Last weekend...bangun pagi teringat nak buat muffin. Bahan2 semua dah ada. So..sesorang kat dapur cuba buat muffin. Ini juga cubaan pertama.. Hubby dan anak2 tengah lena lg..hari minggu katakan. Bila dah masukkan ke dalam oven..sambil menunggu..sambil menonton rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Aku suka menonton rancangan ni setiap Jumaat, Sabtu & Ahad..rancangan bual bicara yg santai.. Hubby pun dah bangun..gorengkan burger dan bancuh nescafe tarik untuk hubby. Muffin pun dah masak. Tapi tak cantik la..biasa tengok muffin cam merekah sikit kat permukaannya..tp yg aku buat tak merekah pun. Rasanya boleh la..tak la sesedap Kenny Rogers nyer muffin.
Siap breakfast..mandikan anak2..buat kerja sikit. Hubby request nasi ayam for lunch. Masuk dapur awal skit. Al-maklumlah aku ni bukan expert sangat. Memasak selalu lama. Siap lunch sambung keje lg sambil melayan anak2. Petang, tea time..minum teh o dengan balance muffin pagi td...yummy. Dinner..hubby dinner ngan Syaza je..aku diet hehe.. Nasi ayam favourite my lil Syaza.
Fuhh..penat tapi happy coz jarang dapat masak best2. Biasa hari keje..hubby tak makan kat rumah..coz malam dia jarang makan nasi.
HARI NI..dok terfikir-fikir..dah lama dah plan tapi jadi ke ek? Esok Ulangtahun perkahwinan kami yg ke-3. Dua tahun sebelum ni tak pernah celebrate..just masing2 wish. Masa 1st anniversary..aku dalam pantang kat kg., lahirkan anak pertama. 2nd anniversary plak aku tgh pregnant anak ke-2..kebetulan seminggu belum tu kami dah buat open house sempena birthday ke-1 tahun lil Syaza. Penat sangat. So...kali ni aku ingat nak masak..yg simple2 aje..tp special. *_*
Banyak Manfaat Lantai Vinyl
6 years ago
1 comment:
hepi anniversary yg ke3. moga berkekalan hingga akhir hayat.
“Sedamai taman firdausi,
Limpahan kasih sayang sejati,
Seharum semerbak kasturi,
Mewarnai hidup insani.
Indahnya damainya keluarga yang bahagia,
Itulah idaman impian setiap insan,
Yang dahagakan belaian,
Serta kasih dan sayang”.
xlengkap sebuah keluarga tanpa kehadiran cahaya mata permata keluarga yakni anak-anak.
Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda dalam sepotong hadis yang bermaksud, “Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka kedua ibu bapalah yang mencoraknya sama ada menjadikannya Yahudi, Nasrani ataupun Majusi.”
dan akhir sekali, suka utk berkongsi...
“Bahagia itu dari dalam diri, terpendam bagai permata di dasar hati,
Bahagia itu ada pada hati, terpendam bagai mutiara di lautan nurani,
Bahagia itu ada di jiwa, mahkota di singgahsana rasa,
Bahagia itu adalah ketenangan,
ketenangan itu dari cahaya,
cahaya itu ilmu,
ilmu itu hidayah”
jadi sama2 lah kita menambah ilmu pengetahuan moga kte mendapat banyak hidayah dari ALLAH swt. amin
Post a Comment