin memerlukan ibu bapa utk mengajarnya lebih daripada sekali.
  13. Luangkanlah masa bersama anak diluar rumah. Peganglah tangan anak apabila berjalan dgn mereka. Mereka tentu akan merasa kehadiran mereka amat penting dalam kehidupan anda suami isteri.
  14. Dengarlah mimpi ngeri anak2 anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dlm dunia mereka.
  15. Hargailah permainan kesayangan anak2. Mereka juga dalam masa yg sama akan menghargai barang2 kesayangan anda. Elakkan drpd membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintaklah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
  16. Janganlah membiarkan anak2 anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
  17. Terima hakikat bahawa kadangkala anda bukanlah ibu bapa yg sempurna. Ini akan mengurangkan stres menjadi ibu bapa dan anda akan lebih relaks.
  18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Jika tidak, anak2 akan menganggap bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  19. Anak menangis utk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala ia hanya berperanan sebagai sound effect sahaja. Sebagai ibu bapa, dengarilah tangisan mereka. Siapa tahu barangkali 20 tahun akan datang, anda pula yg akan menangis apabila anda kesunyian ditinggalkan anak2. Ketika itu, anak2 anda sudah sibuk mendengar tangisan anak mereka pula!
  20. Anak2 juga mempunyai perasaan seperti anda. Jangan fikir, mereka budak, maka perasaan mereka tidak layak dihormati.
Sekian.

No comments:

Related Posts with Thumbnails