Permata Hatiku..

Saturday, November 1, 2008

Mengapa Saya Bekerja?

Semalam (Friday)..percubaan pertama memasak laksa penang..ok la. Saje je invite my hubby's ofismate (kak su) for lunch kat rumah. So borak2 la pasal anak2. Dia mempunyai 3 org cahayamata. Kak Su juga mempunyai pengalaman menjadi surirumah... Katanya masa jadi surirumah..kurus je dia coz tak menang tangan menjaga anak2 dan mengurus rumah..tapi bila dah bekerja tambah berisi pulak. Apa maknanya tu..? Itulah..orang selalu cakap bestnya tak kerja..dok kat rumah.
Kebetulan kak Su cakap dia baru beli sebuah buku bertajuk 'Mengapa Saya Bekerja?'. Sebelum balik dia pinjamkan buku tu walaupun dia tak habis baca lagi. Aku katakan pada dia, "saya tak kerja..". "Bacalah..macam2 cerita dalam buku tu. Dok kat rumah pun kerja jugak." Katanya.

Petangnya, aku start baca buku tu... Wahh..dah lama aku tak membaca buku2 macam ni..semenjak berkahwin..novel pun dah tak baca. Membaca juga tapi selalunya majalah je..Mingguan Wanita..Laman Impiana..Pa&Ma..teruknya rasa. Bila mula2 baca buku ni rasa kecilnya diri jika dibandingkan dengan penyusun buku ni (Ir. Endok Sempo Mohd. Tahir) seorang muslimah yg bekerjaya...engineer..dan macam2 kerja lg yg. pernah dibuatnya. Buku ni himpunan cerita/pengalaman dari wanita2 yg berkerjaya mahupun surirumah. Baru 1/3 dibaca..bila baca buku ni sedikit sebanyak rasa rendah diri menjadi surirumah hilang. Bukan aku tak bangga boleh menjaga anak2 sendiri. Aku bangga tapi... Contohnya bila orang tak dikenali tanya kerja apa? Dengan bangga aku jawab..kerja kat rumah, jaga anak. Tapi terselit di hati ni apa tanggapan orang tu? Adakah dia fikir mungkin aku belajar tak tinggi? Atau mungkin suami aku kaya? Rasanya jarang yg cakap..wah, bagus la boleh jaga anak sendiri. Bila orang yg dikenali bertanya, kerja apa sekarang? Dengan sedikit rasa rendah diri aku jawab, tak kerja sekarang. Mesti orang pelik.. (terutama kalu yg bertanya tu makcik2 kat kg) Yalah belajar...ada degree tak kerja? Tapi bila aku sambung lagi..ada la projek buat sendiri kat rumah. Baru la diaorang ..oooo.

Berbalik pada buku yang aku baca...sedikit sebanyak menghilangkan rasa rendah diri aku. Apa salahnya menjadi 'ibu profesional'. Berada di rumah..tak bermakna kita tidak bekerja. Menjaga anak2..mengurus rumah...tapi aku akui time management aku masih perlu diperbaiki. Masih belum sempurna. Aku sepatutnya rasa bangga kerna aku dapat menjaga dan melihat perkembangan anak2 setiap hari berbanding wanita2 yg berkarier di luar..yang mana anak2 sehari suntuk bersama pengasuh / pembantu rumah. Tambahan sekarang dgn isu masalah sosial di kalangan remaja yg menakutkan. Kesimpulan yg dpt aku petik dari buku ini pengalaman seorg pendidik, "..Pengalaman dan pengamatan saya pada kepincangan sosial yg semakin meningkat dlm masyarakat kita membuatkan saya cenderung utk tidak menggalakkan wanita yg mempunyai anak bekerjaya sekiranya alasan mereka bekerja semata-mata mahu membantu suami meningkatkan kewangan keluarga. Biarkan suami lebih kreatif dlm mencari rezeki bg menampung kehendak keluarga yg tidak mungkin berpuas hati dgn status quo sedia ada. Nabi Muhammad ada memberi gambaran sekiranya anak Adam diberi segunung emas, pasti mengidamkan gunung emas yg kedua!"

Apapun bekerja atau tidak ada kelebihan dan kekurangan masing2. Macam aku..mungkin kelebihannya aku dapat bersama anak2 24 jam sehari. Tapi kekurangannya..aku tak ada sosial life. Berkurung aje di rumah bersama anak2. Jiran kiri kanan bekerja..jiran kat depan 2 orang (chinese) tak bekerja tp jarang bersua muka. Salah sorang..beranak tiga, kecil2 lg..tiap2 pagi menghantar anak ke sekolah..tengahari menjemput anak2. Manakala seorang lg anak2 sudah besar..cuma yg bongsu masih bersekolah. Katanya sebelum ni dia bekerja tp anak2 tak menjadi..dari segi akademik la. Setakat lepas SPM je. Yg perempuan jd kerani..yg lelaki jd mekanik..so dia ambil keputusan berhenti. Mau jaga yg bongsu betul2. Tapi tak bermakna tidak menjaga anak sendiri, anak tidak berjaya. Bergantung pula pada cara didikan.

Dalam dunia yg serba canggih dan mencabar sekarang, aku berharap jika ada sesiapa dpt memberi cara2 /tip2 mendidik anak2 di zaman moden ni. Kata orang mendidik anak sekarang dah tak sama macam dulu2. Aku sendiri dibesarkan dan dididik dengan ketegasan. Kalau salah kena marah, cubit..mahupun dipukul (utk kesalahan besar la cam tak solat..hehe). Tapi kalu diingat balik apa yg cik(panggilan utk mak) dan ayah buat..adalah supaya anak2nya menjadi orang yg berguna. Seperti kata abang aku,"kalau cik &ayah tak marah dia dulu mungkin dia tak jadi macam sekarang." Sekarang dia dah jd engineer lepasan oversea.

Cukup la sampai sini dulu. Nanti bila dah habis baca buku tu..boleh komen lg.

2 comments:

muhsync said...

hmm...buku yg menarik utk membuka minda para ibu. stuju sgt jadi "ibu profesional". dok kat umah xbermaksud xtau pe yg berlaku diluar rumah. skg ni kn zaman IT. yg penting kena rajin membaca r informasi2 terkini. skg ni dh byk ebook. kkdg ada yg free je. so leh dapat byk info2 baru. xpn masuk je blog2 individu tertentu yg byk membincangkn pasal topik2 tertentu.. pasal mendidik anak lak no komen r sebab xde anak lg...huhuhu

Anonymous said...

kak asiah...dah lama ek blog ni..taktau plak kak asiah ada blog.

btw, memang SAHM ni best, sama ja la kalau keja kat luar pon coz kita tau pon berkenaan benda yang kita keja ja. unless we take the effort to read and go meet people and discuss about other things...so minda lebih terbuka la.

btw, memang setuju tentang mak bapak tegas tu. coz kitorang pon di didik dengan cara yang agak strict, being working parents both of mine had to be strict with us in every aspects e.g time spent for studying, social life etc..kalau tak tah apa dah jadi skarang.

Tapi rasa berat dan agak susah kan tanggungjawab nak mendidik anak ni, bukan bole main2. nak membesarkan anak jadi orang berguna...tak senang tu...hmmm...

Related Posts with Thumbnails